Bagaimanapun, khabar angin yang mendakwa skuter tersebut akan dikuasakan dengan enjin AK550 parallel-twin tidak benar dengan KYMCO menggunakan enjin satu silinder 320cc dengan penyejukan cecair yang menghasilkan 29hp pada 7,250rpm dan 30 Nm pada 5,750rpm.
KYMCO DT X360 ini juga didatagkan dengan traction control di samping sistem keyless dan penggunaan lampu LED penuh serta skrin berwarna.
Sementara itu, bagi menyesuaikan dengan elemen ADV model ini lengkap dengan tayar ADV separa knobby 120/80-14 depan dan 150/7-13 belakang termasuk tangki 12.5L.
Sistem ‘suspension’ hadir menerusi fork teleskopik depan dan dikendalikan penyerap hentakan belakang jenis ‘twin-shock’.
Menariknya, ruang letak barang di bawah tempat duduk boleh memuatkan dua helmet ‘full-face’!
Ergonomik tempat duduk dengan ketinggian 800mm dan handlebar lebar menonjolkan lagi elemen ADV.
Selepas mendedahkan skuter maxi, SYM Maxsym TL 500 boleh didapati di pengedar Disember ini, MForce Bike Holdings Sdn Bhd turut mendedahkan dua model baharu turut akan masuk pasaran tahun depan.
SYM Jet X 150 dan SYM Jet 4 RX yang baru sahaja dilancarkan di Taiwan baru-baru ini akan turut mendarat di Malaysia suku pertama dan kedua 2021.
SYM Jet 150 merupakan skuter 150cc turut dipasarkan di negara jiran, Thailand, dengan nama GPX Drone 150.
Model ini didatangkan dengan enjin 149.6cc satu silinder SOHC dengan penyejukan cecair yang digerakan dengan transmisi jenis CVT.
Model ini juga menawarkan ciri moden antaranya penggunaan lampu LED penuh depan dan belakang dengan DRL (daytime running light) serta skrin jenis LCD.
Sementara itu, SYM Jet RX 4 RX menawarkan rekaan moden dan sporty dengan penggunaan lampu jenis LED dengan ciri Daytime Running Light (DRL).
Meskipun tampil sebagai skuter segmen 125cc namun motosikal ini lengkap dengan skrin LCD dan pengecas USB Quick Charge 2.0 yang menawarkan pengecasan lebih pantas berbanding USB biasa.
Model ini juga memberi penekanan terhadap platform Anti-Lift Engine Hanger System (ALEH) yang memfokuskan terhadap pembahagian sama rata bagi berat enjin sekaligus meningkatkan tahap keselesaan semasa menunggang.
SYM Jet 4 RX 125 ini didatangkan dengan enjin 124.6cc satu silinder dengan penyejukkan udara OHC yang menawarkan 11.2hp pada 8,500rpm dan 10.3Nm pada 6,500rpm.
Menurut MForce, SYM Jet 150 akan dilancarkan pada suku pertama 2021 manakala SYM Jet 4 RX pada suku kedua.
MForce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar motosikal SYM di Malaysia memaklumkan bahawa skuter maxi, SYM Maxsym TL 500 2020 akan mendarat di pengedar seluruh negara bermula Disember ini.
Dilancarkan pada Mei lalu, skuter dengan 465cc dua silinder ini menawarkan 40hp pada 6,750rpm dan 42.5Nm pada 6,250rpm.
Ditawarkan pada harga RM35,888 antara ciri lain ditawarkan skuter maxi ini adalah seperti berikut:
fork (USD) 41mm
monoshock dengan suspension multi-link
skrin TFT 4.5 inci dengan auto dimmer
lampu LED penuh
tangki 12.5 liter
ABS dual-channel
cakera brek depan (berkembar) 275mm
cakera brek belakang (tunggal) 275mm
tempat duduk ergonomik
Sementara itu, SYM juga akan membawa masuk skuter baharu, Jet X 150 dan Jet 4 RX pada suku pertama 2021.
SYM JET 4 RX
SYM Jet 4 RX paling mencuri tumpuan tatkala menampilkan rekaan moden dan sporty yang dijangka mampu memberi persaingan kepada skuter 150 lain.
Honda Malaysia dalam satu kenyataan mengumumkan panggilan semula 2,784 unit model Accord dan CR-V berusia 20 tahun bagi menggantikan beg udara Takata.
Daripada jumlah tersebut, 1,380 unit membabitkan Accord model 1999 manakala baki 1,404 unit lagi adalah CR-V model tahun 2000.
Honda Malaysia percaya panggilan semula ini adalah penting sebagai langkah pencegahan bagi memastikan pemandu tidak akan berdepan masalah beg udara Takata tidak berfungsi dengan baik atau pecah.
Menurut Honda, sehingga kini tiada lagi insiden kecederaan membabitkan beg udara Takata bahagian pemandu dari dua model ini.
Sementara itu, pemilik yang terkesan akan dimaklumkan menerusi surat namun, Honda Malaysia menggesa semua pemilik terkesan untuk menghubungi pengedar rasmi Honda bagi membuat janji temu.
Orang ramai yang mempunyai saudara mara yang memiliki Accord 1999 dan CR-V 2000 juga diminta untuk segera menghubungi Honda Malaysia bagi menggantikan beg udara tersebut secara percuma.
Pada masa sama, orang ramai yang tidak pasti akan model yang dimiliki boleh menghubungi Honda di talian bebas tol 1-800-88-2020 untuk membuat semakan.
Episod empat web series Ducati World Premier 2021 menyaksikan kilang Borgo Panigale itu memperkenalkan Diavel 1260 edisi Lamborghini.
Ducati Diavel 1260 Lamborghini diinspirasikan daripada Lamborghini Sian FKP 37 dengan masing-masing menawarkan pilihan warna dan elemen gentian karbon sama termasuk rekaan rim.
FKP 37 merupakan model hibrid sulung Lamborghini yang dinamakan sempena Ferdinand Karl Piech (bekas pengerusi VW Group) yang lahir pada 1937 dan menghembuskan nafas terakhir pada 2019.
Antara ciri Sian FKP 37 yang dipaparkan pada Diavel 1260 ini adalah angka 63 yang ditayangkan di bahagian sisi penutup radiator.
Angka tersebut turut dicerminkan menerusi 630 unit sahaja dihasilkan bagi Diavel 1260 Lamborghini ini.
Elemen lain yang turut diterapkan kepada Diavel adalah rim forged yang memaparkan rekaan sama terdapat pada Sian FKP 37 manakala rekaan muncung ekzos diilhamkan dari lampu belakang kereta tersebut.
Ducati turut menerapkan penggunaan genian karbon di setiap bahagian termasuk penututp radiator, air intakes, cover ekzos, cover tangki minyak, fender serta kerangka lampu depan.
Penggunaan bahan ringan ini menyaksikan Diavel 1260 Lamborghini kini seberat 245 kilogram, 1.8 kilogram lebih ringan berbanding Diavel 1260.
Menariknya, skrin TFT juga akan memaparkan lencana Lamborghini sewaktu dihidupkan di samping logo jenama itu turut terpampang di bahagian tangki.
Bagaimanapun, versi edisi terhad ini masih lagi menawarkan enjin 1,262cc Testastretta DVT (Euro 5) yang sama ditawarkan pada Diavel 1260 dan Diavel 1260 S.
Hasilnya unit ini menghasilkan 162hp pada 9,500rpm dan 128Nm pada 7,500rpm.
Sementara IMU Bosch 6-axis menawarkan pakej elektronik berikut:
cornering ABS EVO
Ducati Traction Control EVO
Ducati Wheelie Control EVO
Ducati Power Launch EVO
Cruise control
Sistem ‘suspension’ hadir menerusi fork inverted 48mm boleh laras dan monoshock Ohlins di samping Brembo M50 empat piston menawarkan cengkaman brek yang efisien.
Pada masa sama, setiap pembelian Ducati Diavel 1260 Lamborghini ini akan didatangkan dengan helmet jenis jet (open-face).
Diavel 1260 Lamborghini ini ditawarkan pada harga USD31,995 (RM130,635).
Young Machine pernah melaporkan bahawa Honda bakal merealisasikan jentera konsep CB4X yang ditayangkan di EICMA tahun lalu.
Bagaimanapun, dalam perkembangan terkini, Honda dicanang bakal membawa unit enjin parallel-twin dari CRF1100L Africa Twin berbanding 4-inline.
Kini, tular imej yang memaparkan rupa jelas CB1100X yang bakal diperkenalkan Honda.
Imej tersebut sekali lagi didedahkan Young Machine, media sama yang membuat pendedahan mengenai Rebel 1100 beberapa bulan sebelum model itu dilancarkan, hari ini.
Meskipun tiada pengesahan dari pihak Honda mengenai jentera ini namun mengambil kira gambar ini didedahkan Young Machine sendiri, kebarangkalian untuk menyaksikan jentera ini diperkenalkan kelak amat tinggi.
Enjin 1,084cc parallel-twin ini menjana 107hp pada Africa Twin dan 87hp pada Rebel 1100 namun dijangka CB1100X bakal menawarkan kuasa di antara kedua-dua model tersebut.
Kami berasakan ini adalah model berkonsepkan ‘sport-touring’ yang bakal memberi saingan terhadap Tracer 9 dan BMW F 900 XR.