Triumph Motorcycles telah memuat naik video teaser yang menayangkan sekilas rupa Speed Triple 1200 RS yang bakal dilancarkan secara rasmi 26 Januari ini.
Sejak pelancaran Street Triple RS 765 tahun lalu yang bingkas mencuri perhatian, rata-rata juga tidak sabar untuk menyaksikan versi ‘abang besar’.
Kini segalanya sudah pun terjawab dan berdasarkan ‘teaser’ dikongsikan Speed Triple 1200 RS ini juga didatangkan dengan lampu depan sama seperti pada model 765.
Selain mendapat rekaan baharu, jentera baharu ini juga menawarkan enjin 1200cc yang dijangka paling berkuasa pernah diperkenalkan bagi Speed Triple RS.
Walaupun ketika ini tiada info didedahkan namun dengan pelaksanaan Euro5 diharapkan enjin ini mampu menawarkan kuasa lebih tinggi berbanding model sebelumnya.
Segalanya akan terjawab pada 26 Januari ini dan nantikan laporan penuh dari MotoMalaya.Net!