Bikesrepublic

Berita Terkini

Eurotech Wheel Distribution selaku pengedar rasmi jenama motosikal Zontes di Malaysia dengan rasminya memperkenalkan Zontes 350E untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM25,800.

Menariknya, Zontes 350E ini memasuki pasaran tempatan hanya beberapa bulan selepas pelancaran global pada Mei 2023. 

Diberi jolokan sebagai skuter kembara (touring), Zontes 350E ini dikuasakan enjin satu silinder 349cc dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menghasilkan 37hp pada 7,500rpm dan 38Nm pada 6,000rpm. Seperti skuter konvesional lain, 350E ini juga menawarkan transmisi CVT. 

Menariknya, sebagai sebuah skuter maxi yang sporty, model ini juga dilengkapi dengan sistem ‘traction control’ dan dua mod menunggang (riding mode). 

Dari sudut rekaan, Zontes 350E ini dilengkapi dengan lampu LED penuh dan dipadankan bersama panel badan yang sporty. Bukan itu sahaja, ketinggian enghadang angin juga boleh diubah secara elektronik dan ketika dalam keadaan bergerak. 

Secara keseluruhan 350E ini juga cukup panjang dengan jarak antara tayar (wheelbase) sekitar 1,565mm sama seperti pesaing lain dalam kelasnya antaranya BMW C 400 X dan C 400 GT. Selain itu, tangki berkapasiti 16L juga menjanjikan perbatuan yang tinggi. 

Ruang letak barang bawah tempat duduk pula boleh menempatkan dua helmet bersazi penuh (full-face) sekaligus cukup praktikal sekiranya mahu membawa barangan yang banyak.

Aspek elektronik pula merangkumi ‘heated grip’, handlebar boleh laras dan panel meter TFT berwarna yang menawrkan ciri TPMS (tyre pressure monitoring system) dan sistem tanpa kunci (keyless). 

Dalam perkembangan sama, Zontes Malaysia turut memperkenalkan skuter maxi 350E untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM23,800.

Pengedar rasmi jenama SYM di Malaysia, MForce Bike Holdings Sdn Bhd akan memperkenalkan model baharu di Kuala Lumpur Bike Show 2023. 

Perkara itu diumumkan menerusi perkongsian teaser terbaru di laman media sosial MForce TV. 

Walaupun tidak banyak yang didedahkan namun menerusi kapsyen yang dikongsikan ‘SYM mempersembahkan inovasi dan gaya di Kuala Bike Show 2023’ pastinya ada kejutan untuk pengunjung yang hadir. 

Dalam pada itu, kami difahamkan pihak MForce akan turut memperkenalkan beberapa model lain antaranya dari Brixton dan jenama baharu MBPMoto. Selain itu, MForce juga akan menayangkan beberapa model akan datang. 

Pelumba Jepun, Haruki Noguchi disahkan meninggal dunia pada Rabu selepas tiga hari menjalani rawatan susulan daripada kemalangan yang dialami hujung minggu lalu di Litar Mandalika ketika Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2023. 

Noguchi selaku pelumba pasukan SDC MS Harc-Pro Honda Ph kemalangan di Turn 10 bersama-sama pelumba negara, Zaqhwan Zaidi. Bagaimanapun, Noguchi dirempuh dari belakang oleh seorang lagi wakil negara, Kasma Daniel Kasmayuddin yang tidak sempat mengelak. 

Susulan kemalangan itu, Haruki dikejarkan ke hospital Public Hospital of Nusa Tenggara Barat dan menjalani rawatan selama tiga hari sebelum disahkan meninggal dunia semalam (16 Ogos). 

Dalam pada itu, Kasma dalam satu perkongsian di media sosial meluahkan rasa terkilan dengan apa yang telah terjadi pada Noguchi. 

“Sukar untuk percaya apa yang berlaku dan saya tidak tahu macam mana untuk meluahkan permohonan maaf terhadap apa yang telah berlaku.

“Anda merupakan antara pelumba terkuat di atas litar dan walaupun kami bersaing sengit, anda seorang yang mesra dan baik di luar litar,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Kasma berjanji untuk terus beraksi di litar dengan membawa semangat Noguchi. 

“Saya akan bawa semangat juang anda bersama saya sepanjang karier saya sebagai pelumba litar,” tambahnya.

Kejadian menimpa Haruki Noguchi cukup menyayat hati dan membuktikan setiap pelumba itu mempertaruhkan nyawa ketika beraksi di litar. 

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia mengesahkan kejadian pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, hari ini melibatkan pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1). 

Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan CAAM, pesawat terhempas itu membawa lapan individu kesemunya melibatkan enam penumpang dan dua kru dan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Abdul Aziz Shah, Subang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. 

Sementara itu, memetik laporan BERNAMA, polis mengesahkan seramai 10 individu – kesemuanya lelaki warga tempatan – maut dalam insiden terbabit.

Pihak bomba mengesahkan dua individu lain yang maut itu melibatkan seorang pemandu kereta dan seorang lagi penunggang motosikal.

Honda memperkenalkan X-ADV sebagai jentera konsep pada 2015 dan ketika itu ramai yang mempersoal tindakan pengeluar Jepun itu dalam menghasilkan sebuah ‘skuter adventure’. 

Bagaimanapun, beberapa tahun selepas itu, X-ADV telah pun dilahirkan dan skuter tersebut telah pun memasuki generasi kedua yang diperkenalkan pada 2021.

Dalam perkembangan terbaru, Honda disahkan sedang membangunkan X-ADV generasi baharu berdasarkan paten yang difailkand di Jepun. 

Melihat kepada lakaran paten yang dikongsikan itu, jelas X-ADV akan datang itu bakal tampil dengan reka bentuk dan susun atur serba baharu. 

Pertamanya, bahagian lampu depan dan belakang akan tampil berbeza berbanding generasi pertama dan kedua. Di bahagian depan, lampu jenis memanjang yang mengisi bahagian sisi kini dipindahkan ke bawah dengan bentuk melintang. Terdapat tiga lampu LED mengisi setiap bahagian lampu utama tersebut. 

Posisi ‘Daytime Running Light’ juga berbeza berbanding sebelum ini. 

Sementara itu, bahagian belakang juga berbeza dengan ekzos kini berada di bawah tempat duduk belakang berbanding sisi seperti sebelum ini. Perubahan posisi ekzos secara tak langsung memperbaiki jarak kelegaan tanah (ground clearance) di samping membenarkan ruang yang lebih luas bagi memuatkan ‘catalytic converter’ dalam usaha mencapai standard emisi yang semakin ketat. 

Selain itu, kedudukan baharu ekzos itu juga memudahkan pemasangan ‘panniers’ yang lebih besar. 

Buat masa ini tiada pengumuman rasmi dari pihak Honda bila generasi baharu Honda X-ADV ini akan diperkenalkan namun kami tidak terkejut seandainya pameran motosikal EICMA di Milan hujung tahun ini menjadi pilihan Honda bagi membuat pendedahan. 

Pelumba pasukan SDC MS Harc-Pro Honda Ph, Haruki Noguchi disahkan meninggal dunia susulan daripada kemalangan yang dialaminya di Litar Mandalika ketika saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) hujung minggu lalu. 

Pelumba yang baru berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan serius berpunca dari kemalangan dialaminya di Turn 10. Jentera pelumba Jepun itu hilang kawalan lalu terbabas bersama-sama Zaqhwan Zaidi sebelum dirempuh dari belakang oleh Kasma Daniel Kasmayuddin yang tidak sempat mengelak. 

Susulan kemalangan itu, Haruki dikejarkan ke hospital Public Hospital of Nusa Tenggara Barat dan menjalani rawatan selama tiga hari sebelum disahkan meninggal dunia semalam (16 Ogos). 

Dalam pada itu, ibu bapa Haruki dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih ke atas sokongan yang diberikan kepada anak mereka itu dari kecil.

“Haruki menunggang motosikal sejak berusia 5 tahun dan sejak itu dia telah memberi kami pelbagai keterujaan. Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada para sahabat, pasukannya dan semua yang menyokong Haruki selama ini.”

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube