Bikesrepublic

Berita Terkini

Motosikal cruiser, ya, jentera yang direka khusus bagi tunggangan yang mengusik qalbu dan emosi. Dan tiada yang sesuai dengan status itu kecuali Harley-Davidson Road Glide yang memenangi kategori Cruiser Terbaik 2025 di dalam Anugerah Motosikal Terbaik Allianz-BikesRepublic.com 2025.

Mengapa Harley-Davidson Road Glide menang?

Kita akan mulakan dengan mengatakan bahawa ia bukanlah soal usia, kerana panel penilai kita terdiri daripada individu yang muda serta yang berusia. Ia juga bukan kerana sesorang itu ingin menjadi ‘gengster’ ala Sons of Anarchy. Tidak, ia mungkin lebih halus dan misteri.

Peraturan emisi masa kini semakin membatasi motosikal, dan menyebabkan kehilangan karakter. Daripada memberikan sesuatu yang dapat dirasai, motosikal mula terasa sangat mekanikal. Jiwa mereka telah dirampas dan semakin senyap. Ia seperti seseorang telah memasang program AI dalam otak anda dan ia mula mengambil alih. Ya, ya, terdapat banyak motosikal cruiser yang telah diperhalusi di pasaran, tetapi Harley “buat derk”.

Jangan salah faham, Road Glide yang baharu telah diperhalusi dengan banyak. Kualiti binaan dan pemasangan dapat dilihat dan dirasai. Sistem audio kini jauh lebih baik, suis lebih responsif dan tidak terasa murah, dan suspensi tidak lagi terasa seperti anda melanggar gunung apabila melepasi bonggolan jalan.

Nadi Road Glide disediakan oleh enjin Milwaukee Eight 117. Itu adalah 117 inci padu yang diterjemahkan kepada 1917cc untuk kita yang menggunakan sistem Metrik. Ia menghasilkan 115 HP dan 188 Nm. Ia berputar pada kurang daripada 1,500 RPM pada kelajuan 110 km/j. Sebagai perbandingan, sebuah motosikal sportsbike dengan enjin empat dapur 1000cc akan berputar hampir 5,000 RPM atau lebih pada kelajuan itu.

Getaran? Sudah tentu Harley bergetar. Tetapi, perbezaannya ialah enjin Road Glide berdenyut seperti jantung mekanikal yang besar, manakala getaran inline-four akan membuatkan tangan dan lengan anda kebas.

Dan tork, tork, banyak lagi tork! Enjin ini tidak mempunyai kuasa kuda spesifik yang tinggi, tetapi torknya sangat berguna dalam dunia sebenar. Buka throttle dan jantungnya berdegup lebih laju tetapi masih terasa malas pada masa yang sama, ketika anda memotong satu barisan kereta.

Dan itulah sebabnya Harley-Davidson Road Glide menang.

Harga jualan asas (model asas): RM 211,900

Apa yang kami suka: Karakter!

Apa yang kami tidak suka: Kami tidak akan faham falsafah Harley jika kita tidak dapat menerima kekurangnya.

 

Menunggang Triumph Daytona 660 adalah suatu pengalaman seperti  sebuah kisah cinta.

Memenangi kategori Sportsbike of the Year 2025 dalam Anugerah Motosikal Tahunan Allianz-BikesRepublic.com 2025 bermakna ia mengalahkan beberapa pesaing yang amat canggih dan berkuasa, termasuk sebahagian daripadanya mempunyai latar belakang kejayaan dalam Kejuaraan Superbike Dunia.

Kenapakah Triumph Daytona 660 memang?

Kami sendiri juga menyukai motosikal supersport 1000cc. Namun, kami tidak boleh menunggangnya saban hari, tidak kira seberapa banyak kami mencuba. Keadaan jalan raya tidak semakin baik, dan semakin ramai pemandu yang kurang mahir di luar sana yang mungkin menjadikan anda sebahagian daripada statistik kemalangan jalan raya negara.

Selain itu, bagi 8 daripada 10 motosikal supersport yang dijual tidak pernah ‘turun litar,’ dan sebaliknya tempat yang paling hampir ialah kawasan parkir litar.

Segmen di mana Daytona 660 berada itu sangat kompetitif. Ini adalah motosikal sport “seharian” yang boleh anda gunakan untuk berulang-alik dan melancong, dan kemudiannya ditunggang pada hari litar. Dan inilah pertimbangan terbesar.

Dibina berdasarkan platform Trident 660 yang sangat popular, ia menawarkan pengendalian yang hebat, keyakinan, pengedalian yang mudah dikawal, dan enjin yang sangat bertenaga. Rekabentuknya bahkan membolehkan pemasangan beg sisi sekiranya anda ingin melancong. Posisi tempat duduknya tidak meletakkan punggung anda terlalu tinggi, dan hendal (handlebar) tidak diletakkan terlalu rendah sehingga membuatkan anda seperti sedang melakukan senaman ‘pumping‘.

Jangan lupa tentang enjinnya. Enjin tiga silinder biasanya mempunyai tenaga yang agresif (disertai dengan bunyi ekzos yang garau). Namun, Triumph sentiasa berusaha keras untuk menghasilkan tindak balas pendikit yang lancar bagi semua motosikal mereka. Oleh itu (bersama dengan pengendalian yang memberi keyakinan), penunggang baharu dan kurang berpengalaman tidak akan merasa gentar, sementara penunggang veteran masih akan merasa terhibur.

Kerana sebab-sebab inilah Triumph Daytona 660 merupakan Sportsbike Terbaik 2025.

Harga jualan asas: RM 49,500

Apa yang kami suka: Boleh ditunggang saban hari, gaya, pengendalian, karakter.

What we did not like: Suspensi tidak boleh dilaras sepenuhnya.

 

Kategori Skuter Terbaik 2025 (Bawah 250cc) adalah satu lagi segmen yang terbukti sangat sukar untuk menentukan pemenangnya bagi Anugerah Motosikal Tahunan Allianz-BikesRepublic.com 2025, kerana terdapat lebih daripada 10 model. Dan semuanya layak. Namun, satu model menonjol dan ia adalah Vespa Sprint 150 S.

Kenapa Vespa Sprint 150 S menang?

Pertama sekali, Vespa Sprint 150 S bukanlah skuter yang paling laju. Ia juga bukan yang paling berkuasa.

Namun, sesebuah motosikal adalah satu gaya hidup. Ia melangkaui sekadar berapa banyak HP dan Nm. Ia mengatasi kelajuan maksimum sesebuah motosikal. Ia bukan tentang berapa harga motosikal itu atau kos penyelenggaraannya. Kadang-kadang, ia tidak semestinya tentang sama ada motosikal itu mempunyai ciri-ciri terkini.

Motosikal ini membangkitkan emosi, walaupun mungkin yang berbeza bagi mereka yang muda dan tua. Generasi muda melihatnya sebagai sesuatu yang trendy, manakala golongan umur lanjut seperti saya melihatnya melalui kacamata nostalgia. Ada yang sanggup menghabiskan ribuan lebih daripada harga motosikal itu sendiri untuk menyesuaikannya mengikut citarasa peribadi. Ada pula yang hanya mahu menikmati angin di muka dan rambut, seperti dalam filem Roman Holiday (versi 1953). Anda tidak perlu memahaminya sepenuhnya: Cintai bahagian terbaiknya, dan terima kekurangannya.

Model ini meneruskan tradisi Vespa yang pertama, seperti bentuk badan yang menyerupai tebuan, papan lantai yang luas, dan posisi duduk, tetapi ia tetap moden tanpa mengabaikan ciri-ciri lama yang telah bertahan lama.

Ia tentang La Passione (keghairahan dalam Bahasa Itali).

Dan itulah, kawan-kawan, yang diwakili oleh Vespa Sprint S dengan sempurna.

Harga jualan: RM 20,900

Apa yang kami suka: Gaya yang tidak ditelan masa, cara tunggangan santai.

Apa yang kami tidak suka: Orang ramai yang suka menyentuh motor ini untuk membuat selfie ketika ia diparkir.

Skuter, atau lebih khusus lagi skuter pengembaraan adalah jenis yang paling popular hari ini. Populariti ini bermula setelah Honda memperkenalkan X-ADV (750), yang ternyata menjadi kejayaan jualan. Tidak lama kemudian, Honda memperkenalkan ADV160. Sejak itu, hampir setiap pengeluar mempunyai “skuter pengembaraan.” Akhirnya, Honda ADV350 yang digelar “Skuter Pengembaraan Bandar” dilancarkan pada 2022 dan tiba di Malaysia pada 2024.

ADV350 ialah skuter pengembaraan 350cc pertama di pasaran kita apabila ia dilancarkan, dan masih menikmati jualan yang stabil walaupun terdapat beberapa pencabar baharu. Kategori skuter pengembaraan maxi ini pastinya semakin hangat.

Kenapakah Honda ADV350 menang?

Pertama sekali, ia mempunyai persamaan yang ketara dengan saudara X-ADVnya yang lebih besar, berbanding dengan ADV160. Badan bersaiz besar yang juga memastikan ruang maksimum untuk penyimpanan dan tempat duduk, selain menyediakan ciri perlindungan seperti skrin besar daripada unsur-unsur. Ia kelihatan hebat juga, mungkin lebih daripada X-ADV.

Dikuasakan oleh enjin 330cc, silinder tunggal, SOHC, penyejuk cecair yang dilengkapi dengan suntikan bahan api PGM-FI dengan teknologi Smart Power Plus (eSP+) yang dipertingkatkan, ia menghasilkan 28.8 HP pada 7,500 RPM dan 31.8 Nm pada 5,250 RPM. Ia memberikan tork dan kuasa yang kuat, sambil menjimatkan penggunaan bahan api.

Transmisinya ialah CVT, tidak seperti jenis Dual-Clutch Transmission (DCT) pada X-ADV.

Satu ciri menarik ialah Isyarat Henti Kecemasan (ESS – Emergency Stop Singal) yang mengelipkan lampu brek apabila penunggang melakukan brek mengejut dan keras. Ia adalah yang pertama untuk skuter.

Pencahayaan adalah LED di sekeliling, ruang bahagian bawah pelana boleh memuatkan dua topi keledar muka penuh, skrin TFT menyediakan sambungan Bluetooth, dan kapasiti bahan api ialah 11.7 liter.

Ini adalah aspek-aspek yang membuatkan kami meminati motosikal ini.

Harga jualan yang disyorkan: RM 33,999

Apa yang kami suka: Practicality, great looks, build quality, torque.

Apa yang kami tidak suka: The waiting period!

Kejayaan Yamaha Y16ZR memenangi kategori Kapcai Terbaik dalam Anugerah Motosikal Terbaik Allianz-BikesRepublic.com 2025 bukanlah sesuatu yang mudah.

Ini adalah kategori yang sukar kerana ia dipenuhi dengan motosikal yang benar-benar berkemampuan, danmembuktikan kepada kita sejauh mana kemajuan motosikal kapcai. Dahulunya kapcai hanyalah satu cara untuk bergerak dari A ke B, tetapi terdapat begitu banyak kapcai yang penuh dengan ciri hebat sekarang. Tidak hairanlah terdapat juga penunggang motosikal veteran yang membeli kapcai untuk memenuhi naluri mereka sambil menikmati kepraktisan motosikal itu.

 

Menyokong kategori motosikal ini ialah industri pasaran selepas jualan yang matang dan menyediakan semua penyelesaian untuk menyesuaikan kapcai seseorang daripada standard kepada diperibadikan, dan sudah tentu, peningkatan prestasi motosikal daripada jinak kepada liar.

Jadi kenapakan Yamaha Y16ZR menang?

Dilancarkan pada 2021, model itu membawa kategori kapcai berprestasi ke tahap baharu, malah membayangi sepupunya yang sudah lama beroperasi, Y15ZR, lebih dikenali sebagai YSuku.

Pusat kepada peralihan ini ialah enjin Yamaha Y16ZR. Loji kuasa 155cc, disejukkan cecair, SOHC dengan Variable Valve Actuation (VVA) menghasilkan 17.7 HP pada 9,500 RPM dan 14 Nm pada 8,000 RPM. Ia kekal sebagai satu-satunya kapcai yang menggunakan enjin dengan VVA, dan merupakan yang pertama menampilkan klac slipper and assist.

Platform enjin ini begitu bagus sehingga ia menggerakkan tiga lagi motosikal Yamaha yang amat popular, iaitu motosikal sport YZF-R15/R15M, motosikal naked MT-15 dan skuter NVX.

Ciri-ciri VVA memastikan bahawa motosikal memecut dengan kuat dari keadaan berhenti, dan terus memecut sehingga ke garis merahnya. Memintas juga mudah, kerana terdapat tork dan kuasa yang tersedia sepanjang julat putaran enjin.

Walaupun kini terdapat beberapa kapcais yang lebih berkuasa di pasaran, Y16ZR mempunyai watak yang lengkap, dari segi prestasi, pengendalian, keselesaan (bolehlah), praktikal dan ciri. Kualiti binaan keseluruhannya juga agak baik.

Akhir sekali, walaupun ia bukan sesuatu yang kami cadangkan, terdapat banyak alat ganti dan aksesori selepas jualan untuk menyokong model ini.

Inilah sebab-sebab mengapa Yamaha Y15ZR adalah Kapcai Terbaik Tahun Ini dalam Anugerah Motosikal Terbaik Allianz-BikesRepublic.com 2025, walaupun telah dilancarkan 4 tahun lalu.

Apa yang kami suka: Flexible engine, sportiness, handling. Enjin dengan julat kuasa yang luas, tunggangan sporty, pengendalian yang tangkas.

Apa yang kami tidak suka: Pelananya perlukan span yang lebih tebal.

 

 

Anugerah Motosikal Terbaik Allianz-BikesRepublic.com 2025 ialah anugerah motosikal yang tiada di Malaysia. Daripada hanya mengumumkan pemenang dalam portal media sosial kami, trofi telah dianugerahkan kepada pemenang dalam majlis makan malam yang berprestij.

Berlangsung di Hotel Saujana Kuala Lumpur malam tadi (19 Februari), pemenang terdiri daripada 16 kategori berbeza – 12 untuk motosikal, 2 untuk personaliti motosikal Malaysia, 1 untuk syarikat berkaitan industri motosikal, dan 1 untuk penyedia perkhidmatan motosikal.

Setiap motosikal telah diuji secara terperinci, data dikumpulkan secara sistematik, dan akhirnya, keputusan dibahaskan di kalangan ahli panel untuk menentukan pemenang. Anda boleh yakin bahawa tiada siapa yang mendapat anugerah yang tidak sepatutnya.

Pemenang-pemenang

Jadi inilah apa yang anda tunggu-tunggu.

  1. Kapcai Terbaik: Yamaha Y16ZR
  2. Scooter Terbaik (Atas 250cc): Honda ADV 350
  3. ⁠Scooter Terbaik (Bawah 250): Vespa Sprint S 150
  4. ⁠Sportsbike Terbaik: Triumph Daytona 660
  5. ⁠Motosikal Touring Terbaik: Suzuki GSX-S1000GX
  6. ⁠Cruiser Terbaik: Harley-Davidson Road Glide
  7. ⁠Motosikal Naked Terbaik (Bawah 1000cc): Yamaha MT-09
  8. ⁠Motosikal Adventure Terbaik (Atas 800cc): Triumph Tiger 900 GT Pro
  9. ⁠Motosikal Adventure Terbaik (Bawah 800cc): Honda Transalp 750
  10. ⁠Motosikal Klasik Moden Terbaik (Atas 500cc): Royal Enfield Shotgun 650
  11. ⁠Motosikal Klasik Moden Terbaik (Bawah 500cc): Triumph Speed 400
  12. ⁠Juara Keseluruhan Motosikal Terbaik: Suzuki GSX-S1000GX
  13. ⁠Personaliti Motosikal Malaysia: Ahmad Faez Bin Tan Sri Yahaya
  14. ⁠Tokoh Motosikal Malaysia: Dato’ Ahmad Azhar Othman (Awie)
  15. ⁠Peneraju Industri Motosikal Terbaik: RCB
  16. ⁠Pembekal Insuran Motosikal Terbaik: Allianz Insurance

Seperti yang anda lihat daripada senarai, jenama yang diedarkan oleh Kumpulan Didi mempunyai sekurang-kurangnya satu pemenang, dengan menyapu bersih 6 daripada 12 kategori yang dicalonkan.

Bagaimanapun, pengeluar tunggal yang memenangi anugerah terbanyak ialah Triumph, namun Suzuki merangkul anugerah Juara Keseluruhan Motosikal Terbaik Malaysia ialah Suzuki GSX-S1000GX.

Dua lagi pembuat Big Four Jepun, iaitu Yamaha dan Honda masing-masing merangkul dua kategori.

Apakah Manfaat Anugerah ini untuk Pembeli Motosikal

Perbandingan motosikal di media motosikal Malaysia bukanlah perkara biasa, tidak seperti di kalangan media luar negara. Anugerah ini bertujuan untuk membawa ulasan motosikal ke tahap yang lebih tinggi untuk memberi manfaat kepada pembeli motosikal dalam membuat pilihan mereka.

Anugerah Motosikal Terbaik Allianz-BikesRepublic 2025 juga bertujuan untuk menyediakan pemain industri suatu platform bagi mengukur keberkesanan produk mereka di negara ini. Ia juga merupakan peluang yang baik untuk mereka memasarkan produk mereka dengan bangga.

Ulasan Pemenang

Teruskan bersama kami  di BikesRepublic.com untuk ulasan pemenang MOTY Allianz-BikesRepublic.com dalam beberapa hari akan datang.

Anugerah itu dianjurkan oleh BikesRepublic.com bersama DSF.com, dan ditaja oleh Allianz Malaysia Berhad.

Galeri foto

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube