Bikesrepublic

Berita Terkini

Seperti dilaporkan sebelum ini, Suzuki Malaysia dengan rasminya memperkenalkan Suzuki Raider R150Fi 2023 yang telah dikemas kini dengan dua pilihan warna baharu. 

Menurut perkongsian di media sosial, Raider R150Fi 2023 itu tampil dengan warna Matte Bordeaux Red/Metallic Matte Fibroin Grey dan Bright Ivory/Titan Black.

Skim warna baharu itu merupakan yang sama dipasarkan di Vietnam dan Filipina. 

Menurut Suzuki Malaysia, Raider R150Fi 2023 ini sudah boleh didapati di semua pengedar rasmi seluruh negara dengan harga jualan rasmi RM8,838.

Bagaimanapun, selain pilihan warna baharu, Raider R150Fi ini masih mengekalkan spesifikasi sama seperti model sebelum ini termasuk enjin enjin satu silinder 147.3cc DOCH dengan penyejukan cecair yang menawarkan 18hp pada 10,000rpm dan 13.8Nm pada 8,500rpm. 

KTM telah berkolaborasi dengan jenama pakaian sukan popular, PUMA bagi menawarkan kasut KTM Powerwear Replica Team untuk pasaran global. 

PUMA bukan jenama asing bagi segmen permotoran apabila pernah bekerjasama dengan beberapa jenama automotif lain antaranya Ducati, BMW dan Ferrari. 

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa kasut PUMA X KTM Powerwear Replica Team ini bukanlah kasut ‘riding motosikal’ sebaliknya untuk pengayaan harian sahaja kerana tidak memiliki ciri yang selamat sekiranya berlaku kemalangan. 

Namun, PUMA mendakwa kasut ini masih lagi selesa untuk kegunaan harian. 

Seperti dijangka kasut PUMA X KTM Powerwear Replica ini tampil dengan gabungan warna ikonik KTM dengan kemasan berwarna biru di bahagian sisi dan tapak. Logo KTM juga jelas kelihatan di bahagian depan. 

Buat masa ini tiada maklumat sama ada produk ini akan ditawarkan di Malaysia namun tinjauan di laman web UK mendapati kasut tersebut dijual pada harga GBP126.50 (RM741). 

Cardo System telah mengemas kini Cardo Packtalk Edge dan Packtalk Neo dengan fungsi rakaman audio. 

Ciri terbaru ini membolehkan pengguna Cardo Packtalk Edge dan Neo merakam audio berkualiti tinggi dengan hanya satu butang.

Fungsi terbaru ini membenarkan pelanggan bukan sahaja merakam audio sendiri malah malah rakan-rakan yang berhubung menerusi DMC (Dynamic Mesh Communication) dan Bluetooth. 

Bagi menikmati ciri terbaru ini, pemilik Cardo Packtalk Edge dan Neo hanya perlu memuat turun perisian terbaru di aplikasi Cardo Connect. 

Berikut adalah langkah bagi menggunakan ciri rakaman audio tersebut menerusi aplikasi Cardo Connect:

Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pengeluar motosikal elektrik dari Australia. VMoto Ltd, baru-baru ini. 

*VMoto TC Max

MoU tersebut menyaksikan Ni Hsin EV Tech akan memasang dan memasarkan motosikal eletrik VMoto di Malaysia. 

Ni Hsin dalam satu kenyataan mendedahkan kedua-dua pihak telah menubuhkan kerjasama strategik bagi memasang dan mengedar beberapa model VMoto di Malaysia antaranya VMoto F01, CPX Pro dan TC Max EV. 

*VMoto F01

“Produk ditawarkan adalah yang dikehendaki pasaran terutamanya bagi segmen B2B dan B2G. Motosikal elektrik berprestasi tinggi dihasilkan VMoto cukup sesuai untuk pihak peniaga dan sektor kerajaan. 

“Model perniagaan kami merangkumi segmen B2B dan B2G jadi sasaran kami adalah pihak berkuasa, tentera, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kastam dan syarikat sekuriti,” jelas Pengarah Urusan Ni Hsin EV Tech, Khoo Chee Kong. 

Suzuki Malaysia dalam satu perkongsian terbaru di media sosial bakal melancarkan Raider R150Fi terbaru yang tampil dengan warna lebih segar. 

Dengan tema ‘New Colour, New Spirit’, Raider R150Fi itu dijangka tampil dengan pilihan warna baru dan grafik lebih segar. 

Meskipun tidak diketahui warna dan grafik apa yang akan ditawarkan namun tinjauan di akaun Facebook Pengerusi Eksekutif Kumpulan AMI, Ahmad Faez Yahaya, menunjukkan bahagian belakang beberapa model Suzuki Raider F150i.  

Namun tidak dapat dipastikan sama ada model ditayangkan itu merujuk kepada model yang akan diperkenalkan pihak Suzuki Malaysia tidak lama lagi. 

Apa yang pasti, Raider R150Fi yang dikemas kini itu akan terus dikuasakan enjin satu silinder 147.3cc DOCH dengan penyejukan cecair yang menawarkan 18hp pada 10,000rpm dan 13.8Nm pada 8,500rpm. 

Umum sedia maklum bahawa Suzuki GSX-8S telah pun berada di pasaran tempatan menerusi Suzuki Malaysia. 

Model serba baharu itu telah pun dilancarkan bersama-sama V-Strom 800DE di Kuala Lumpur pada Jun lalu. 

Selain di Malaysia, pasaran dunia lain termasuk di Eropah juga telah pun menerima Suzuki GSX-8S. Bagi meraikan ketibaan model baharu itu, Suzuki telah menghasilkan pakej grafik Suzuki Endurance Racing Team (SERT) bagi GSX-8S di pasaran Perancis. 

Pakej tersebut, yang dinamakan sebagai GSX-8S SERT, menampilkan kit grafik yang memberi penghormatan terhadap jentera Suzuki diguna pakai SERT di Endurance World Championship (EWC). 

Selain itu, kit grafik itu juga meraikan kejayaan SERT di EWC termasuk 20 kejuaraan. Walaupun Suzuki telah menarik diri daripada semua kejuaraan, kilang Hamamatsu masih mengekalkan penglibatan di EWC menerusi SERT. 

Selain grafik, Suzuki juga menawarkan aksesori tambahan termasuk belly pan, pad tangki, penghadang angin sporty, kit ‘fender eliminator’ dan winglet kecil di pelindung radiator. 

Menurut Suzuki, kit SERT ini boleh didapatkan di pengedar rasmi Suzuki di Perancis dengan harga jualan EUR890 (RM4.5k). 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube