Bikesrepublic

Berita Terkini

GIVI Malaysia memperkenalkan sebuah lagi helmet baharu untuk pasaran tempatan kali ini menerusi model X21 Challenger. 

Merupakan helmet jenis ‘flip-up’ atau ‘modular’, helmet ini ditawarkan pada harga RM735 sahaja dan datang dengan empat saiz; M (58cm), L (60cm), XL (61cm) dan XXL (62cm). 

Menurut GIVI Malayisa, X.21 Challenger ini datang dengan tiga warna menarik; Spirit Grey Black Yellow, Spirit Blue Yellow dan Spirit White Black Red. 

Antara ciri ditawarkan termasuk:

  • visor anti-calar
  • sunvisor
  • pad dalam boleh ditanggalkan dan dibasuh
  • micrometric chin strap boleh laras

Untuk rekod,  helmet X-21 Challenger ini menyertai helmet ‘full-face’ M50.9 Atomic yang baru dilancarkan minggu lalu dan dijual dengan harga sama (RM735). 

Buat pertama kalinya, Honda memberi bayangan terhadap masa depan Marc Marquez bersama pasukan itu. 

Pengurus pasukan Honda, Alberto Puig ditanyakan sama juara dunia lapan kali itu akan bersama pasukan itu musim depan. 

“Bagi saya, ya kerana dia masih mempunyai baki kontrak bersama kami. 

“Tetapi saya perlu mengatakan bahawa setiap individu bebas melakukan apa yang dimahukan dalam hidupnya tetapi Honda tidak mahukan individu yang tidak gembira untuk kekal bersama kami. 

“Saya mahu berkata Marquez akan menjadi pelumba Honda pada 2024 berdasarkan kontrak yang kami ada tetapi saya tidak tahu apa yang akan berlaku,” ujar Puig. 

Marquez hanya merekodkan tiga kemenangan sejak mengalami kecederaan serius di Jerez pada musim 2010. Walaupun sudah lapan pusingan MotoGP berlangsung musim ini, Marquez masih belum menyempurnakan sebarang pusingan GP. 

Minggu lalu di Sachsenring yang merupakan litar kegemarannya, Marquez kemalangan sebanyak lima kali. Dia turut melanggar Enea Bastianini di Assen pada Sabtu lalu terlepas aksi perlumbaan ekoran mengalami kecederaan. 

Senario semasa juga menyaksikan nama Marquez dikaitkan dengan perpindahan ke KTM dan Ducati. 

Moto Guzzi V100 Mandello akhirnya mendarat di Malaysia selepas diperkenalkan pada pasaran global pada penghujung tahun 2021. 

Menurut pengedar rasmi, DIDI Group, Moto Guzzi V100 Mandello hadir dengan dua varian, Standard dan S dengan keduanya dibezakan dengan kelengkapan yang lebih premium termasuk ‘Öhlins semi-active suspension’.

Untuk rekod, V100 Mandello bukan sekadar motosikal baharu tetapi lebih daripada itu. . Ini kerana V100 Mandello itu merupakan motosikal pertama yang dihasilkan Moto Guzzi yang dilengkapi ciri moden dan berteknologi tinggi termasuk sistem suspensi semi-aktif, IMU 6-axis, cornering ABS dan ‘quickshifter’.

Bukan itu sahaja, Moto Guzzi V100 Mandello juga mempunyai panel badan dibahagian kanan dan kiri tangki yang akan terbuka dengan sendirinya bagi menghasilkan ‘downforce’ yang lebih efisien. Menurut Moto Guzzi, teknologi itu dinamakan sebagai ‘adaptive aerodynamics’.

Moto Guzzi V100 Mandello dikuasakan enjin jenis ‘transverse’ V-Twin 1,042cc yang berupaya menghasilkan 115hp dan 105Nm pada 3,500rpm. Meskipun bersesaran lebih besar berbanding platform yang diguna pakai pada V85 TT, namun enjin V100 Mandello itu 103mm lebih pendek.

Bagi yang berminat, Moto Guzzi V100 Mandello dijual pada harga RM99,900 sementara V100 Mandello ‘S’ pula, RM117,900.

Kemunculan V100 Mandello di Malaysia pastinya menghangatkan lagi segmen ‘sports touring’ disini terutamanya bagi mereka yang gemar menunggang jarak jauh. 

Pengedar rasmi jenama Brixton Motorcycles di Malaysia, Mforce Bike Holdings dengan rasminya melancarkan Brixton Cromwell 1200 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM58,888. 

Bagaimanapun, sempena pelancaran minggu lalu, MForce menawarkan harga istimewa, RM55,888 bagi 50 pembeli pertama. 

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Brixton Cromwell 1200 merupakan motosikal segmen retro-klasik yang telah digabungkan dengan teknologi masa kini. Hasilnya, Cromwell 1200 dilengkapi pelbagai ciri moden antaranya sistem traction control, ABS dan paling mengagumkan, fungsi cruise control. 

Tidak cukup dengan itu, Cromwell 1200 ini juga menawarkan suspensi KYB dan kaliper brek Nissin.

Selain itu juga ditawarkan dua jenis mod menunggang (riding mode); Eco dan Sport dan kedua-duanya menawarkan pengalaman menunggang yang berbeza mengikut tetapan penunggang. 

Menariknya untuk pasaran Malaysia, motosikal terbaru ini juga dilengkapi dengan pelbagai ciri tambahan secara standard antaranya skid plate, pelindung tangki serta ‘saddlebag’ dengan kapasiti 10-liter. Menurut MForce, bag tersebut akan mengekalkan bentuknya meskipun tanpa mengisi barang. 

Cromwell 1200 ini dikuasakan enjin parallel-twin 1,222cc 4-stroke 8-valve dengan sistem penyejukan air yang berupaya menghasilkan 83hp pada 6,550rom dan 108Nm pada 3,100rpm. Angka kuasa itu meletakkan Cromwell 1200 lebih berkuasa berbanding Triumph Bonneville T120 yang merupakan pesaing utama dalam segmen retro-klasik lebih 1000cc. 

Antara ciri lain ditawarkan:

  • tangki 16L
  • berat 235kg
  • fork teleskopik
  • tayar 18-inci depan dan 17-inci belakang
  • lampu LED penuh

Petronas menerusi Petronas Lubricants International terus mengorak langkah dalam arena permotoran dua roda apabila diumumkan sebagai penaja utama pasukan Energica Tytlers Cycle Racing di kejuaraan MotoAmerica Super Hooligan. 

Ketika ini Energica merupakan satu-satunya pengeluar motosikal elektrik yang bertanding di MotoAmerica Super Hooligan bersama jentera ICE (enjin pembakaran dalaman) lain. Bagi musim 2023, Energica bersama-sama Tytlers Cycles Racing mempertaruhkan jentera Eva Ribelle RS yang ditunggang pelumba Columbia, Stefano Mesa. 

*Stefano Mesa

Sebagai penaja utama, jentera Tytlers Cycles Racing akan beraksi hujung minggu ini dengan menggayakan warna ikonik Petronas. 

Dalam pada itu, Pengarah Urusan dan CEO Kumpulan Petronas Lubricants International, Hezlinn Idriss menyifatkan kerjasama ini akan membuka peluang pada Petronas dalam membangunkan teknologi bendalir bagi jentera EV. 

“Petronas Lubricants International  sentiasa meneroka cara untuk menyokong pembangunan industri EV termasuk arena permotoran. Kerjasama ini akan membuka lebih banyak peluang untuk kami dalam membangunkan bendalir bagi pelbagai segmen EV termasuk trak, kenderaan komersil ringan, kereta penumpang dan motosikal. 

“Ini adalah bukti kemampuan kami dalam mencari penyelesaian terhadap penggunaan bendalir pada trenkuasa elektrik,” jelasnya. 

Untuk rekod, Energica Tytlers Cycle Racing beraksi di Kejuaraan Nasional Roland Sand Design’s Super Hooligan di MotoAmerica. Menariknya, pasukan ini merupakan satu-satunya wakil jentera elektrik dalam kejuaraan berkenaan. 

Sementara itu, Petronas pula akan menghulurkan bendalir generasi terbaru yang dicipta khas untuk kenderaan elektrik menerusi Petronas Iona. 

BMW Motorrad bakal melancarkan generasi terbaru Gelande Strasse menerusi R 1300 GS pada 28 September ini.

Perkara itu diumumkan ketika BMW Motorrad meraikan pengeluaran model GS dengan enjin ‘boxer’ yang ke sejuta dalam sejarah syarikat itu. 

Menurut BMW, R 1300 GS itu akan didedahkan kepada umum dalam satu majlis eksklusif yang terletak berhampiran dengan kilang BMW Motorrad di Berlin-Spandau. 

Bagi mereka yang tidak dapat hadir, BMW akan turut menyiarkan pelancaran model ikonik itu menerusi siaran strim langsung yang boleh disaksikan peminat seluruh dunia. 

Nantikan laporan penuh mengenai pelancaran BMW R 1300 GS itu di MotoMalaya.Net pada 28 September ini. 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube