Bikesrepublic

Berita Terkini

Dalam usaha memastikan legasi Hayabusa terus berjalan dalam era peraturan emisi yang semakin ketat, Suzuki telah pun memfailkan paten baharu yang merujuk kepada Suzuki Hayabusa akan dinaik taraf dengan sistem ‘variable valve timing’ (VVT). 

*Suzuki Hayabusa 2018

Penjualan Hayabusa telah pun dihentikan di beberapa pasaran dunia sekitar 2018 sebelum kilang Hamamatsu memperkenalkan generasi terbaru pada 2021 yang tampil dengan enjin lebih bersih dan reka bentuk berbeza. Bagaimanapun, dalam usaha mencapai standard emisi terkini, model 2021 itu datang dengan kuasa yang lebih rendah berbanding generasi sebelumnya. 

*Suzuki Hayabusa 2021

Enggan senario sama berulang, Suzuki telah memutuskan Hayabusa seterusnya akan dinaik taraf dengan sistem VVT yang bukan sahaja akan meningkatkan kuasa malah turut menawarkan penggunaan bahan api yang lebih jimat dan emisi yang lebih rendah. 

Difahamkan, sistem VVT yang akan diguna pakai Suzuki mirip dengan teknologi yang diterapkan masa kini pada motosikal dan kereta iaitu dengan melambatkan masa ‘intake cam’ pada kelajuan rendah sekaligus mengurangkan jumlah injap bertindih. 

Untuk rekod, injap bertindih bermanfaat bagi mengisi silinder dengan intake baharu pada RPM tinggi namun pada RPM rendah, senario itu menyebabkan campuran tidak terbakar memasuki ekzos lalu mencemarkan ‘catalytic converter’. Keadaan itu boleh memberi kesan pada kecekapan bahan api dan meningkatkan emisi. 

Penerapan sistem VVT baharu ini akan memastikan penjualan Hayabusa akan terus dibenarkan terutamanya di beberapa negara Eropah dan Amerika Syarikat yang dijangka akan memperkenalkan peraturan emisi lebih ketat dalam masa terdekat. 

Ketika ini, penjualan GSX-R1000, GSX-R750 dan GSX-R600 telah pun dilarang kerana gagal mencapai sasaran emisi Euro 5. 

Apa yang pasti sistem VVT pada Hayabusa bukan sahaja membolehkan model itu kekal relevan untuk pasaran dunia masa kini malah memastikan enjin empat silinder 1,340cc itu kekal menghasilkan output yang tinggi setaraf namanya. 

Shell Malaysia dengan rasminya memperkenalkan aplikasi khas menerusi Shell App yang dibangunkan khas bagi meningkatkan pengalaman isian minyak tanpa tunai dengan lebih mudah dan selamat. 

Menurut Pengurus Besar Mobiliti Shell Malaysia, Seow Lee Ming, aplikasi terbaru itu memudahkan proses transaksi dan pembelian bahan api dengan lancar.

“Shell App bukan hanya memudahkan pelanggan kami untuk membuat pembayaran minyak dengan lebih selamat dari dalam kereta, malah memastikan perjalanan mereka lebih mudah dan memberikan lebih ganjaran.

“Pelanggan kini boleh menebus pembelian bahan api, atau croffle kegemaran mereka sambil mengumpul mata ganjaran dengan Shell App,” jelasnya. 

Selain itu, ahli BonusLink boleh terus mengumpul mata ganjaran dan membuat penebusan eksklusif dari Shell. Bagi memastikan segala transaksi pelanggan dilindungi, Shell App ini juga merupakan aplikasi pertama di Malaysia yang dilindungi sistem verifikasi 3-D Secure. 

Selain memudahkan pengisian minyak dan kutipan mata ganjaran, Shell App ini juga memaklumkan lokasi stesen Shell berdekatan termasuk fasiliti dan kemudahan lain antaranya mesin ATM, surau, Shell Cafe dan pusat cuci kereta. 

Orang ramai boleh muat turun aplikasi Shell App ini menerusi Apple App Store dan Google Play Store. 

]MForce Bike Holdings Sdn Bhd merupakan antara pengedar motosikal yang bakal memeriahkan acara Kuala Lumpur Bike Show 2023 (KLBS’23) yang akan berlangsung dari 24 hingga 27 Ogos ini di World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL). 

Ini kerana syarikat itu akan menawarkan pelbagai model baharu dan terkini antaranya dari QJMotor, Benelli, WMOTO, Keeway, Moto Morini serta jenama baharu MBP Moto. 

Menariknya, MForce akan turut melancarkan model baharu dari jenama Brixton Motorcycles menerusi Brixton CrossFire 125 XS, sebuah motosikal scrambler-mini serba baharu untuk pasaran tempatan. 

Perkara itu diumumkan menerusi perkongsian ‘teaser’ terbaru di media sosial. 

Motosikal mini itu telah pun membuat penampilan ketika pelancaran Brixton Cromwell 1200 sebelum ini namun KLBS’23 bakal menjadi platform pelancaran rasmi model terbabit. 

Untuk rekod, CrossFire 125 XS itu dikuasakan enjin satu silinder 125cc dengan sistem penyejukan udara yang berupaya menghasilkan 11hp pada 8,500rpm dan 9.6Nm pada 6,500rpm.

Selain tampil dengan reka bentuk unik, model ini juga menawarkan kelengkapan moden termasuk cakera brek depan dan belakang dengan sistem CBS (combine brake system), fork USD, monoshock dan tayar 12-inci depan dan belakang. Menariknya dengan kapasiti tangki 11L dan ketinggaian tempat duduk 760mm menjadikan model ini cukup sesuai sebagai motosikal ‘entry-level’ bagi pengguna baharu. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk lampu LED penuh dan panel meter digital. 

Laporan penuh mengenai model ini akan kami bawakan dari KLBS’23 hujung minggu ini. 

Kuala Lumpur Bike Show 2023 bakal membuka tirai julung kalinya pada 24 Ogos ini bertempat di World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL). 

Penganjuran pertama itu menjanjikan pelbagai pameran motosikal dan aktiviti istimewa bagi pengunjung terutamanya peminat dua roda. Antara yang akan terlibat dengan penganjuran tersebut termasuk MForce Bike Holdings yang merupakan pengedar rasmi bagi beberapa jenama antaranya QJMotor, Benelli, SYM, Brixton, WMoto, Keeway dan Moto Morini. 

Menariknya, KLBS’23 itu juga bakal menyaksikan MForce memperkenalkan jenama baharu untuk pasaran tempatan menerusi MBPMoto (Moto Bologna Passione). Selain itu, MForce juga merancang untuk memperkenalkan sebuah model baharu dari QJMotor untuk pasaran Malaysia. 

Tinjaun di media sosial MForce TV mendapati antara yang akan diperkenalkan adalah jentera “4-dapur”, QJMotor SRK600RC. Untuk rekod, SRK600RC merupakan model sama dengan SRK600RR namun didatangkan dengan grafik dan livery yang diinspirasikan daripada pasukan QJMotor Gresini di Moto2. 

QJMotor SRK600RC ini dikuasakan enjin 4-silinder 600cc 16-valve dengan sistem penyejukan cecair yang menawarkan 81hp pada 11,000rpm dan 51Nm pada 10,500rpm. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk brek Brembo, sistem ABS dwi-saluran, serta fork USD dan monoshock dari Kayaba (KYB). Sebagai jentera moden, SRK600RC juga dilengkapi panel meter TFT 5-inci, lampu LED penuh dan port USB. 

Maklumat rasmi termasuk harga bagi SRK600RC ini akan diumumkan di KLBS’23 yang akan berlangsung dari 24 hingga 27 Ogos ini.

Francesco Bagnaia terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu kejuaraan dunia MotoGP setelah mendominasi perlumbaan GP Austria di litar Red Bull Ring pada Ahad. Ini merupakan kemenangan kelima pelumba Itali itu musim ini. 

Pelumba Ducati itu terus mendahului perlumbaan sebaik dimulakan dan terus menerajui perlumbaan sehingga ke garisan penamat. Walaupun diekori rapat pelumba KTM, Brad Binder di awal perlumbaan namun senario itu tidak menggugat kedudukan Bagnaia. 

Sebaliknya, Bagnaia berjaya menjarakkan diri dengan Binder sehingga membuka jurang lebih 5 saat di hujung perlumbaan. Menariknya, kejayaan di Austria itu juga menyaksikan Bagnaia merekodkan podium ke-50 dalam kariernya.

Sementara itu, Binder boleh berpuas hati dengan kedudukan kedua ekoran terus memberi saingan pada Bagnaia dalam kutipan mata kejuaraan.  Pelumba Afrika Selatan itu harus berasa bangga ekoran memperbaiki keputusan tempat ketiga ketika di GP Britain dua minggu lalu. 

Dalam pada itu, Marco Bezzecchi yang tersingkir awal dari saingan Tissot Sprint pada Sabtu kembali bangkit untuk melengkapkan podium di tempat ketiga. Walaupun pada satu ketika duduk di belakang Alex Marquez untuk satu tempoh panjang namun dia berjaya meloloskan diri di hujung perlumbaan. 

Rakan sepasukan Bezzecchi, Luca Marini juga menceriakan kem VR46 apabila menamatkan aksi di tempat keempat. Sambil disaksikan pengurus pasukan, Valentino Rossi, Marini berjaya memintas (Alex) Marquez di hujung perlumbaan sekaligus memperbaiki keputusan pusingan lalu di Silverstone apabila hanya menduduki tempat ke-7. 

Sementara itu, Marc Marquez akhirnya berjaya menamatkan perlumbaan pertama musim ini apabila menamatkan saingan di tempat ke-12.

Kemenangan di Austria juga terus mengukuhkan kedudukan Bagnaia selaku pendahulu kejuaraan dengan 226 mata, 46 mata di hadapan pesaing terdekat Jorge Martin (Pramac Racing-Ducati) yang sekadar menamatkan aksi di tempat ketujuh.

Berikut keputusan penuh GP Austria:

125
1 F. Bagnaia
Ducati Lenovo Team42:23.3150
220
33 B. Binder
Red Bull KTM Factory Racing+5.191
316
72 M. Bezzecchi
Mooney VR46 Racing Team+7.708
413
10 L. Marini
Mooney VR46 Racing Team+10.343
511
73 A. Marquez
Gresini Racing MotoGP™+11.039
610
12 M. Viñales
Aprilia Racing+11.724
79
89 J. Martin
Prima Pramac Racing+12.917
88
20 F. Quartararo
Monster Energy Yamaha MotoGP™+19.509
97
41 A. Espargaro
Aprilia Racing+20.231
106
23 E. Bastianini
Ducati Lenovo Team+20.729
115
21 F. Morbidelli
Monster Energy Yamaha MotoGP™+21.527
124
93 M. Marquez
Repsol Honda Team+23.027
133
5 J. Zarco
Prima Pramac Racing+24.259
142
37 A. Fernandez
GASGAS Factory Racing Tech3+25.365
151
43 J. Miller
Red Bull KTM Factory Racing+25.475
16

44 P. Espargaro
GASGAS Factory Racing Tech3+28.073
17

49 F. Di Giannantonio
Gresini Racing MotoGP™+28.998
18

30 T. Nakagami
LCR Honda+32.316
19

32 L. Savadori
Aprilia Racing+42.392
20

27 I. Lecuona
LCR Honda+46.239

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) membawa berita baik bagi peminat motosikal tempatan apabila mengumumkan harga rasmi bagi NInja ZX-25R SE yang akan dijual dengan harga RM33,900. 

Harga tersebut pastinya menggembirakan ramai pihak yang mengharapkan jentera ‘4-dapur’ itu ditawarkan pada harga yang berbaloi. 

Untuk rekod, tempahan bagi Ninja ZX-25R itu telah pun dibuka untuk pasaran tempatan dan bakal hadir dengan dua varian, SE dan RR. Dalam pada itu, varian SE juga hadir dengan dua warna pilihan Lime Green/Ebony dan Metallic Matte Graphenesteel Grey / Ebony.

Bagi memudahkan anda mengenali Modenas Ninja ZX-25R SE, kami ringkaskan dalam enam poin penting:

  1. RPM tinggi

Untuk rekod jentera F1 boleh ‘rev’ sehingga 15,000rpm manakala jentera MotoGP mampu capai 18,000rpm.

Percaya atau tidak, Kawasaki ZX-25R mampu mencapai sehingga 17,000rpm! Ini sekaligus menjadikan ZX-25R sebuah jentera yang unik dan menawarkan tahap kejuruteraan tinggi yang sukar diikuti pengeluar lain buat masa ini.

  1. Enjin berkuasa

Ketika kebanyakan motosikal lain hanya boleh capai lebih 10,000rpm dengan memulas ‘throttle’ sehabis mungkin, ZX-25R mudah mencapai RPM setinggi itu ketika dalam perjalanan ke kedai sahaja.

Enjin empat silinder 249.8cc 16-valve dengan penyejukan cecair dan suntikan bahan itu mampu menghasilkan 51hp pada 15,500rpm dan 22.9Nm @ 14,500rpm. Angka tersebut menjadikan ZX-25R jentera 250cc paling berkuasa dalam kelasnya.

  1. Sesuai untuk kegunaan hujung minggu terutamanya ketika ‘track day’

Sebahagian besar penunggang motosikal di Malaysia hanya memiliki kelas B2 (250cc ke bawah) sekaligus pilihan yang ada cuma kapcai, skuter dan jentera 250cc satu atau dua silinder.

Kemampuan ZX-25R mencapai 50hp dan lebih 17,000rpm menjadikan model ini cukup berkuasa untuk beraksi di litar lumba dan melayan ‘corner’ di lokasi popular di hujung minggu.

  1. Sistem suspensi premium dan chasis diinspirasi dari ZX-10R

Kawasaki ZX-25R mengguna pakai kerangka jenis trellis yang merupakan replika ZX-10R. Kerangka ini cukup kukuh dan mempunyai tahap fleksibel tinggi untuk membantu ‘rider’ menikmati pengalaman menunggang yang agresif.

Seterusnya, ZX-25R dilengkapi dengan fork depan Showa Separate Function Fork – Big Piston (SFF-BP) 37mm yang menawarkan pelarasan ‘damping’ dan ‘rebound’ berasingan. Model ini juga datang dengan penyerap hentakan belakang boleh laras.

  1. Traction Control dan Quick Shifter

Kawasaki ZX-25R didatangkan dengan pelbagai ciri elektronik moden antaranya KQS (quick shifter), KTRC (traction control, Power Mode, klac ‘assist & slipper’ dan ‘electronic throttle valves’.

  1. Bunyi yang syahdu

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube