Bikesrepublic

Tunggang Uji Honda CBR650F 2018 Antara Dua Dunia

  • Motosikal Honda CBR650F adalah sebuah motosikal ‘all-rounder’ yang sporty, seperti mana model CBR600F dan CBR600RR.
  • Ia menarik minat sama ada penunggang baharu mahu pun yang sudah mahir.
  • Motosikal CBR650F ini ditetapkan pada harga RM44,453 (harga asas beserta 0% GST).

Apabila bercerita mengenai nama model “CBR” yang cukup terkenal ini, kita pasti akan membayangkan sebuah motosikal lumba berwarna merah, putih dan hitam, mengaum kuat apabila mencecah ‘redline’. Antara model rangkaian ini yang cukup digemari ramai adalah CBR600F dan CBR600RR, yang telah menjajahi segmen kelas pertengahan. Tetapi, bagaimana pula dengan Honda CBR650F yang akan kami uji ini?

Kami pernah mencuba motosikal CBR650F ini sebelum ini sewaktu acara berbuka puasa Honda dan juga acara tunggang uji Honda RC213-V, kedua-duanya diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada tahun lalu.

Di atas litar, model CBR650F ini cukup seronok untuk ditunggang, disebabkan permukaan litar yang rata dan lancar (berbanding dengan jalan raya). Saya masih ingat lagi cirinya yang amat lincah serta enjinnya yang amat berdaya kilas itu.

Pertama sekali, motosikal ini tampak hebat sekali, seperti sebuah motosikal lumba sejati. Di panel badannya ada sebahagian tempat yang terdedah menunjukkan kelengkapan yang ada di sebaliknya, seperti penutup enjin berwarna magnesium. Panel badan yang meliputi sub-kerangkanya telah dibentuk bagi memberikannya garis pinggang yang ramping. Pelananya saling tidak tumpah seperti yang ada pada CBR600F

Posisi duduknya juga terasa sporty dengan berat lebih ke hadapan dan tempat letak kaki yang dipaut tinggi, dan dengan itu, meletakkan bahagian muka anda betul-betul di balakang skrin penghadang angin yang kecilnya itu. Terdapat dua skrin LCD di belakang skrin penghadang angin. Lampu hadapan LED motosikal ini tampak lain daripada yang lain.

Kualitinya adalah sesuatu yang pasti anda jangka dari jenama Honda, dan ianya tampak jelas sekali pada keseluruhan motosikal ini. Dari kemasan warna, sehinggalah bagaimana keseluruhan panel badan disisip, dan juga kabel dan wayar yang diikat kemas dan terlindung dari pandangan, tidak lupa juga suis-suisnya yang terasa semulajadi. Kekemasan motosikal mereka adalah sesuatu yang sering dititikberatkan oleh Honda.

Bagi sebuah enjin empat silinder, ianya menderu sewaktu keadaan melahu. Pulas sedikit pendikitnya dan anda akan mendengar deraman dari kotak udara di bawah tangki bahanapi.

Anda perlu menggelingcirkan klac untuk memecut laju, bukan kerana enjinnya itu, tetapi kerana ia hanya ada pelaras kabel klac. Jadi, masalahnya timbul sewaktu anda melaraskannya bagi mendekatkan tuil klac kepada palang pemegang, klac tersebut mengambil sedikit masa untuk mula bekerja, dan begitulah sebaliknya. Namun begitu, anda akan terbiasa dengannya selepas satu ketika, atau pun, anda boleh sahaja dapatkan tuil boleh laras ‘aftermarket’.

Satu lagi kelebihan yang ada padanya adalah ketinggian pelana yang rendah, yang mana patut menarik minat ramai penunggang di Malaysia. Kusyen pelananya juga agak selesa.

Namun, sebaik sahaja ini mula bergerak, enjin CBR650F ini mengaburi stereotaip yang sering dikaitkan dengan enjin ‘inline-Four’. Ianya cukup berdaya kilas! Tidak seperti sesetengah enjin empat selari 600cc yang lain dari segmen yang sama yang pernah kami tunggangi sebelum ini, enjin Honda ini tidak perlu tunggu sehingga ia mencecah jangkauan tengah untuk mula beraksi. Sebaik sahaja anda memulas pendikitnya, kuasanya akan dapat anda rasai.

Ia mencecah kelajuan dengan pantas sekali, sehinggalah ke kelajuannya yang tertinggi, dengan bersahaja. Bagaimana pun, ia terasa bagaikan motosikal ini telah ditala pendek gearnya bagi penunggangan kasual dan dalam bandar. Pada pendapat penulis, saya akan mengurangkan dua gigi pada gegancu belakangnya bagi memberikan motosikal kebolehan merantau yang lebih jauh.

Di atas jalan raya yang sesak, pendikitnya yang lancar, agihan kuasanya yang linear serta torknya itu menjadikan CBR650F ini sebuah motosikal yang mudah untuk ditunggang; jarang sekali anda akan dapati diri berada dalam gear yang salah.

Sterengnya terasa ‘berat’ pada mulanya namun ini adalah kerana saya menekan palang pemegang ke bawah. Bagaimana pun, dengan posisi menunggang yang sporty dan tangan yang didepang keluar, motosikal ini terasa cukup lincah sekali.

Tidak bermakna yang ergonomik motosikal ini merupakan rekaan Marquis de Sade.

Sewaktu selekoh, anda boleh meniru gaya Marquez (jangan tiru berlebihan sangat!). Anda boleh bergayut pada sisinya dan menggunakan lekuk pada tangkinya untuk mengepit lutut anda padanya dan tangki itu sendiri boleh menyokong lengan di bahagian luar sewaktu anda menyelusuri selekoh pada kelajuan yang agak menakutkan.

Pada waktu inilah, terserlahnya kehebatan casisnya itu, di mana fork “Showa Dual Bending Valve” (SDBV) membekalkan maklum balas yang baik sekali ke tangan anda manakala penyerap hentakan belakang mengendalikan redamannya dengan baik sekali bagi sebuah atur cara asas. Model CBR650F ini cukup stabil melalui selekoh tanpa sebarang kecenderungan untuk berdiri semula mahu pun menggegarkan palang pemegangnya.

Tetapi, kerana ianya adalah sistem suspensi yang asas, kecelaan jalan raya Kuala Lumpur tetap musuh tradisinya. Namun begitu, ianya tidaklah sehingga anda melantun-lantun atas pelana anda itu.

Breknya berfungsi dengan baik sekali, walaupun ia tidak mencengkam kuat pada mulanya. Tidak menjadi masalah sekiranya anda bermula dengan motosikal berkapasiti lebih kecil, namun, jika anda sudah biasa dengan angkup empat omboh pada motosikal yang lebih, ingatlah untuk membrek dengan lebih awal dan lebih keras.

Tetapi, apa yang boleh anda jangka dari sebuah motosikal berharga RM44k? Öhlin, Brembo, IMU Bosch?

Ada beberapa perkara yang saya dapati agak ganjil dengan motosikal ini. Pertamanya, skrin LCDnya. Walaupun ianya tidaklah sukar untuk difahami, saya lebih gemar satu skrin yang besar. Keduanya, saya lebih suka jika brek hadapannya lebih mencengkam.

Ini hanyalah pandangan peribadi penulis, di mana motosikal Honda CBR650F ini adalah motosikal kelas pertengahan tahap permulaan yang cukup bagus sekali. Ia mempunyai keselesaan dan prestasi yang sinonim dengan model CBR600F yang terdahulu. Sebagai motosikal yang ringkas, penunggang boleh banyak belajar dengan menunggangnya, kerana anda akan belajar perkara asas mengenai cara mengawal motosikal.

Bercakap mengenai CBR600RR, ianya sebuah motosikal lumba sejati. Model CBR650F pula, terletak di antara motosikal kelas pertengahan 600/650cc kurang menyengat yang lain dan motosikal CBR600RR yang tegar. Di mana enjin motosikal CBR600RR menghasilkan 120hp, motosikal CBR650F pula menghasilkan 90hp (peningkatan sebanyak 4hp dari 2016). Jumlah itu jauh lebih tinggi dari pesaingnya yang lain; 20hp lebih berkuasa berbanding Kawasaki Ninja 650 dan 16hp lebih berkuasa berbanding Yamaha MT-07.

Kesimpulannya, Motosikal Honda CBR650F 2018 adalah sebuah tunggangan harian hebat dan juga tunggangan hujung minggu yang menyeronokkan. Ia juga pasti tidak tampak janggal berada di atas litar lumba. Jadi, ya, anda boleh kata yang motosikal Honda CBR650F 2018 ini adalah yang terbaik antara dua dunia.

Spesifikasi Teknikal

HONDA CBR650F 2018

ENGINE
ENGINE TYPE 4-stroke, DOHC, 16-valve, liquid-cooled, inline-Four
DISPLACEMENT 648.72 cc
BORE x STROKE 67.0 mm x 46.0 mm
POWER 90 bhp (67 kW) @ 11,000 RPM
TORQUE 64 Nm @ 8,000 RPM
COMPRESSION RATIO 11.4:1
TRANSMISSION 6-speed
FUEL SYSTEM PGM-Fi programmed fuel injection
CLUTCH Multiple-plate wet clutch, cable-operated
CHASSIS
FRAME Steel diamond
FRONT SUSPENSION ø 41 mm Showa Dual Bending Valve (SDBV) telescopic forks
REAR SUSPENSION Monoshock with adjustable spring preload
FRONT BRAKE 2 X Two-piston caliper and ø 320 mm discs
REAR BRAKE 1 X Single-piston caliper, ø 240 mm brake disc
TIRES FRONT/REAR 120/70 ZR-17; 180/55 ZR-17
STEERING HEAD ANGLE 25.5o
TRAIL 101 mm
WHEEL BASE 1,449 mm
SEAT HEIGHT 810 mm
FUEL TANK CAPACITY 17.3 litres
KERB WEIGHT 214 kg

GALERI GAMBAR

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube