Bikesrepublic

Berita Terkini

Seorang penunggang motosikal yang dipercayai lawan arus lalu menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lembah Klang baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, pada Isnin. 

Suspek berusia 41 tahun dari Kajang, Selangor itu telah pun diambil keterangannya sebelum ini dalam menyebabkan kematian babtikan mangsa, Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64. 

Pada waktu kejadian yang berlaku pada 14 Jun lalu,  suspek telah melawaran arus di Kilometer 22.2 Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE). Tindakannya itu menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Ducati Panigale cuba mengelak sebelum hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan. 

Akibat daripada itu, mangsa telah tercampak dan terjatuh ke bawah jambatan pada ketinggian 30 meter. 

Kementerian Pengankutan akan memohon peruntukan tambhan RM10 juta daripada kementerian kewangan dalam usaha mengembangkan lagi program MyLesen B2 kepada lebih ramai kumpulan B40. 

Perkara itu disampaikan Menteri Pengankutan, Anthony Loke Siew Fook. Jelasnya, peruntukan tersebut akan membantu lebih 30,000 rakyat berbanding hanya 9,000 tahun ini. 

Jelas Anthony Loke, initiatif tersebut selaras dengan usaha kerajaan dalam mendidik rakyat akan kesedaran mematuhi peraturan jalan raya di samping memupuk budaya keselamatan jalan raya dikalangan golongan belia. 

Program MyLesen B2 merupakan komitmen kerajaan dalam membantu kumpulan B40 menaik taraf sosio-ekonomi dan pendapatan isi rumah dengan mempromosikan sektor ekonomi gig. – FMT

Pelumba Aprilia, Aleix Espargaro telah menerima hadiah berupa jentera Suzuki GSX-RR 2016 daripada Suzuki. 

GSX-RR 2016 itu merupakan jentera Suzuki yang ditunggang Espargaro ketika pengeluar motosikal Jepun itu membuat penampilaan semula di MotoGP pada tahun 2015. Suzuki juga merupakan pasukan pertama Espargaro dalam membuat aksi sulung di kelas premier MotoGP. 

Pada waktu itu, Espargaro dan Maverick Vinales merupakan pelumba utama pasukan Suzuki sebelum beralih Aprilia dan Yamaha dua tahun selepas itu. Vinales juga sempat menghadiahkan kemenangan pertama jentera GSX-RR di kelas MotoGP. 

Menurut Suzuki, GSX-RR itu sebelum ini telah diletakkan di ibu pejabat lama di Milan. 

Dalam pada itu, Espargaro meluahkan rasa teruja dengan hadiah tersebut. 

“Ini antara hadiah yang membuatkan saya berasa sangat teruja. Saya hampir mengeluarkan air mata. Ada yang kata menerima hadiah berupa jentera MotoGP adalah sesuatu yang mustahil tetapi saya mempunyai hubungan yang baik dengan mereka meskipun setelah berhijrah ke Aprilia,” jelas Espargaro. 

Suzuki tidak lagi berada di MotoGP selepas membuat kejutan meninggalkan kejuaraan itu pada hujung musim lalu. Vinales juga telah dipersatukan semula dengan Espargaro di Aprilia sejak penghujung 2021. 

Aprilia bakal sertai segmen 400cc menerusi sportsbike Aprilia RS440 setelah motosikal tersebut dikesan menjalani ujian jalan raya di India baru-baru ini. 

Menariknya, berdasarkan gambar ‘spy shot’ yang dikongsikan, jelas RS440 itu mengguna pakai reka bentuk sama seperti RS660 sekaligus kekal tampak sporty dan agresif. Gambar tersebut juga menunjukkan RS440 menjalani ujian bersama-sama Moto Guzzi Stelvio generasi terbaru yang dibangunkan daripada platform sama dengan V100 Mandello. 

Kemunculan RS440 bukanlah satu kejutan kerana Piaggio Group telah pun mendedahkan pembangunan model itu awal tahun ini. Ini merupakan kali pertama RS440 membuat penampilan sulung sekaligus mengesahkan kehadiran model itu tidak lama lagi. 

Meskipun kelihatan seperti RS660 namun jelas terdapat perbezaan ketara antaranya penggunaan kaliper brek tunggal di bahagaian depan. 

Buat masa ini, tiada info terperinci diperolehi namun kami jangkakan RS440 ini akan membuat kemunculan rasmi tidak lama lagi. Kami jangkakan Aprilia RS440 ini akan membuat penampilan rasmi lewat tahun ini dengan EICMA 2023 berkemungkinan besar menjadi platform utama. 

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa program Penilaian Motosikal Malaysia (MyMAP) kini dibuka kepada pengeluar motosikal bagi model 250cc keatas dan melibatkan semua jenis kombinasi enjin dari ICE hingga elektrik. 

Menurut MIROS, pembukaan penyertaan kali ini membolehkan motosikal berkuasa tinggi (250cc ke atas) untuk mengetengahkan teknologi keselamatan. Setakat ini, MyMAP telah pun menganugerahkan penarafan lima bintang kepada sembilan model daripada pelbagai pengeluar. 

Penyertaan terbaru ini menandakan permulaan bagi Fasa 2 dan 3 dengan masing-masing melibatkan motosikal 250cc keatas dan semua jenis motosikal dengan kombinasi kuasa berbeza. 

Sebelum ini, Fasa 1 melibatkan penyertaan sukarela dan hanya terhad kepada motosikal 250cc ke bawah. 

“Kami telah menerima banyak permohonan daripada pengeluar motosikal yang berkuasa besar dan hibrid. Oleh itu, penyertaan bagi fasa ketiga dibuka lebih awal daripada jangkaan waktu yang sepatutnya.

“Dengan pembukaan fasa ini, diharapkan lebih banyak pengeluar menyertai MyMAP yang secara tidak langsung akan mendorong penembusan teknologi kepada model asas atau mampu milik,” jelas Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik, Zulhadi Jawi. 

Pengeluar motosikal yang berminat untuk sertai program penarafan MyMap boleh mengemukakan permohonan ke mymap@miros.gov.my.

QJMotor terus mengukuhkan kedudukan selaku pengeluar motosikal China paling aktif dengan pelancaran SRV 700 Flash yang telah dikemas kini bagi tahun 2023. 

Motosikal segmen cruiser itu kini tampil dengan dua varian, dibezakan dengan penggunaan rantai dan ‘belting’. Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada kedua-duanya akan dipasarkan di China atau salah satu daripadanya akan dijual di pasaran luar. 

Selain daripada kemaskini kecil itu, SRV 700 Flash terus dikuasakan enjin parallel-twin 693cc dengan penyejukan cecair dan suntikan bahan api yang berupaya menghasilkan 76hp dan 65Nm. Enjin tersebut dipadankan bersama transmisi manual 6-kelajuan. 

Bahagian casis pula merangkumi kerangka besi konvensional yang dipadankan bersama fork jenis inverted di bahagian depan dan monoshock tunggal belakang yang diimbangi ke sebelah kanan. 

Ciri moden lain ditawarkan termasuk ABS dwi-saluran dengan cakera brek berkembar depan selain daripada penggunaan rim 16-inci depan dan belakang. 

Dalam pada itu, SRV 700 Flash ini juga didakwa akan menembusi pasaran global lain namun tidak dapat dipastikan sama ada pasaran tersebut membabitkan Malaysia. 

Di China, SRV 700 Flash ini dijual dengan harga CNY39,999 (RM25.6k). 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube