Bikesrepublic

Berita Terkini

Pusingan 16 MotoGP yang dijadualkan berlangsung di Jepun berkemungkinan besar akan dibatalkan ekoran amaran cuaca buruk.

Litar Motegi dijadualkan menerima kunjungan Kejuaraan Dunia MotoGP pada 23 hingga 25 September ini.

Namun, penganjuran acara itu berdepan ketidaktentuan ekoran ketibaan Taufan Nanmadol.

Menurut laporan di Jepun, taufan Nanmadol dijangka akan menimpa daerah Kyushu dengan lebih empat juta penduduk telah pun dipindahkan setakat ini.

Meskipun taufan tersebut dijangka melanda bahagian paling selatan Jepun dan jauh dari Litar Motegi namun ramalan kaji cuaca mendedahkan taufan tersebut masih akan melalui bandar Tokyo.

Bukan itu sahaja, sektor logistik di Jepun juga turut terkesan dengan kerajaan negara itu telah pun menghentikan perkhidmatan ‘bullet train’ (shinkasen).

Penerbangan juga dijangka akan tergendala sebaik taufan Nanmadol melanda.

Dorna dan IRTA juga sedia maklum mengenai perkara ini dan sebarang perubahan jadual akan dibuat sebelum pasukan MotoGP berlepas.

Enea Bastianini merekodkan kemenangan ketiga musim ini selepas berjaya mengatasi Francesco Bagnaia di lap terakhir GP Aragon.

Bagaimanapun, perlumbaan dipalit pelbagai insiden kemalangan apabila Fabio Quartararo terpaksa bersara awal ekoran terlibat pelanggaran dengan Marc Marquez yang kembali beraksi selepas 112 hari.

Marquez bermula baik sebaik perlumbaan dilepaskan dan berjaya naik tujuh kedudukan daripada tempat ke-13. 

Bagaimanapun, dia dilanggar  Quartararo dari belakang ketika di Turn 3 lalu menyebabkan sebahagian daripada fairing M1 tersangkut pada celah jentera Marquez. Quatararo juga gagal meneruskan perlumbaan ekoran daripada kemalangan tersebut. 

Hasilnya, ketika Marquez memasuki selekoh dan mengaktifkan ‘holeshot’, tayar belakangnya terkunci ekoran ‘fairing’ Quartararo lalu menyebabkan pelanggaran dengan pelumba LCR Honda, Takaaki Nakagami. 

Dihadapan, Bagnaia selepas mendahuluo perlumbaan namun ketika di lap terakhir, Bastianini berjaya mendapat kelajuan lebih baik dan memintas Bagnaia untuk merekodkan kemenangan ketiganya musim ini.

Meskipun berada di tempat kedua namun Bagnaia mampu menarik nafas lega tatkala Quartararo gagal mengutip sebarang mata. Namun, dengan Bastianini disahkan sebagai rakan sepasukan baharu Bagnaia musim depan, perkembangan di kem Ducati pastinya menarik. 

Sementara itu, Aleix Espargaro terus mengekalkan kedudukan selaku pesaing kejuaraan dengan melengkapkan podium di tempat ketiga setelah berjaya memintas Brad Binder.

Ekoran daripada keputusan perlumbaan di GP Aragon, kedudukan Quartararo selaku pendahulu  dengan 211 mata kini tergugat apabila hanya dipisahkan 10 mata daripada Bagnaia manakala Espargaro ketiga dengan 194 mata. 

Setelah dua tahun menyepi, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan kembali hangat dengan penganjurang Kejuaraan Dunia MotoGP pada 21 hingga 23 Oktober ini. 

Bagi memastikan peminat Ducati menyaksikan perlumbaan penuh prestij itu dengan pengalaman terbaik, Ducati Malaysia menawarkan Pakej Tribuna Ducati.

Dengan hanya RM499, peminat Ducati berpeluang menonton perlumbaan MotoGP di tapak Grandstand bersama Ducatisti lain. 

Setiap pembelian Pakej Tribuna Ducati, pelanggan akan menerima pelbagai tawaran menarik antaranya:

  • pass kemasukan tiga (3) hari ke tempat duduk Grandstand
  • makan/minum percuma
  • Tribuna Ducati Race Kit
  • baucar rebat pakaian dan cenderahati Ducati 

Bagi yang enggan berdepan kesesakan di tempat letak kenderaan sewaktu minggu MotoGP, usah risau kerana dengan Pakej Tribuna Ducati pelanggan akan diberikan tapak letak motosikal eksklusif  berhampiran pintu kemasukan. 

Berdasarkan pengalaman hadir ke minggu MotoGP di SIC, mempunyai tapak letak motosikal khas adalah satu keperluan yang penting. 

Bagi yang berminat, anda hanya perlu hadir ke sebarang pusat pameran rasmi Ducati berhampiran untuk buat pembelian. 

Jumpa di Litar Antarabangsa Sepang pada 21 hingga 23 Oktober ini!

Grid MotoGP bagi musim 2023 akhirnya lengkap dengan pasukan GASGAS mengumumkan Augusto Fernandez sebagai pelumba rasmi pasukan itu musim depan.

Fernandez, yang ketika ini mendahului kejuaraan dunia Moto2 mewakili pasukan Red Bull KTM Ajo, akan digandingkan bersama Pol Espargaro, musim depan. 

Pelumba Sepanyol itu mempamerkan prestasi cemerlang di Moto2 musim ini selepas merekodkan empat kemenangan setakat ini.

“Ini adalah sesuatu yang mengagumkan, dapat melangkah ke kelas premier bersama GASGAS.

“Saya mahu berterima kasih kepada semua yang memberi sokongan sejak saya sertai Red Bull KTM Ajo tahun lalu.

“Ini adalah impian saya,” jelas pelumba berusia 25 tahun itu.

Bagaimanapun, Fernandez akan terus bertarung untuk mengekalkan status pendahulu kejuaraan dunia Moto2 di GP Aragon pada Ahad.

Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia yang ketika ini antara pesaing utama kejuaraan dunia MotoGP, akhirnya berjaya mendapatkan lesen motosikal A3 di Itali.

Lesen motosikal A3 membolehkan Bagnaia untuk menunggang pelbagai kapasiti motosikal dan tidak hanya terhad kepada motosikal bersesaran kecil.

Siapa sangka, pelumba utama Ducati itu masih ketiadaan lesen motosikal jalan raya sebelum ini meskipun beraksi cemerlang di pentas MotoGP.

Namun, senario itu bukan perkara baru, tahun lalu, enam kali juara dunia WorldSBK, Jonathan Rea juga baru sahaja melengkapkan lesen motosikalnya.

Ini kerana meskipun mereka adalah pelumba namun tak semua terlibat menunggang motosikal di jalan raya biasa.

Antara pelumba MotoGP yang terkenal dengan aktiviti menunggang motosikal adalah Johann Zarco, yang gemar menunggang motosikal klasik jenama Ducati miliknya. 

Yamaha dengan rasminya mengumumkan juara dunia Moto2 musim lalu, Remy Gardner akan sertai projek Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) bagi musim 2023.

Menurut Yamaha, Gardner akan menggantikan tempat Garret Gerloff di pasukan GRT Yamaha WorldSBK. 

Pengumuman tersebut turut menjelaskan bahawa Gardner telah menandatangani kontrak bersama Yamaha. 

Bagaimanapun, ekoran masih terikat dengan KTM di MotoGP musim ini, kenyataan rasmi tersebut tidak disertakan dengan komen daripada pelumba Australia itu.

Namun, Pengurus Yamaha Motor Europe Road Racing, Andrea Dosoli, berkongsi keterujaan atas kejayaan menambat bakat muda itu.

“Remy merupakan bakat muda yang mengujakan dan mempunyai karier cemerlang di perlumbaan GP. 

“Kami sangat berbesar hati kerana dapat memiliki pelumba yang berpengalaman beraksi di pentas tertinggi.

“Kami percaya dia calon sesuai untuk program WorldSBK Yamaha dan kami tidak sabar untuk melihat kemampuannya menunggang jentera R1 kami,” jelasnya.

Gardner sebelum ini dicanang akan menjadi rakan pasukan Pol Espargaro di Tech3 GASGAS sebelum KTM membuat pusingan ‘U’ dan memilih calon lain. 

KTM juga mendakwa Gardner sebagai tidak profesional meskipun belum sampai setahun pelumba itu bersama KTM di kelas premier. 

Ekoran ketiadaan tempat di MotoGP musim depan, keputusan berhijrah ke WorldSBK merupakan satu-satunya peluang untuk dia terus beraksi di pentas tertinggi. 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube