Bikesrepublic

Berita Terkini

Edaran Modenas Sdn Bhd dengan rasminya mengumumkan harga Modenas Versys-X 250 yang boleh didapati pada harga RM24,900. 

Menurut EMOS, Versys-X 250 hanya akan tampil dalam satu pilihan warna sahaja, Metallic Flat Spark Black / CDY Lime Green dan dilengkapi dengan ‘panniers’ 17L kiri dan kanan.

Untuk rekod, Versys X 250 ini menawarkan ciri yang menarik antaranya , crash guard, penghadang angin tinggi, ‘handguard’ dan lampu kabus LED yang didatangkan secara standard.

Modenas Versys X 250 itu akan dikuasakan enjin parallel-twin 249cc yang menawarkan 33hp pada 11,500rpm dan 21.7Nm pada 10,000rpm. Kuasa enjin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan dengan bantuan klac assist & slipper. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • rim jenis spoked (lidi) 19-inci depan, 17-inci belakang
  • suspensi fork teleskopik 41mm depan, monoshock belakang
  • tangki 17L
  • ABS dwi-saluran
  • ketinggian tempat duduk 815mm

Aprilia bakal mengorak langkah sulung dalam segmen ‘entry-level’ apabila bakal melancarkan RS 457 pada 7 September ini sekaligus bakal bersainga dengann beberapa model lain termasuk Kawasaki Ninja 400 dan KTM RC 390. 

Pendedahan itu dibuat berdasarkan ‘teaser’ terbaru yang dikongsikan di beberapa platform rasmi Aprilia. Menariknya, meskipun imej ‘teaser’ itu tidak menampakkan keseluruhan rupa namun apa yang pasti RS 457 itu akan mengikut acuan sama dengan RS 660. 

Persoalannya, bagaimanakah nama RS 457 ditentukan sedangkan khabar angin sebelum ini kuat menyebut tentang RS 440? Difahamkan, Piaggio Group telah pun memfailkan tanda dagangan RS 457 di Itali baru-baru ini termasuk logo. Peminat juga mendapati imej teaser tersebut mengguna pakai kod nama 457 di laman web rasmi Aprilia. 

Apa yang pasti, segalanya akan terjawab pada 7 September ini. 

Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman berjaya menemukan semula helmet Arai kesayangan selepas dua tahun hilang akibat dilarikan pencuri. 

Azlan Shah berdasarkan perkongsian di media sosial, menceritakan bagaimana dia berjaya menemukan semula helmet Arai Azlan Shah hasil daripada pertolongan seorang individu bernama Amzar. 

Difahamkan, Amzar telah menjumpai helmet tersebut dua tahun yang lalu di dalam tong sampah. Dia kemudiannya telah cuba menghubungi Azlan Shah menerusi “direct message” (DM) di Instagram namun tiada maklum balas sehinggalah Azlan Shah menyemak kembali DM baru-baru ini. 

Menurut Azlan Shah, helmet berkenaan antara barang yang dilarikan pencuri yang telah memecah masuk ke rumahnya dalam satu insiden dua tahun lalu. 

Pelumba pasukan TKKR Racing Team itu juga meluahkan rasa bersyukur terhadap penemuan semula helmet itu di samping turut mengucapkan terima kasih kepada Amzar kerana menyimpan helmet tersebut selama dua tahun. 

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu pihak penganjur Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023 bertanggungjawab atas kematian salah seorang peserta yang terbabit kemalangan pada Ahad. 

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Setiausaha (KSU) KBS Dr K Nagulendran pihak penganjur harus bertanggungjawab ekoran mengadakan perlumbaan yang tidak mendapat kelulusan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM). 

“Perlumbaan itu tidak mendapat kelulusan MAM, kami (KBS) sudah membuat semakan. 

“Selepas ini pihak kami akan adakan perbincangan dan melakukan tindakan susulan dengan MAM. MAM sendiri juga perlu melakukan tindakan susulan dengan penganjur berhubung insiden berkenaan,” jelasnya kepada pemberita. 

Dalam pada itu, Dr K. Nagulendran juga mengingatkan semua pihak bahawa sebarang penganjuran perlumbaan perlu mendapatkan kebenarakan daripada pihak Suruhanjaya Sukan. 

“Kami kesal insiden ini berlaku, penganjur harus bertanggungjawab, saya tidak rasa ia sesuatu yang betul mengadakan perlumbaan tanpa kelulusan dan langkah-langkah keselamatan,” tambahnya. 

Mangsa, Hattem Rashdi, 22, pelumba pasukan ESR Motor terbabit kemalangan pada Ahad sebelum disahkan meninggal dunia pada petang Isnin ketika sedang menjalani rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang. – Harian Metro

Beberapa minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan, telah pun mengesahkan bahawa Modenas Versys-X 250 akan dilancarkan tahun ini. 

Berdasarkan tinjauan di beberapa pengedar rasmi Modenas, sudah ada yang menerima tempahan bagi motosikal ‘adventure’ 250cc itu. Menariknya, ada yang memberi anggaran harga Versys-X 250 sekitar RM26k. Namun, kami jangkakan harga sebenar jauh lebih rendah dari itu ekoran model tersebut adalah pemasangan tempatan (CKD). 

Jika dibandingkan dengan model yang diperkenalkan pada tahun 2017 – dibawah pengurusan lama – waktu itu Versys-X 250 dijual dengan harga RM23.7k sahaja. 

Untuk rekod, Versys X 250 ini menawarkan ciri yang menarik antaranya ‘panniers’ berkapasiti 17 liter, crash guard, penghadang angin tinggi, serta ‘handguard’. 

Versys X 250 itu akan dikuasakan enjin parallel-twin 249cc yang menawarkan 32.5hp pada 11,500rpm dan 21Nm pada 10,000rpm. Kuasa enjin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan dengan bantuan klac assist & slipper. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • rim jenis spoked (lidi) 19-inci depan, 17-inci belakang
  • suspensi fork teleskopik 41mm depan, monoshock belakang
  • tangki 17L
  • ABS dwi-saluran
  • ketinggian tempat duduk 815mm

Perlumbaan drag tempatan kembali menjadi topik hangat selepas peserta Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 disahkan meninggal dunia susulan kemalangan.

Memetik laporan Harian Metro, Hattem Rashdi, 22, terbabit kemalangan pada hari pertama acara yang berlangsung di Pekan, Pahang. Mangsa kemudiannya bertarung nyawa lebih 12 jam sebelum disahkan meninggal dunia. 

Pelumba ESR Motor itu disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang semalam.

“Allahyarham adalah pelumba litar drag yang berbakat dan menjadi penunggang kepada ESR Motor sejak dua tahun lalu.

“Difahamkan, jentera yang ditunggangi Allahyarham berhadapan masalah teknikal sebelum terbabas,” jelas pemilik ESR Motor, Adib Affandi Mohamad. – Harian Metro

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube