Bikesrepublic

Yamaha XSR 900 GP Dalam Pembikinan, Lancar 2023?

Yamaha didakwa akan memperkembangkan portfolio enjin tiga silinder 890cc CP3 dengan sebuah modelbaharu.

Dakwaan tersebut dikemukakan media Jepun, Young Machine yang melaporkan Yamaha sedang membangunkan model XSR 900 GP. 

Seperti kebiasaan, Young Machine sememangnya terkenal dengan mendedahkan model baharu yang akan dikeluarkan ‘The Big Four’ (Yamaha, Honda, Kawasaki dan Suzuki).

Setakat ini, tiada lagi tembakan mereka tidak mengena dan laporan terbaru mengenai XSR GP juga pastinya berisi.

Tambahan pula, Yamaah juga pernah memfailkan permohonan tanda nama bagi XSR GP pada April lalu jadi laporan terkini oleh Young Machine itu pasti berasas.

Menurut laporan tersebut, XSR GP akan datang itu akan digerakkan enjin CP3 890cc yang terdapat pada XSR 900, Tracer 9 GT dan MT-09. 

Berdasarkan imej ‘render’ yang dibayangkan Young Machine, XSR GP akan dibina berasaskan model XSR 900 namun akan diberikan panel badan yang penuh (full-fairing) di samping sentuhan reka bentuk retro termasuk penggunaan lampu depan berbentuk bulat.

Ini secara tidak langsung membuatkan Yamaha XSR GP itu tampak seperti Triumph Speed Triple 1200 RR, MV Agusta Superveloce 800 dan Honda Hawk 11. – Young Machine

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan