Bikesrepublic

TVS Ntorq 125 berteknologi tinggi dilancarkan

TVS Motor Company telah melancarkan skuter yang mereka dakwa sebagai skuter 125cc paling berkuasa dan berteknologi tinggi di pasaran – NTorq 125 Race XP.

Diinspirasikan oleh rekabentuk pesawat ‘stealth’, TVS NTorq 125 Race XP menayangkan gaya agresif, dengan lampu LED di hadapan dan belakang.

Warnanya juga mendapat inspirasi daripada motosikal lumba, dan roda merahnya menambahkan lagi gayanya.

Enjin terbaru TVS NTorq 125 Race XP merupakan enjin 125cc silinder tunggal yand dilengkapi sistem Race Tuned Fuel Injection (RT-Fi) yang mengeluarkan 10hp kuasa dan tork sebanyak 10.8Nm.

Menurut TVS, ini adalah enjin skuter 125cc paling berkuasa dalam segmen pasarannya.

Apa yang membezakannya dari pesaingnya adalah tambahan teknologi yang pada kebiasaannya hanya terdapat pada motosikal sesaran lebih besar; contohnya, ia mempunyai dua mod iaitu Race dan Street.

Pada mod Street, NTorq memberi kuasa dengan lancar, iaitu paling sempurna untuk menunggang di bandar, sementara mod Racememberi penunggang tindak balas pendikit yang lebih tajam untuk menunggang lebih agresif, terutama di jalan raya lurus.

Ciri yang paling menonjol dari NTorq baru adalah Bluetooth melalui TVS SmartXconnect, yang membolehkan penunggang mengawal fungsi seperti menukar mod menunggang, navigasi, kecerahan konsol dan banyak lagi.

TVS SmartXonnect juga mempunyai ciri bantuan suara – juga yang pertama dalam segmen ini – dan penunggang kini dapat mengawal beberapa tetapan melalui interaksi suara semasa mereka berada di jalan raya.

NTorq 125 Race XP baru kini terjual di India dan terdapat dalam skema warna tiga nada, dengan harga 83,275 rupee (RM4,748).

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan