Bikesrepublic

Yamaha Bakal Perkenalkan Tracer Versi 250cc?

Segmen motosikal ‘adventure touring’ sememangnya antara model yang paling menjadi tumpuan sejak beberapa tahun ini.

Ini kerana, motosikal segmen ini menawarkan aspek praktikal dan prestasi yang sesuai digunakan dalam apa jua senario.

Dalam perkembangan terkini, Yamaha telah memfailkan ‘trademark’ Tracer di India sekaligus beri bayangan model itu bakal diperkenalkan di pasaran tersebut buat julung kalinya.

Bagaimanapun, melihat kepada Yamaha tidak pernah memasarkan jentera atas 250cc di India, memberi bayangan bahawa model ‘Tracer’ ini bukan merujuk kepada Tracer 7 (700cc) mahupun Tracer 9 (900cc).

Senario ini sekaligus menandakan Yamaha mungkin membangunkan Tracer dengan versi 250cc untuk pasaran negara itu.

Ketika ini, Yamaha hanya mengedarkan model MT dan R di India dengan versi 250cc merupakan sesaran enjin tertinggi ditawarkan.

Maka, bukan satu kejutan jika Yamaha mahu meneruskan populariti segmen motosikal kecil dengan mengguna pakai nama Tracer sebagai tawaran berbeza.

Apa yang pasti, ketika ini semuanya hanyalah khabar angin namun jika mengambil kira situasi semasa di India, sememangnya dakwaan ini ada isinya. Apa sekalipun, nantikan pengesahan rasmi dari pihak Yamaha. – Visordown

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube