Bikesrepublic

Berita Terkini

Pengeluar motosikal India, Bajaj, bakal melancarkan Pulsar 250 serba baharu pada November ini selaras dengan sambutan ulang tahun ke-20 jenama itu.

Difahamkan, Bajaj merancang untuk memperkenalkan Pulsar 250 lebih awal namun ditangguhkan ekoran pandemik Covid-19.

Sementara itu, Pengarah Urusan Bajaj Auto, Rajiv Bajaj, mengesahkan bahawa dua versi Pulsar akan dilancarkan membabitkan model Pulsar 250 (naked) dan Pulsar 250F (semi-fairing).

*Sumber: Motoroids

Meskipun terdapat beberapa gambar ‘spy shot’ yang dikongsikan sebelum ini, namun ciri sebenar masih tidak didedahkan setakat ini.

Apa yang pasti, Pulsar 250 akan tampil dengan ciri lebih moden antaranya penggunaan lampu LED penuh berbanding Pulsar NS/RS 200 yang masih menggunakan lampu jenis halogen.

Sementara itu, tidak dipastikan sama ada Pulsar 250 ini akan turut dijenamakan semula oleh Modenas untuk pasaran tempatan pada masa akan datang.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini menawarkan diskaun 70 peratus bayaran saman termasuk yang telah disenarai hitam sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-64, bermula hari ini.

Tawaran pengurangan tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif JPJ bagi meringakan beban rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Menurut JPJ dalam satu kenyataan, diskaun 70 peratus itu akan berjalan hingga 16 September.

“Potongan ini akan diberikan kepada semua notis saman yang dikeluarkan bagi kesalahan bawah Angka Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya, termasuklah kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

“Pengurangan terhadap notis saman berkenaan adalah berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem mySIKAP JPJ. Tawaran ini turut diberikan kepada semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuat kuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan iaitu sehingga 16 September,” jelasnya.

Bagaimanapun, kes yang masih dalam sebutan mahkamah dan individu yang memiliki status waran tangkap dan dalam perbicaraan adalah terkecuali daripada tawaran tersebut.

Sementara itu, urusan pembayaran saman boleh dilakukan di semua pejabat JPJ negeri, cawangan dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) serta atas talian menerusi portal mySIKAP JPJ.

Triumph Motorcycles telah mendedahkan ‘teaser’ baharu yang dinamakan Speed Triple 1200 RR Prototype.

Mode prototaip ini merupakan versi ‘fairing’ daripada model tersedia, Speed Triple 1200 RS.

Melihat kepada video teaser berdurasi yang dikongsikan, Speed Triple 1200 RR ini menawarkan ergonomik yang lebih agresif hasil penggunaan handlebar jenis ‘clip-on’ berbanding kedudukan yang lebih tegak pada versi RS.

Meskipun tampil dengan fairing namun dengan bahagian kerangka yang terdedah, 1200 RR ini dijangka bukanlah ditawarkan sebagai model supersport sebaliknya ciri ‘semi-fairing’ tersebut meletakkan model baharu ini seangkatan dengan Aprilia Tuono V4.

Antara bahagian lain yang mencuri tumpuan adalah pemilihan lampu bulat (dengan lencana Triumph) di bahagian depan yang ternyata berbeza daripada versi RS sedia ada.

Sementara itu, Speed Triple 1200 RR ini akan mengekalkan enjin 1160cc tiga silinder yang menawarkan 177hpp pada 10,750rpm dan 124Nm pada 9,000rpm.

Bakal dilancarkan pada September, model ini juga dijangka didatangkan dengan suspension Ohlins dan kaliper brek Brembo Stylema seperti yang terdapat pada varian RS.

Tahun lalu, CFMoto telah pun melancarkan 250SR, motosikal sportsbike segmen 250cc untuk pasaran global termasuk Malaysia.

Dalam perkembangan terbaru, pengeluar motosikal China itu dilaporkan bakal memperkenalkan varian baharu, yang dinamakan 250SR-R.

Perkara itu disahkan menerusi dokumen kelulusan yang difailkan di China.

Berdasarkan info dikongsikan, 250SR-R masih mengekalkan enjin 250cc dengan 29hp namun model baharu itu menawarkan berat yang lebih ringan dengan hanya 157kg berbanding 165kg pada 250SR.

Ini sekaligus memberi bayangan penggunaan kerangka dan panel yang lebih ringan.

Namun, perubahan paling ketara adalah penggunaan ‘single-sided swingarm’ berbanding ‘swingarm’ konvensional pada model standard.

Antara ciri lain yang dinaik taraf adalah penggunaan fork berwarna emas, serta ‘winglet’ di kedua-dua belah fairing.

Difahamkan CFMoto 250SR-R ini dijangka akan diperkenalkan sebagai model 2022.

Shell FuelSave 95 telah diperakui sebagai bahan api pilihan bagi 10 kelab kereta di Malaysia atas keupayaan memberikan perbatuan ekstra dalam pemanduan harian.

Wakil daripada 10 kelab kereta telah pun memperakui sokongan terhadap penggunaan Shell FuelSave 95 menerusi acara yang dijalankan secara atas talian, baru-baru ini.

10 kelab kereta di Malaysia itu terdiri daripada:

  • Proton Ambassadors of Malaysia
  • Myvi Gen.3 Club
  • HR-V Club Malaysia
  • Civic FC Club Malaysia
  • Geng Alza Biru Malaysia
  • Vios Yaris Owners Club
  • Mazda 3 Owner Club Malaysia
  • Kelab AruzR Malaysia
  • Nissan X-Trail Club Malaysia
  • Volkswagen Club Malaysia

Shell Malaysia telah pun berkolaborasi dengan kelab kereta tempatan sejak 2019 lagi dalam usaha menguji kemampuan Shell FuelSave 95.

Sementara itu, Shell Malaysia telah pun mneyediakan pelbagai aktiviti bagi lebih 50,000 ahli kelab kereta terlibat sebaik kerajaan mengumumkan kelonggaran sekatan Covid-19.

Pada masa sama, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani turut meluahkan rasa teruja dengan inisiatif ini.

“Bahan api Shell dibangunkan menerusi kepakaran teknologi, penyelidikan rapi sejak berdekad lamanya, dan yang lebih penting, dengan mengutamakan keperluan pengguna.

“Tidak semua bahan api dicipta sama dan kami sangat berbesar hati bahawa begitu banyak pakar kereta memilih Shell FuelSave 95 untuk kereta mereka.

“Kerjasama ini mencerminkan keyakinan ahli kelab kereta terhadap keupayaan Shell FuelSave 95 yang memberikan ektra kilometer,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Shell kini menawarkan diskaun 5 peratus bagi baucar Shell RM30 dan RM50 di Shopee selama 10 hari hingga 22 Ogos ini dengan hanya menggunakan kod promo ‘EKSTRAKM‘.

Baru-baru ini, berlaku kejutan melibatkan pasukan Sepang Racing Team (SRT) apabila Petronas mengumumkan pengunduran selaku penaja utama (title sponsor).

Perkara itu kemudiannya disahkan pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menerusi satu kenyataan media.

Kami kemudiannya berpeluang menemu bual Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif mengenai kedudukan SIC bersama SRT, semalam.

Menurut Azhan, kerjasama di antara SIC dan SRT tidak akan diteruskan memasuki musim 2022 namun terserah kepada prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali untuk menentukan sama ada perlunya penjenamaan semula.

“Saya serahkan kepada Datuk Razlan untuk memberikan komen mengenai perkara ini, supaya kami (SIC) mendapat gambaran yang lebih jelas bagaimana dia mahu membawa pasukan di MotoGP selepas ini.

“Tapi seperti yang saya utarakan sebelum ini, mereka (SRT) akan bergerak sebagai entiti baharu dan tidak lagi dibawah SIC. Segalanya terletak pada bahu Datuk Razlan selepas ini” jelasnya.

Bagaimanapun, Azhan turut menjelaskan SIC tidak merancang mewujudkan pasukan MotoGP meskipun kerjasama dengan SRT berakhir.

“Buat masa ini tiada perancangan lagi kerana perlukan bajet dan tajaan besar untuk tubuhkan pasukan di kejuaraan dunia.

“Namun melihat kepada situasi semasa, kami perlu melihat semula program kami, fokus kami adalah terhadap membawa pelumba dari MiniGP kepada CEV terlebih dahulu.

“Mempersiapkan mereka ini dahulu sebelum membawa mereka bertanding di Kejuaraan Dunia.

“Bila dah betul-betul bersedia, saya yakin kami akan sampai ke peringkat itu,” tambahnya.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube