Bikesrepublic

Yamaha XMax 250 2023 Dah Jalani Ujian Di Malaysia, Lancar Tak Lama Lagi

Generasi terbaru Yamaha XMax 250 2023 telah pun diperkenalkan kepada umum pada Oktober tahun lalu dan ketika itu, rata-rata memberikan respon baik terutamanya terhadap naik taraf yang diberikan. 

Dalam perkembangan terbaru, Hong Leong Yamaha Motoro (HLYM) didapati telah pun melakukan ujian jalan raya dengan skuter maxi terbaru itu. Video dua model tersebut di jalan raya Malaysia juga telah tular di media sosial. 

Berdasarkan video TikTok yang dimuat naik akaun Norman Tumin, jelas kelihatan dua model Yamaha XMax 250 generasi terbaru sedang menjalani ujian jalan raya. 

@normantuminphotographer

Siap tahu model apa motor ni??? Fuhhh garang ooo

♬ bunyi asal – Norman Tumin – Norman Tumin

Yamaha Xmax 250 2023 tampil dengan panel depan baharu yang diketengahkan dengan susunan lampu dan hidung depan berbentuk ‘X’. Bentuk ‘X’ itu juga ditayangkan ketika lampu belakang dinyalakan.

Yamaha turut mengemas kini panel sisi agar melindungi penunggang dengan lebih baik di jalan raya manakala penghadang angin kini boleh diselaraskan. 

Kami difahamkan, hanya varian ‘Tech Max’ ditawarkan untuk pasaran Malaysia nanti berbanding pasaran Eropah yang turut ditawarkan dengan versi standard. Untuk rekod, varian ‘Tech Max’ didatangkan panel TFT 4.2-inci yang menawarkan fungsi navigasi Garmin – sama seperti yang terdapat pada TMax Tech Max.

Varian Tech Max juga datang dengan tempat duduk kulit dan tapak letak kaki aluminium. Sementara itu, fungsi hidup tanpa kunci dan traction control didatangkan secara standard bagi kedua-dua varian.

Sementara itu, Yamaha XMax 250 2023 ini masih lagi dikuasakan enjin 250cc Blue Core yang menawarkan 22.5hp dan 24.3Nm. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan