Bikesrepublic

Tunggang Uji Honda CB250R 2019 – Ringkas Namun Menyeronokkan

  • Motosikal Honda CB250R 2019 adalah sebuah model yang disasarkan untuk penunggang baharu dan juga yang berpengalaman.
  • Ianya merupakan sebahagian daripada rangkaian Neo Sports Café Honda.
  • Ia mengimbau kembali keseronokan sesuatu yang ringkas, mudah difahami, dan mampu milik.

Kita sentiasa menginginkan lebih banyak kuasa. Kuasa, kuasa, dan lebih banyak kuasa, namun, ia tidak pernah mencukupi. Bagaimana pun, motosikal Honda CB250R 2019 mungkin mampu mengubah fikiran anda.

Honda telah mensasarkan model CB250R ini untuk penunggang baharu dan juga yang berpengalaman, dilengkapi dengan ke semua ciri keperluan asas yang diperlukan semua penunggang.

Pengenalan kepada Honda CB250R 2019

Motosikal CB250R ini mengambil ilham penggayaan daripada saudaranya yang lebih besar, CB1000R, sebagai sebahagian daripada rangkaian Neo Sport Café. Ketiga-tiga perkataan Neo, Sport, dan Café ini merujuk kepada gabungan penggayaan klasik dan moden. Secara ringkas, reka bentuk rangkaian ini bukanlah rekaan moden retro seperti CB1100F, dan ianya bukanlah rekaan kontemporari penuh seperti, sebagai contoh, VFR800.

Jadi, apa yang anda ada adalah lampu hadapan LED bulat dengan kerangka tiub keluli yang digabungkan dengan lekuk garis berbilang sudut di atas tangki bahanapi dan juga elemen moden. Dan dengan itu, rupa bentuk motosikal ini tidak syak lagi seperti sebuah “Honda CB”, tetapi dengan sedikit perbezaan.

Bahagian Utama

Motosikal ini dijana oleh enjin satu silinder, empat injap, DOHC, 250cc. Ia mampu menghasilkan 27hp pada 9,000rpm dan 23.3Nm tork pada 8,000rpm.

Suspensinya telah dikendalikan oleh sepasang fork terbalik di bahagian hadapan dan penyerap hentakan belakang tunggal di bahagian belakang. ABS didatangkan sebagai kelengkapan standard.

Gugusan instrumennya adalah LCD sepenuhnya, ke semua lampunya adalah lampu LED.

Penunggangan Motosikal Honda CB250R

Enjinnya hidup dengan mudah dan seperti kebiasaan bagi sebuah Honda, senyap, begitu juga dengan ekzosnya. Palang pemegangnya yang tirus itu dipaut secara ‘rubber-mounted’, mengasingkan gegaran enjin daripada tangan anda.

Motosikal ini cukup laju kitarannya. Pulas pendikitnya dan lihatlah sendiri jarumnya melonjak naik pada takometer.

Oleh kerana ianya motosikal berkapasiti kecil, penulis anggap yang penulis perlu memulas pendikitnya dengan banyak dan gelincirkan klacnya untuk mula bergerak. Rupa-rupanya, tidak perlu pun kerana enjinnya agak berdaya kilas bagi sebuah motosikal 250.

Dalam bandar, kadar pemecutan CB250R ini adalah kelebihan utamanya. Bagaimana pun, ia bagaikan tidak pernah ‘semput’ dan kami juga tidak pernah mencecah pengehad kitarannya. Kebiasaan bagi motosikal berkapasiti kecil seperti ini, seorang penunggang itu perlu ligat menggunakan kaki kirinya, namun, ianya berbeza bagi motosikal ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah pilih gear anda dan pulas pendikitnya.

Bercakap mengenai pendikitnya, sistem suntikan bahanapi PGM-Fi itu memberikan tindak balas yang linear dan lancar. Ianya sebuah bantuan yang hebat buat penunggang baharu dan suatu kelebihan bagi penunggang berpengalaman untuk memulas pendikit dengan lebih awal sewaktu menyelekoh.

Suspensinya juga bertindak dengan agak bagus. Namun, kerana ianya sebuah motosikal yang ringan, seberat 145kg sahaja, bonggol yang lebih tajam dan lubang yang lebih dalam masih boleh dirasai.

Satu ujian suspensi yang baik adalah dengan meluru masuk dalam selekoh pada kelajuan tinggi. Tidak sekali pun casisnya melawan kehendak penunggang. Pulas penuh pendikit di selekoh panjang? Suspensinya tidak terhenggut-henggut.

Di sinilah di mana anda menemui keseronokan menunggang motosikal ringan seperti CB250R ini kerana anda tidak perlu risau akan pembrekan yang keras. Meluru masuk sahaja ke dalam selekoh, brek dengan lebih awal, lepaskan brek dengan lebih awal dan pusing masuk selekoh. Dan jangan lupa untuk memulas penuh pendikit anda sewaktu keluar selekoh.

Sifatnya yang ringan itu membolehkannya untuk bertindak balas dengan segera terhadap pembrekan. Angkup brek hadapan pautan jejarinya itu memberikan tindak balas yang menakjubkan di hujung jari.

Di atas lebuhraya, kami turut kagum dengan betapa mudahnya ia mengekalkan kelajuan bersiar 120km/j tanpa enjinnya terasa seperti hendak meletup.

https://www.facebook.com/BikesRepublic/videos/2235196873359622/

Akhir sekali, ianya antara sebahagian kecil motosikal yang disukai oleh isteri penulis. Dia mendapati yang pelana dan suspensinya amat selesa, di samping mudah baginya untuk mencapai tangannya ke tangki bahanapi.

Kesimpulan

Disasarkan untuk penunggang baharu dan juga yang berpengalaman mungkin kedengaran seperti ia ada berlaku salah faham, namun, motosikal Honda CB250R 2019 ini ada mempamerkan sifat-sifat tersebut.

Ianya amat mudah untuk difahami oleh penunggang baharu dan anda tidak akan mudah bosan dengannya kerana ia mampu melakukan apa sahaja yang anda arahkannya. Bagi penunggang berpengalaman, ianya sebuah motosikal yang mampu mengingatkan anda semula akan keseronokan dan betapa mudahnya menunggang motosikal ringan.

Ditetapkan pada harga RM22,999 (harga asas tidak termasuk insurans), ianya suatu pembelian yang berbaloi.

SPESIFIKASI TEKNIKAL

ENGINE
ENGINE TYPE Single-cylinder, 4-stroke, DOHC, 4-valve, liquid-cooled
DISPLACEMENT 250 cc
BORE x STROKE 76.0 mm x 55.0 mm
POWER 27 bhp @ 9,000 RPM
TORQUE 23.3 Nm @ 8,000 RPM
COMPRESSION RATIO 10.7:1
TRANSMISSION 6-speed
FUEL SYSTEM Electronic fuel injection with ride-by-wire throttle
CLUTCH Multiple-plate wet clutch, cable actuation
CHASSIS
FRAME Steel tubes
FRONT SUSPENSION Upside-down forks
REAR SUSPENSION Monoshock
SUSPENSION TRAVEL FRONT/REAR N/A
FRONT BRAKE 2x radially-mounted 2-piston calipers, single disc
REAR BRAKE 1X single-piston floating caliper, single disc
ABS ABS standard
TIRES FRONT/REAR 110/70-R17; 150/60 R-17
STEERING HEAD ANGLE 24o
TRAIL N/A
WHEEL BASE 1,355 mm
SEAT HEIGHT 800 mm
FUEL TANK CAPACITY 10.1 litres
KERB WEIGHT 145 kg

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube