Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memuat naik teaser terbaru di laman Facebook mereka, hari ini.
Teaser dalam video berdurasi 15 saat itu memaparkan sebahagian daripada panel badan motosikal dengan terteranya nama Doxou. Melihat dengan lebih dekat, panel badan tersebut berkemungkinan besar merupakan Yamaha Y16ZR.
HLYM sebelum ini juga pernah memperkenalkan Y16ZR edisi Doxou pada Oktober 2021 yang merupakan keluaran terhad sebanyak 5,000 unit sahaja.
Kami menjangkakan edisi Doxou kali ini juga akan dihadkan kepada keluaran tertentu sahaja seperti sebelum ini. Pada masa sama, kemungkinan besar keluaran kali ini juga melibatkan Y16ZR namun dengan pilihan warna baharu.
Seperti keluaran Doxou sebelum ini, model baharu ini juga dijangka didatangkan dengan set eksklusif Doxou.