Bikesrepublic

Tren Tak Berhenti Kecewakan 100 Pelajar, KTMB Gantung Tugas Pemandu

Seramai 100 pelajar sekolah tidak dapat hadir pada hari pertama penggal ketiga 2021/2022 selepas tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak berhenti di Hentian Kuala Gris, Kelantan pada Ahad.

KTMB dalam satu kenyataan memaklumkan telah menggantung tugas pemandu tren yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Menurut hasil siasatan oleh KTMB, mendapati tren Shuttle Timuran no.51 yang berlepas dari Stesen Tumpat jam 4.05 pagi tidak berhenti di Hentian Kuala Gris pada jam 7.08 pagi.

“KTMB memandang serius dan kesal dengan kejadian itu. Lebih kesal lagi, ia membabitkan 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong yang baru memulakan semula sesi persekolahan, hari ini.

“Justeru, KTMB memohon maaf kepada pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah yang terbabit, serta kesal atas kejadian yang berlaku,” jelas KTMB dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, KTMB juga memberi jaminan kejadian tersebut tidak akan berulang.

Difahamkan, disebabkan tren tidak berhenti kesemua 100 pelajar yang berada di stesen tersebut terpaksa pulang semula ke rumah masing-masing. – BERNAMA

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube