Bikesrepublic

Berita Terkini

MForce Bike Holdings Sdn Bhd bakal menambahkan lagi tawaran jenama motosikal di Malaysia kali ini menerusi MBP (Moto Bologna Passione) Moto. 

Pengumuman itu dimaklumkan kepada media selepas pihak MForce menghadiri program TOP68 Educational Tour Sales Campaign 2022 di Pattaya, Thailand, baru-baru ini. Pada acara tersebut, pihak MForce juga telah mempertontonkan beberapa model daripada MBP.

*MBP T1200V

Menariknya, MForce memaklumkan bahawa pelancaran rasmi dan pengenalan sulung jenama MBPMoto di Malaysia di Kuala Lumpuar Bike Show 2023 yang akan berlangsung Ogos ini di WTC Kuala Lumpur. 

Maklumat lebih terperinci akan kami bawakan dari masa ke masa. 

Dalam pada itu, kami sebelum ini juga melaporkan bahawa MBPMoto akan diperkenalkan di Malaysia. Antara model yang kami harap akan diperkenalkan di sini adalah motosikal jenis cruiser C650V dan motosikal adventure T1200V.

*MBP C650V

Untuk rekod, MBPMoto merupakan jenama dari Itali dengan kilang pengeluaran bertempat di China. MBPMoto juga merupakan anak syarikat Keeway yang juga berada di bawah payung QJ Motor bersama Benelli. 

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah pun mengumumkan 12 Ogos 2023 sebagai tarikh rasmi berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri melibatkan Selangor, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang. 

Susulan daripada pengumuman itu parti politik masing-masing mula mengorak langkah dalam percubaan memancing undi daripada orang ramai. 

Terbaru, Pas Terengganu menawarkan kemudahan pinjaman motosikal tanpa faedah bagi individu yang bekerja dengan pendapatan maksimum RM4,000 sebulan. 

Perkara itu disampaikan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. 

Jelasnya, tawaran tersebut merupakan antara 10 janji manifesto pas sekiranya berjaya kekal mentadbir negeri itu pada PRN akan datang ini. 

“Tawaran ini antara janji kerajaan Pas yang akan ditunaikan dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya diberi mandat sekali lagi untuk memerintah.

“Pada PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) lalu, Pas Terengganu telah menunaikan kesemua 20 manifesto yang dijanjikan sepanjang pemerintahan malah ada lagi yang sedang berjalan,” ujarnya. 

Imigresen Singapura berjaya menggagalkan percubaan menyeludup masuk 2,710 kotak rokok menerusi sebuah kereta dengan pendaftaran Malaysia.

Berdasarkan video TikTok yang dikongsikan Immigration Checkpoints Authority (ICA) Singapura, kereta jenis Hyundai itu didapati telah menyimpan hampir 3 ribu kotak rokok di sekitar panel badan kereta terbabit. 

@ica_singapore I knew you were trouble… 🎶 #ica #fyp #cigarette #contraband #truecrime #swifttok #cartok #SecureBordersSafeSG #GuardiansOfOurborders ♬ original sound – ICA_Singapore

“Pada 12 Jun 2023, pegawai ICA telah memprofil sebuah kereta dengan pendaftaran Malaysia bagi semakan terperinci,” jelasnya. 

Berdasarkan perkongsian video di TikTok, pegawai ICA telah membuka bahagian tertentu kereta berkenaan menggunakan tukul dan sebagainya sebelum menjumpai berkotak-kotak rokok. 

Selain tersorok di bahagian bonet, pegawai ICA juga menjumpai kotak rokok seludup itu di bahagian panel pintu dan bawah tempat duduk. 

Menurut ICA sebanyak 222 karton, 2,710 kotak rokok telah dijumpai. 

Seorang penunggang motosikal yang dipercayai lawan arus lalu menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lembah Klang baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, pada Isnin. 

Suspek berusia 41 tahun dari Kajang, Selangor itu telah pun diambil keterangannya sebelum ini dalam menyebabkan kematian babtikan mangsa, Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64. 

Pada waktu kejadian yang berlaku pada 14 Jun lalu,  suspek telah melawaran arus di Kilometer 22.2 Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE). Tindakannya itu menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Ducati Panigale cuba mengelak sebelum hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan. 

Akibat daripada itu, mangsa telah tercampak dan terjatuh ke bawah jambatan pada ketinggian 30 meter. 

Kementerian Pengankutan akan memohon peruntukan tambhan RM10 juta daripada kementerian kewangan dalam usaha mengembangkan lagi program MyLesen B2 kepada lebih ramai kumpulan B40. 

Perkara itu disampaikan Menteri Pengankutan, Anthony Loke Siew Fook. Jelasnya, peruntukan tersebut akan membantu lebih 30,000 rakyat berbanding hanya 9,000 tahun ini. 

Jelas Anthony Loke, initiatif tersebut selaras dengan usaha kerajaan dalam mendidik rakyat akan kesedaran mematuhi peraturan jalan raya di samping memupuk budaya keselamatan jalan raya dikalangan golongan belia. 

Program MyLesen B2 merupakan komitmen kerajaan dalam membantu kumpulan B40 menaik taraf sosio-ekonomi dan pendapatan isi rumah dengan mempromosikan sektor ekonomi gig. – FMT

Pelumba Aprilia, Aleix Espargaro telah menerima hadiah berupa jentera Suzuki GSX-RR 2016 daripada Suzuki. 

GSX-RR 2016 itu merupakan jentera Suzuki yang ditunggang Espargaro ketika pengeluar motosikal Jepun itu membuat penampilaan semula di MotoGP pada tahun 2015. Suzuki juga merupakan pasukan pertama Espargaro dalam membuat aksi sulung di kelas premier MotoGP. 

Pada waktu itu, Espargaro dan Maverick Vinales merupakan pelumba utama pasukan Suzuki sebelum beralih Aprilia dan Yamaha dua tahun selepas itu. Vinales juga sempat menghadiahkan kemenangan pertama jentera GSX-RR di kelas MotoGP. 

Menurut Suzuki, GSX-RR itu sebelum ini telah diletakkan di ibu pejabat lama di Milan. 

Dalam pada itu, Espargaro meluahkan rasa teruja dengan hadiah tersebut. 

“Ini antara hadiah yang membuatkan saya berasa sangat teruja. Saya hampir mengeluarkan air mata. Ada yang kata menerima hadiah berupa jentera MotoGP adalah sesuatu yang mustahil tetapi saya mempunyai hubungan yang baik dengan mereka meskipun setelah berhijrah ke Aprilia,” jelas Espargaro. 

Suzuki tidak lagi berada di MotoGP selepas membuat kejutan meninggalkan kejuaraan itu pada hujung musim lalu. Vinales juga telah dipersatukan semula dengan Espargaro di Aprilia sejak penghujung 2021. 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube