Bikesrepublic

WMoto Xtreme 150i Bakal Dapat Enjin DOHC, Kamera Depan – 16.4HP, 14.7Nm

Pengeluar motosikal China, Lifan telah menaik taraf skuter ‘adventure’ Lifan KPV150 Pro untuk pasaran negara itu.

Bagi tahun 2023, Lifan KPV150 Pro dinaik taraf dengan rekaan badan baharu termasuk lampu hadapan yang lebih segar dan sporty. Lifan juga menaik taraf enjin daripada SOHC kepada DOHC sekaligus menyaksikan enjin 150cc itu kini menawarkan 16.4hp dan 14.7Nm berbanding 12.1hp dan 11.8Nm sebelum ini. 

Menariknya, model 2023 itu juga kini dilengkapi dengan kamera hadapan (dashcam) sekaligus meningkatkan lagi aspek keselamatan selain daripada kehadiran sistem ABS. 

Untuk rekod, Lifan KPV150 turut dipasarkan di Malaysia dibawah jenama WMoto dan dinamakan sebagai Xtreme 150i. 

Ekoran daripada naik taraf terbaru ini maka tidak hairanlah jika MForce Bike Holdings turut memperkenalkan versi baharu ini untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. 

Bagaimanapun, sebuah lagi jenama tempatan, Aveta terlebih dulu menawarkan skuter dengan kamera depan menerusi VAV150 Hybrid baru-baru ini. 

Selain itu, Lifan KPV150 Pro juga menerima casis yang diperkuat dan panel meter digital baharu. Namun, ciri lain yang terus dikekalkan termasuk brek ABS dwi-saluran, lampu LED penuh, serta pengecas UBS/12V.

Berdasarkan ciri yang disebut, pastinya menarik jika MForce memperkenalkan model dinaik taraf ini untuk pasaran Malaysia. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan