Bikesrepublic

Suzuki V-Strom SX 250 2022 Mendarat Di India – 26HP, 22.2Nm

Suzuki dengan rasminya memperkenalkan V-Strom SX 2022 untuk pasaran India.

Suzuki V-Strom SX merupakan model pertama dari keluarga V-Strom yang menawarkan kapasiti enjin 250cc.

Pelancaran tersebut menyaksikan India menjadi negara pertama yang menyambut kehadiran model serba baharu itu sekaligus memberi bayangan bahawa Suzuki bakal membawa model itu ke pasaran Asia lain tidak lama lagi.

V-Strom SX dikuasakan enjin satu silinder 250cc dengan penyejukan minyak, SOCH 4-valve F1 yang berupaya menghasilkan 26hp pada 9,300rpm dan 22.2Nm pada 7,300rpm.

Kuasa enjiin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan.

Menariknya, V-Strom SX ini juga mengikut acuan rekaan seakan ‘abang besar’ V-Strom 1050 XT.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • fork depan teleskopik
  • suspensi bekalang tungga
  • cakera brek depan dan belakang
  • tayar 100/90-19 depan
  • tayar 140/7-17 belakan
  • ketinggian tempat duduk 835mm
  • jarak kelegaan tanah 205mm
  • berat 167kg
  • lampu LED penuh

Pada masa sama, model ini juga dilengkapi dengan sistem elektronik menarik antaranya Suzuki Ride Connect Edition dengan fungsi ‘Bluetooth’ serta Suzuki Easy Start System yag memudahkan enjin dihidupkan.

Menurut laporan di India, Suzuki V-Strom SX 2022 ini ditawarkan pada harga INR211,600 (RM11,700).

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan