Bikesrepublic

Yamaha Y16ZR VVA Mendarat Di Malaysia – RM10,888!

Hong Leong Yamaha Motor dengan rasminya melancarkan Yamaha Y16ZR VVA serba baharu untuk pasaran tempatan.

Motosikal ‘kapcai’ popular di Malaysia itu kni tampil dengan enjin lebih besar dan dipadankan dengan sistem VVA (variable valve actuation).

Mendapat inspirasi daripada ‘abang besar’ Yamaha YZF-R1, rekaan keseluruhan Y16ZR ini tampil lebih agresif dan moden terutamanya bahagian depan yang lebih menonjol dengan lampu depan LED manakala lampu belakang menampilkan bentuk sama yang ditawarkan R15.

Sementara itu, motosikal ini digerakkan dengan enjin 155cc SOHC sama yang memacu R15 dan MT-15 yang menjana 17.7hp pada 9,500rpm dan 14.4Nm pada 8,000rpm yang dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan (dengan bantuan klac assist/slipper).

Mengikut acuan model terkini Yamaha, Y16ZR ini juga dilengkapi paparan LCD yang menawarkan informasi kelajuan, RPM dan ‘gear indicator’ manakala bahagian ‘handle’ kanan diletakkan butang ‘kill switch’.

Model 2021 ini juga mengguna pakai sistem Smart Key (keyless) di samping menawarkan pengecas USB termasuk penggunaan kaliper brek dua piston (bagi varian Premium) serta tangki yang lebih besar, 5.4L berbanding model sebelumnya.

Setiap pembelian motosikal baharu ini jugak akan disertakan dengan “key pouch” dari Royal Selangor bagi 5000 unit pertama.

Yamaha Y16ZR ini boleh didapati di semua pengedar rasmi Yamaha bermula 31 Mac 2021 dengan tiga pilihan warna, Phantom Grey, Arrow Blue dan Raging Yellow.

Motosikal ini ditawarkan pada harga RM10,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube