Bikesrepublic

Yamaha MT-09 2021 Dilancarkan – 117HP, 93Nm!

Selepas tular beberapa gambar yang memaparkan reka bentuk MT-09 baharu, jentera naked dari Yamaha itu dilancarkan secara rasmi, hari ini.

Jika dibandingkan dengan generasi kedua MT-09, generasi ketiga ini jelas tampil dengan rekaan serba baharu bagi tahun 2021.

Yamaha MT-09 2021 kini didatangkan dengan enjin (lebih besar berbanding model sebelumnya) tiga silinder 890cc yang kini menjana 117hp dan 93Nm.

Enjin serba baharu ini merupakan langkah kedepan Yamaha dalam mematuhi emisi Euro5 yang akan berkuatkuasa tahun depan.

Meskipun sesaran lebih besar, namun enjin ini lebih ringan berbanding generasi sebelumnya.

Sistem transmisi 6-kelajuan dibantu dengan klac assist/slipper yang dikelilingi kerangka Deltabox di samping subframe baharu.

Malah, swingarm juga lebih ringan dengan penggunaan bahan jenis aluminium lantas menyaksikan Yamaha MT-09 2021 ini hanya seberat 189 kilogram.

Sistem membrek hadir menerusi kaliper Nissin dan cakera brek 298mm di bahagian depan dan radial master cylinders dengan fork depan KYB dan penyerap hentakan belakang boleh laras (preload dan rebound).

Lebih menarik, Yamaha turut melengkapkan MT-09 2021 dengan unit IMU enam-axis yang menawarkan ean-angle sensitive traction control, slide control, cornering ABS, rear-lift mitigation seperti yang terdapat pada YZF-R1.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • paparan TFT 3.5 inci
  • quickshifter dengan auto-blipper
  • lampu depan LED dengan DRL

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube