Bikesrepublic

Berita Terkini

meJabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melarang semua jenis kenderaan berat yang melebih 7,500 kilogram daripada memasuki jalan utama ke pusat bandar dari 6.30 hingga 9.30 pagi dan 4.30 hingga 7.30 petang setiap hari.

Sekatan itu dikuatkuasakan selepas tinjaun oleh JPJ yang mendapati terdapat banyak kenderaan berat menggunakan laluan utama ke pusat bandar pada waktu puncak terutamanya di waktu pagi dan lewat petang sekaligus menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di Lembah Klang.

“Jalan yang telah digazet dengan sekatan perjalanan babitkan jarak 5km dari pintu masuk ke pusat bandar akan ditanda dengan papan tanda khas,” jelas JPJ dalam satu kenyataan pada Khamis.

Antara jalan yang telah digazetkan dengan sekatan di sebelah pagi dan lewat petang adalah seperti berikut:

  • Jalan Kuching dari Taman Wahyu di Jalan Ipoh ke pusat bandar.
  • Jalan Genting Kalng dari TAR College hingga ke pusat bandar.
  • Jalan Cheras dari Taman Midah ke pusat bandar.

Sementara jalan yang digazet dengan sekatan di sebelah petang adalah seperti berikut:

  • Jalan Kepong.
  • Jalan Ipoh dari Bulatan Kepong hingga Jalan Batu Caves.
  • Karak Highway.
  • Jalan Gombak dari Jalan Kampung Bandar Dalam hingga sempadan Kuala Lumpur
  • Jalan Genting Klang dan Jalan Cheras bermula dari Jalan Pudu hingga Jalan Tenteram

Sekatan terhadap kenderaan berat menuju ke pusat bandar telah pun berkuat kuasa sejak dulu namun sejak negara beralih ke fasa peralihan, rata-rata pemandu kenderaan berat tidak mengendahkan peraturan tersebut.

Pelumba Britain, Mark Purslow disahkan meninggal dunia susulan kemalangan ketika sesi kelayakan perlumbaan Isle of Man TT 2022.

Perkara itu disahkan pihak penganjur dalam satu kenyataan pada Rabu.

“Kami mahu mengucapkan takziah kepada keluarga dan sahabat Mark,” jelasnya.

Bagaimanapun, pihak penganjur turut memaklumkan bahawa perlumbaan IOMTT 2022 akan diteruskan.

Purslow sedang memasuki lap ketiga sewaktu pusingan kelayakan keempat sebelum kemalangan berlaku. Difahamkan, kelajuan Purslow ketika itu adalah sekitar 190km/j.

Ini merupakan perlumbaan kedua IOMTT bagi pelumba berusia 29 tahun itu selepas beraksi di kategori Supersport dan Lightweight pada 2017.

Mangsa juga pernah bertanding di Classic TT dan memenangi Manx GP 2015 (lightweight).

IOMTT kembali untuk sesi 2022 selepas dua tahun menyepi ekoran pandemik Covid-19.

Fabio Quartararo telah menandatangani kontrak dua tahun bersama Monster Energy Yamaha yang menyaksikan pertahan juara dunia itu kekal sehingga 2024.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan segala spekulasi mengenai masa depan pelumba Perancis itu bersama Yamaha.

Quartararo mempamerkan aksi mantap dan cemerlang sejak berhijrah dari pasukan satelit Petronas Yamaha SRT apabila berjaya muncul juara dunia dalam musim pertamanya bersama pasukan factory Yamaha, tahun lalu.

Dia juga kini dalam landasan tepat untuk mempertahankan kejuaraan apabila mendahului carta dengan kelebihan 8 mata.

“Saya sangat gembira untuk mengumumkan bahawa saya akan kekal bersama Yamaha untuk tempoh dua tahun lagi.

“Seperti sebelum ini perpindahan ke Yamaha merupakan satu keputusan yang tepat. Mereka mempercayai saya dari awal dan itu adalah sesuatu yang saya tidak boleh ambil mudah.

“Namun, perjanjian terbaru ini adalah satu keputusan besar kerana saya berada pada saat getir dalam karier saya jadi saya mengambil sedikit masa sebelum membuat keputusan.

“Saya percaya dengan projek Yamaha di MotoGP dan saya rasa Yamaha cukup komited. Kini saya dah mengesahkan keputusan untuk terus bersama-sama dalam perjalanan ini, kami boleh memberi fokus sepenuhnya pada musim ini.

“Saya mahu berterima kasih kepada semua yang menyokong termasuk peminat. Saya sangat hargai sokongan yang diterima,” jelas Quartararo.

Quartararo akan kembali beraksi hujung minggu ini di GP Catalunya dengan mensasarkan kemenangan bagi memastikan kedudukannya selaku pendahulu kejuaraan tidak tergugat.

Minggu lalu, Quartararo melintasi garisan penamat di Mugelli di belakang pelumba tuan rumah rumah dan juara, Francesco Bagnaia.

Jenama motosikal China, Benda, telah pun memperkenalkan enjin V4 yang bakal diguna pakai pada model akan datang.

Enjin V4 tersebut tampil dengan dua versi, 1198cc dan 496cc dengan kedua-duanya dijangka akan menggerakan jentera ‘power cruiser’ yang akan diperkenalkan Benda tidak lama lagi.

Jika dibandingkan dengan enjin V4 pada Ducati Panigale, kapasiti V4 Benda lebih besar – 1198cc berbanding 1103cc – namun enjin baharu itu menghasilkan kuasa lebih rendah 154hp pada 9,500rpm dan 120Nm pada 7,500rpm.

Nisbah mampatan enjin V4 Benda juga lebih rendah 11.5:1 berbanding 14:1 pada Panigale V4 S.

Bagaimanapun, jalur kuasa yang dihasilkan enjin Benda ini bukanlah satu isu kerana pengeluar motosikal China itu tidak bercadang untuk menggunakan enjin tersebut pada jentera ‘supersport’ sebaliknya pada sebuah ‘power cruiser’ seperti Benda  LFC700 yang diperkenalkan tahun lalu.

Sementara itu, turut mencuri perhatian adalah versi 496cc – dengan stroke 55.2mm dan bore 53.5mm -mampu meghasilkan 57hp dan 44.7Nm. Menariknya, nisbah mampatan sama seperti versi 1198cc – 11.5:1 – turut diguna pakai pada enjin ini.

Rata-rata pengguna jalan raya kini beralih ke RON95 susulan kenaikan harga harga minyak mentah menyaksikan RON95 merekodkan harga tertinggi, RM4.70 seliter (2 hingga 8 Jun).

Tinjauan oleh media tempatan FMT mendapati ramai pemilik kereta mewah daripada kumpulan pendapatan T20 dan M40 mengisi minyak RON95 berbanding RON97.

Menurut pemilik stesen minyak juga, pengguna RON97 telah turun sehingga 30 peratus manakala terdapat permintaan mendadak bagi RON95 yang kekal pada harga siling RM2.05 seliter ekoran diberi subsidi oleh kerajaan.

Berdasarkan laporan sebelum ini, perbelanjaan subsidi minyak oleh kerajaan dijangka mencecah RM28 bilion pada hujung 2022 berbanding RM11 bilion tahun lalu.

Salah seorang pemilik kereta jenis Mercedes-Benz memberitahu dia berjaya jimat sehingga RM500 selepas beralih ke RON95 bulan lalu.

Bagaimanapun, seorang lagi pemilik Mercedes-Benz telah beralih kepada kereta Perodua bagi menjimatkan perbelanjaan. – FMT

Jalan Temiang-Pantai yang ketika ini menjadi tumpuan pengguna jalan raya dalam negara telah pun merekodkan mangsa korban pertama.

Mangsa merupakan seorang warga emas berusia 72 tahun yang sedang mengayuh basikal di jalan terbabit.

Menurut laporan, mangsa telah dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Axia dalam satu kejadian yang berlaku pada jam 8.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintan Mohd. Fazley Ab. Rahman memaklumkan mangsa, Khalid Mohd Isa maut ditempat kejadian ekoran mengalami kecederaan di kepala.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dipandu seorang wanita berusia 26 tahun dari Jalan Pantai menghala ke Kajang, Selangor telah hilang kawalan dan terbabas.

“Kenderaan tersebut kemudiannya melanggar sebuah basikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 72 tahun di bahu kiri jalan,” jelasnya.

Sementara itu, pihak polis meminta bantuan orang ramai yang menyaksikan kejadian untuk tampil menghulur maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 016-2895801. – Kosmo

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube