MForce Bike Holdings Sdn Bhd membuka tirai 2021 dengan pelancaran skuter cilik, WMoto ES125 selepas menutup tirai 2020 dengan motosikal cruiser V16.
Dua varian ditawarkan untuk pasaran tempatan, ES125 Standard dan ES125 Special Edition (SE) yang dibezakan dengan pilihan warna.
Versi standard ditawarkan pada harga RM4,588 dan datang dengan tiga warna pilihan; merah, hitam dan kelabu manakala varian SE (dengan pilihan warna stunning turqoise) dijual dengan harga RM4,888.
WMoto ES125 dilengkapi dengan enjin satu silinder 118.8cc dengan penyejukan udara yang menjana 8.7hp pada 7,500rpm dan 9.5Nm pada 6,000rpm yang dipadankan dengan transmisi CVT.
Menurut MForce, enjin ini dikuasakan dengan teknologi ECS (Environment Care System) yang mesra alam.
Sistem ‘suspension’ pula dikendalikan fork teleskopik dengan penyerap hentakan di belakang.
Antara ciri menarik lain:
- berat 95 kilogram
- tangki 3L
- ruang letak barang 9L
- pengecas USB
- dua slot letak barang
- DRL (daytime running light)