Bikesrepublic

WorldSBK: Hafizh Syahrin Selesai Ujian Sulung Bersama Honda CBR1000RR-R Fireblade SP

Pelumba negara, Hafizh Syahrin, bakal membuka tirai 2022 dengan beraksi di pentas Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK) selepas meninggalkan Kejuaraan Dunia Moto2 tahun lalu.

Hafizh telah pun menjalani ujian dua hari di Litar Catalunya di Barcelona bersama jentera Honda CBR1000RR-R Fireblade SP yang akan digunakan dalam musim ini.

Ini merupakan ujian sulung bagi Hafizh selepas disahkan sertai pasukan MIE Racing Honda Team pada November tahun lalu.

Meskipun hujan lebat turun pada Ahad dan mengganggu proses membiasakan diri dengan jentera baharu, Hafizh menyifatkan sesi tersebut sebagai positif.

“Segalanya adalah baru bukan sahaja jentera malah tayar, suspensi serta kru. Jadi kami masih cuba mengenali satu sama lain.

“Mengambil masa untuk memahami segalanya jadi selama satu hari setengah sewaktu litar kering, saya masuk ke litar dengan tetapan asas dan melakukan lap dengan tetapan sama tanpa melakukan sebarang perubahan,” jelasnya.

Hafizh akan ke Motorland Aragon pada 4 hingga 5 April ini bagi sesi ujian terakhir sebelum aksi pembukaan tirai berlangsung pada minggu seterusnya.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan