Bikesrepublic

Berita Terkini

Sempena meraikan ulang tahun ke-40 bagi casis Deltabox, Yamaha telah mendedahkan jentera prototaip XSR900 DB40 di Goodwood Festival of Speed, baru-baru ini. 

Dibangunkan daripada platform XSR900 sedia ada, DB40 ini tampil dengan ‘fairing’ separa ala ‘cafe racer’yang menonjolkan lagi elemen retro. Reka bentuk belakang juga berbeza berbanding versi standard namun tampak lebih klasik dan segar. 

Menurut Yamaha, XSR900 DB40 ini masih lagi dikuasakan enjin CP3 890cc yang berupaya menjana 117hp pada 10,000rpm dan 93Nm pada 7,000rpm. Buat masa ini spesifikasi penuh masih dirahsiakan namun kami jangkakan kebanyakkan komponen ditawarkan masih sama seperti XSR900 sedia ada. 

Dalam pada itu, casis Deltabox kekal sebagai ciri utama jentera Yamaha selepas 40 tahun. Nama ‘Deltabox’ itu merupakan gabungan antara huruf Greek ‘Delta’ dengan perkataan ‘box’. 

Casis Deltabox mudah dikenalpasti dari bahagian sisi dengan bentuk segi tiga yang menghubungkan ‘head pipe’ kepada ‘swingarm pivot’. Hubungan antara ‘steering head’ dan poin pivot ini menawarkan ketahanan yang kuat. 

Persoalannya, adakah XSR900 DB40 ini akan dibawa ke peringkat pengeluaran? Mengambil kira Yamaha melabelkan motosikal ini sebagai prototaip, kebarangkalian 

MForce Bike Holdings yang juga pengedar rasmi jenama Benelli, SYM, Keeway, WMoto, Moto Morini, QJ Motor, Brixton dan terbaru MBP kini menawarkan waranti dua tahun tanpa had perbatuan. 

Tawaran terbaru itu hanya sah bagi motosikal 250cc ke atas yang dibeli selepas 1 Julai 2023. Ini bermakna motosikal bawah 250cc masih lagi mengikuti waranti dua tahun atau 20,000km (mana yang sampai dahulu). 

Waranti dua tahun tanpa had perbatuan ini juga menandakan komitmen MForce dalam menawarkan jaminan yang lebih baik kepada pelanggan yang membuat pembelian motosikal berkuasa tinggi. 

Terbaru, MForce telah pun mengumumkan akan menawarkan satu lagi jenama terbaru untuk pasaran tempatan menerusi MBP (Moto Bologna Passione) Moto.

MBP Moto merupakan jenama dari Itali dengan kilang pembuatan di China. Antara model yang dijangka diperkenalkan di sini termasuk C650V, T1200V dan beberapa model lain.

Suzuki mula mengorak langkah ke era moden dengan pelancaran beberapa model serba baharu antarnaya GSX-S1000, GSX-S1000GT dan terbaru menerusi GSX-8S dan V-Strom 800DE. 

Ketika GSX-S1000 mengisi segmen motosikal ‘hypernaked’, GSX-S1000GT pula menyaingi segmen ‘grand tourer’. Walaupun kedua-duanya tergolong dalam kumpuan berbeza namun GSX-S1000 dan GSX-S1000GT dikuasakan enjin 999cc 4-inline yang sama. 

Dalam perkembangan terbaru, Suzuki akan terus meluaskan langkah mereka kali ini bakal mencabar segmen ‘sport tourer’ yang didominasi motosikal seperti Kawasaki Versys 1000, Yamaha Tracer 9 GT dan BMW F 1000 XR. 

Berdasarkan gambar ‘spy shot’ terbaru, Suzuki dilihat sedang menjalani ujian terhadap sebuah motosikal serba baharu. 

Walaupun motosikal tersebut dibalut dengan ‘wrap’ serba hitam namun beberapa ciri yang kelihatan jelas merujuk kepada motosikal Suzuki. Pertamanya susun atur lampu LED depan yang mirip Suzuki GSX-S1000 dan GSX-8S malah lampu belakang juga adalah sama dengan yang terdapat pada V-Strom 1050 DE. Kemudian bahagian enjin yang jelas merujuk kepada platform 999cc empat in-line yang diambil daripada GSX-R1000 K5 (2005-2008). 

Juga kelihatan pakej brek premium dari Brembo dengan sistem ABS dwi-saluran. 

Buat masa ini tiada maklumat rasmi mengenai model serba baharu ini namun apa yang pasti GSX-S1000T ini berkemungkinan besar akan membuat penampilan rasmi lewat tahun ini dengan EICMA 2023 dijangka menjadi acara pilihan. 

Cardo System dalam satu kenyataan mengumumkan kemas kini terbaru membolehkan unit Cardo kini boleh disambungkan kepada peranti Bluetooth jenama lain. 

Perisian terbaru tersebut membolehkan peranti Cardo antaranya Packtalk Edge, Packtalk Neo dan Packtalk Spirit dihubungkan ke peranti jenama terkemuka lain seperti Sena, Midland dan Uclear. 

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Cardo Systems, Dan Emodi, antara permintaan paling popular dikemukakan pelanggan adalah mencadangkan agar unit Cardo boleh dihubungkan kepada jenama lain. 

“Dengan kemas kini terbaru ini kami boleh menawarkan kebebasan kepada pengguna untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan yang menggunakan jenama lain.” jelasnya. 

Bagi membolehkan unit Cardo disambungkan kepada peranti jenama lain, pengguna hanya perlu melakukan kemas kini (update) secara Over-The-Air bagi semua produk keluaran 2023 (kecuali Packtalk Slim). Kemas kini terbaru itu membolehkan produk Cardo disambung kepada jenama lain menerusi fungsi Bluetooth sahaja. 

Namun, ciri perkongsian muzik antara jenama berbeza masih tidak disokong kemas kini terbaru ini. 

CFMoto terus mengembangkan tawaran model untuk pasaran global kali ini menerusi pelancaran CFMoto 700MT. 

CFMoto telah pun mula mencapai populariti tersendiri terutamanya sejak memperkenalkan 800MT, CL-X 700 dan 450SR. Kini ketibaan 700MT bakal mengukuhkan lagi kedudukan jenama dari China itu di pasaran dunia termasuk Malaysia. 

CFMoto 700MT merupakan naik taraf daripada 650MT yang telah diperkenalkan sebelum ini. Menurut CFMoto, 700MT dikuasakan enjin parallel-twin 693cc yang sama terdapat pada model 700CL-X namun telah ditala semula bagi menghasilkan 65hp dan 57Nm berbanding 69hp dan 61Nm pada 700CL-X. 

Meskipun begitu, rekaan keseluruhan 700MT masih lagi mirip 650MT termasuk rim 17-inci depan dan belakang, fork 43mm depan dan monoshock dengan preload dan rebound boleh laras. 

Bagaimanapun, 700MT ini lebih berat berbanding generasi 650MT dengan 218kg ketika isian minyak penuh. 

Namun, CFMoto 700MT dilengkapi dengan pelbagai ciri moden termasuk panel meter TFT berwarna, dua port pengecas UBS dengan penyambung Type-A dan Type-C serta pencahayaan LED penuh. 

Berdasarkan harga di Eropah, CFMoto 700MT ini ditawarkan pada harga EUR6,490 (RM33.2k). 

Pengeluar mainan terkemuka dunia, Lego dengan rasminya memperkenalkan Lego Technic Yamaha MT-10 SP untuk pasaran tempatan. 

Replika motosikal ikonik Yamaha itu membolehkan peminat Lego menikmati projek Lego Technic baharu yang berupa Yamaha MT-10 SP. Direka dengan perincian terbaik, produk terbaru ini mencerminkan ketelitian motosikal Yamaha. 

Setiap aspek model ini telah dihasilkan bagi menyamai pengalaman yang ditawarkan motosikal Yamaha termasuk enjin 4-silinder 998cc 16-valve DOHC dengan sistem ‘crossplane’. 

Selain itu, peminat juga akan disajikan dengan peluang memasang shift drum, shift fork, gear shift ring dan ‘ratchet’ drum’ menyamai komponen sama yang terdapat pada model sebenar. 

Menurut pihak Lego, Lego Technic Yamaha MT-10 SP ini akan mula dijual pada 1 Ogos 2023 dengan harga jualan rasmi RM999. Produk ini boleh didapati di semua penjual rasmi Lego termasuk Lego Official Store di Lazada, Shopee dan LEGOLAND. 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube