Bikesrepublic

Berita Terkini

Baru-baru ini tular rakaman video di Facebook yang menyaksikan seorang pemilik motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki ZX14R telah mendoakan seorang peniaga agar perniagaannya lingkup gara-gara diminta mengalihkan motosikal yang diletakkan di kaki lima. 

Akaun Facebook dengan nama Zahedy Zakariah telah memuat naik beberapa video yang memaparkan beberapa motosikal berkuasa tinggi telah diletakkan di ruangan kaki lima kedainya.

Difahamkan, dia telah meminta agar motosikal tersebut dialihkan namun mendapat reaksi tidak puas hati daripada salah seorang daripada pemilik motosikal berkenaan. 

Selain tidak rasa bersalah, lelaki dalam video tersebut dikatakan mengugut untuk menumbuknya di samping melakukan provokasi. 

Perkongsian Zahedy di Facebook juga mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-rata mengecam tindakan pemilik motosikal terbabit. 

Mantan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, telah mempersoalkan ketiadaan ciri keselamatan penting seperti ABS (Anti-lock Braking System) dan ESC (Electronic Stability Control) pada model Perodua Axia E yang dilancarkan baru-baru ini. 

Pelancaran Perodua Axia E mendapat reaksi pelbagai dikalangan rakyat Malaysia ekoran didatangkan dengan harga asas serendah RM22,000. Harga tersebut menjadikan Axia E model paling murah ditawarkan pengeluar kereta nasional di Malaysia setakat ini. 

Namun begitu, Perodua Axia varian E itu kekurangan beberapa ciri keselamatan penting seperti ABS dan ESC sekaligus mencuri perhatian ramai pihak termasuk mantan Menteri Pengankutan itu. 

“Walaupun kenderaan mampu milik ditawarkan dengan harga serendah RM22,000, namun ia perlulah dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) atau Anti-Lock Braking System dan kawalan kestabilan elektronik (ESC) demi keselamatan pengguna dan orang ramai,” ujarnya dalam perkongsian tersebut. 

Tambahnya, pengeluar tidak seharusnya berkompromi aspek keselamatan dalam usaha untuk menawarkan harga ‘rahmah’. 

“Janganlah kita berkompromi apabila ia menyentuh soal keselamatan pemandu, penumpang termasuk pengguna jalan raya yang lain. 

“Spesifikasi tertentu seperti ABS, ESC dan Agihan Brek Elektronik – EBD (subsistem kepada ABS dan ESC) tidak boleh diketepikan sama sekali hanya kerana mahu menjadikan kenderaan tersebut sebagai ‘kereta rahmah’,” jelasnya. 

Dalam pada itu, memetik laporan rakan media, Careta, mendapati Perodua Axia E itu diklasifikasikan sebagai Axia keluaran 2014. Oleh demikian, tiada keperluan untuk mengikut homologasi terkini Kementerian Pengangkutan yang memerlukan ciri ABS dan ESC sebagai alatan standard yang ditetapkan pada 2020. 

Suzuki Malaysia telah memperkenalkan motosikal segmen ‘sports naked’ terbaru untuk pasaran tempatan menerusi Suzuki GSX-8S 2023 yang ditawarkan pada harga RM50,800.

Suzuki GSX-8S ini merupakan entri terbaru bagi segmen motosikal naked dan dikuasakan enjin parallel-twin 776cc DOHC serba baharu yang dibangunkan di Hamamatsu. Menariknya, enjin tersebut direka bagi menghasilkan kuasa pada rev rendah di samping dlengkapi dengan Suzuki Cross Balancer, yang menjaminkan tahap gegaran yang lebih rendah.

Untuk rekod, platform baharu itu menghasilkan 82hp pada 8,500rpm dan 78Nm pada 6,800rpm dan dikawal oleh sistem ‘ride-by-wire’. Selain itu, GSX-8S ini juga menawarkan tiga tahap sistem ‘traction control’ – yang boleh dinyahaktifkan – dan tiga mod enjin dengan kedua-duanya boleh diakses menenerusi skrin TFT. 

Bagi memastikan tunggangan lebih mengujakan, model naked ini juga dilengkapi dengan sistem quickshifter dua arah (up/down) secara standard. 

Spesifikasi lain juga tidak kurang hebatnya, dengan bahagian chasis dipadankan bersama suspensi KYB depan dan belakang manakala bahagian ‘swingarm’ pula direka khas bagi meningkatkan tahap ketangkasan. 

Untuk rekod, Suzuki GSX-8S ini datang dengan tiga pilihan warna; Pearl Cosmic Blue, Pearl Tech White dan Matt dan Sparkle Black. 

Suzuki Malaysia dengan rasminya melancarkan motosikal adventure terbaru, Suzuki V-Strom 800DE untuk pasaran tempatan dengan harga -pengenalan rasmi RM60,800 (untuk 50 unit pertama yang berdaftar).

Selepas pelancaran global di EICMA, November tahun lalu, motosikal serba baharu itu akhirnya mendarat di Malaysia. 

ENJIN

Buat kali pertama, keluarga V-Strom tidak lagi dihidupkan enjin V-Twin sebaliknya dikuasakan platform parallel-twin 776cc serba baharu yang dibangunkan di Hamamatsu, Jepun.  Enjin tersebut juga telah disaluti dengan Suzuki Composite Electrochemical Material (SCEM) yang membantu mengurangkan tahap geseran dan haba sekaligus memastikan ketahanan enjin yang lebih baik dan beroperasi lebih lancar. 

Meskipun konfigurasi bukan lagi V-Twin namun enjin tersebut menawarkan ‘270-degree crank’ sekaligus menjaminkan perwatakan enjin yang hampir sama. 

Kemudian, bagi memastikan enjin beroperasi pada tahap optimum, sistem penyejukan dikendalikan oleh dua cara.  Pertamanya, bahagian radiator dilengkapi dengan System Inlet Control Thermostat Valve yang berfungsi dengan mengekalkan suhu enjin secara konsisten. Kedua, suhu enjin kekal rendah dengan bantuan sistem penyejukan cecair yang kompak. 

Operasi transmisi manual 6-kelajuan pula menawarkan pertukaran gear yang lancar dibantu dengan sistem ‘quickshifter’ yang sama terdapat pada GSX-8S. 

Pada masa sama, Suzuki Clutch Assist System pula memastikan pertukaran gear kekal efisien meskipun penunggang menurunkan gear secara agresif. 

Walaupun enjin parallel-twin terkenal dengan gegaran yang ketara namun masalah tersebut berjaya diatasi menerusi Suzuki Cross Balancer yang pertama kalinya diwujudkan pada sebuah motosikal ‘production’. 

Menurut Suzuki, terdapat dua pengimbang telah diletakkan pada kedudukan 90-darjah di bahagian ‘crankshaft’ dan bertujuan memastikan enjin kekal ringan sewaktu menunggang. 

CHASIS

Untuk rekod, enjin parallel-twin tersebut turut dibangunkan sebagai tekanan utama (stress member) bahagian chasis.  Menurut Suzuki, gabungan kerangka dengan enjin mewujudkan geometri yang baik terutamanya bagi tunggangan ‘off-road’. 

Ditambah dengan jarak kelegaan tanah yang berada pada 220mm, V-Strom 800 DE ini sememangnya berupaya menangani permukaan yang lasak.  Selain itu, Suzuki V-Strom 800 DE ini turut dilengkapi dengan tayar (spoke) 21-inci depan dan 17-inci belakang yang dipadankan bersama tayar Dunlop Trailmax Mixtour secara standard.

Aspek memberk pula dikendalikan kaliper brek Nissin dua-piston depan dan kaliper Nissin satu-piston belakang yang mengapit cakera brek 310mm (depan) dan 260mm (belakang). 

ELEKTRONIK

Menariknya, Suzuki V-Strom 800 DE ini datang dengan pakej elektronik yang serba lengkap termasuk Suzuki Intelligent Ride System (SIRS).  SIRS merangkumi ride-by-wire, empat mod menunggang termasuk mod Gravel, quickshisfter, Suzuki Easy Start System dan Low RPM Assist. 

Segala informasi dan akses kepada tetapan elektronik pula boleh dilakukan menerusi panel meter TFT berwarna serba baharu.  Pencahayaan pula hadir menerusi lampu LED penuh (depan dan belakang). 

REKA BENTUK

Tidak dinafikan, rekaan keseluruhan V-Strom 800 DE ini diilhamkan daripada ‘abang besar’ V-Strom 1050 namun bentuk lampu depan yang lebih moden dan unik yang diinspirasikan daripada GSX-S1000 tampak serasi. 

Bahagian ‘mudguard’ depan pula diletakkan lebih tinggi berbanding V-Stom 650 dan menonjolkan lagi elemen ‘adventure’. 

Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun maut dalam satu kemalangan di Rom, Itali selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu sekumpuan YouTuber. 

Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku pada Rabu yang menyaksikan kereta jenis Lamborghini Urus telah melanggar sebuah kereta jenis Smart yang dipandu ibu bersama dua anaknya yang berusia lima dan empat tahun. 

Sewaktu kejadian, kereta Lamborghini berwarna biru itu dipandu Matteo Di Pietro, 20 bersama empat YouTuber lain.

Mangsa yang dirempuh telah dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Difahamkan, mangsa baru saja pulang dari tadika sebelum kejadian berlaku. 

Kumpulan YouTuber tersebut dikenali sebagai ’The BorderLine’ dan sedang melakukan rakaman video sewaktu kejadian dengan mengambil bahagian dalam cabaran viral dengan memandu Lamborghini tersebut selama 50 jam. – Daily Mail

Hong Leong Yamaha Motor telah memperkenalkan pilihan warna baharu bagi Yamaha Tracer 9 GT 2023. 

Menurut pihak HLYM, motosikal segmen ‘sports tourer’ itu kini datang dengan warna Pure White dan Midnight Black dengan masing-masing memberi kesegaran baharu pada jentera tersebut. 

Pilihan warna baharu ini sudah boleh didapati di pengedar rasmi Yamaha bermula hari ini (16 Jun) dengan harga jualan rasmi RM69,998 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Seperti kebiasaan, setiap pembelian model Yamaha disertakan dengan kunci cakera brek Yamaha bernilai RM100. 

Untuk rekod, Yamaha Tracer 9 GT ini dilengkapi enjin CP3 889cc DOHC terbaru yang menawarkan 115hp pada 10,000rpm dan 93Nm pada 7,000rpm. Antara ciri lain ditawarkan termasuk fungsi quickshifter, panel meter TFT, cruise control dan penghadang angin boleh laras. 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube