Bikesrepublic

Yamaha Japan Pilih Malaysia Antara Negara Uji Model Elektrik E01

Yamaha bakal mengorak langkah ke alam motosikal elektrik bermula denngan Yamaha E01 tidak lama lagi.

Menariknya, Yamaha Japan telah memilih Malaysia bersama beberapa negara Asia lain termasuk Thailand, Indonesia dan Taiwan sebagai medan ujian Yamaha E01.

Perkara itu disampaikan sewaktu sesi penerangan produk oleh Yasushi Noumura.

Yamaha Jepun sebelum ini telah pun mengadakan sesi ujian di Eropah dan Jepun dan bakal meneruskan usaha itu di iklim Malaysia yang akan menguji ketahanan dan kelasakan Yamaha E01.

Ujian tersebut akan memfokuskan jarak perjalanan, kaedah pengecasan dan masa yang akan diambil sewaktu mengecas yang sememangnya menjadi cabaran utama bagi mobiliti elektrik.

Menariknya, Yamaha E01 tampil dengan dimensi hampir sama dengan model sedia ada Yamaha Nmax namun akan digerakan bateri lithium-ion 4.9kWh yang mampu menjana 8.1kW (10.8hp) pada 5,000rpm dan 30.2Nm pada 1,950rpm.

Sebagai skuter urban, Yamaha E01 menawarkan boleh mencapai jarak perjalanan hingga 100km dan mampu mencapai kelajuan 100km/j.

Terdapat tiga pilihan pengecas bagi Yamaha E01:

  • pengecas konvensional (rumah) – 5 jam hingga penuh
  • pengecas pantas (pengedar) – 1 jam hingga 80 peratus
  • pengecas mudah alih – 14 jam hingga penuh

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Yamaha E01 menawarkan ruang letak barangan yang luas, 28L di bawah tempat duduk sekaligus menjadikan skuter elektrik ini praktikal untuk kegunaan harian.

Yamaha E01 dijangka akan mula menjalani ujian sekitar Julai tahun ini.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube