Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pengeluar motosikal elektrik dari Australia. VMoto Ltd, baru-baru ini.
MoU tersebut menyaksikan Ni Hsin EV Tech akan memasang dan memasarkan motosikal eletrik VMoto di Malaysia.
Ni Hsin dalam satu kenyataan mendedahkan kedua-dua pihak telah menubuhkan kerjasama strategik bagi memasang dan mengedar beberapa model VMoto di Malaysia antaranya VMoto F01, CPX Pro dan TC Max EV.
“Produk ditawarkan adalah yang dikehendaki pasaran terutamanya bagi segmen B2B dan B2G. Motosikal elektrik berprestasi tinggi dihasilkan VMoto cukup sesuai untuk pihak peniaga dan sektor kerajaan.
“Model perniagaan kami merangkumi segmen B2B dan B2G jadi sasaran kami adalah pihak berkuasa, tentera, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kastam dan syarikat sekuriti,” jelas Pengarah Urusan Ni Hsin EV Tech, Khoo Chee Kong.