Bikesrepublic

TERKINI: Harley-Davidson Lancar Model 350cc Dan 500cc 10 Mac Ini

Harley-Davidson bakal memperkenalkan model 350cc dan 500cc hasil kerjasama dengan QJ Motor pada 10 Mac ini. 

Kedatangan dua model itu telah pun disahkan menerusi dokumen kelulusan yang difailkan di China. Dokumen tersebut turut mendedahkan rupa jelas dua model itu yang diberi nama X350 dan X500. 

X350

QJ Motor diberi kepercayaan oleh pihak Harley-Davidson ekoran jenama motosikal China itu semakin berkembang pesat bukan sahaja di Asia malah di Eropah menerusi jenama Benelli dan Keeway. 

Untuk rekod, Harley-Davidson X350 dibina daripada platform sama dengan Benelli 302S sementara X500 pula dibangunkan dengan platform 500cc sama dengan Benelli Leoncino 500.

Dari aspek kuasa, Harley-Davidson X350 bakal menawarkan 37hp dan berat sekitar 195kg manakala X500 pula menghasilkan sekitar 47hp dan berat sekitar 206kg. Menurut laporan sebelum ini, Harley-Davidson X500 itu mampu merekodkan kelajuan maksima sekitar 160km/j.

X500

Harley-Davidson X500 dan X350 ini dihasilkan Zhejiang Jisheng Motor Vehicle Co Ltd, sebuah syarikat baharu yang dibangunkan Harley-Davidson bersama QJ Motor. 

Dua model baharu ini adalah antara usaha Harley-Davidson dalam menembusi pasaran baharu yang lebih luas ekoran jenama itu sebelum ini hanya mensasarkan golongan yang berkemampuan sahaja. 

Apa yang pasti, kedua-dua model ini akan dijual untuk pasaran Asia tidak lama lagi. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan