Bikesrepublic

Berita Terkini

Sebuah prototaip CFMoto 675 NK dikesan memakai penyamaran di China.

Ia mungkin versi naked yang diadaptasi daripada model sportbike CFMoto 675 SR-R yang dilancarkan baru-baru ini. 675 SR-R ialah motosikal dengan enjin tiga silinder pertama untuk pengeluar ini. Oleh itu, motosikal baharu itu dijangka akan dikenali sebagai 675 NK.

Prototaip naked ini kelihatan berkongsi casis yang sama seperti yang varian sportbike, seperti pelekap lengan ayun, lengan ayun aluminium, fork depan terbalik. Secara keseluruhannya, rekabentuk badannya kelihatan sangat mirip dengan Kawasaki Z1000 lama dan Ducati Streetfighter. Kuasa enjinnya sepatutnya sama dengan 675 SR-R, iaitu 95hp juga. Ciri lain harus termasuk skrin TFT, penukar pantas, ABS, kawalan cengkaman, lampu LED dan sebagainya.

CFMoto 675 NK akan meletakkannya dalam kategori yang sama dengan Triumph Trident, Honda CB650F, Suzuki GSX-8S, Kawasaki Z650, Yamaha MT-07, antara lain.

Kami harap model ini akan didedahkan pada pameran EICMA 2024, dan versi siap pengeluaran sepenuhnya pada 2025.

Pihak berkuasa berkata masih belum tiba masa untuk mewartakan tempat tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur sebagai zon tidak selamat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata untuk berbuat demikian, pihaknya perlu mengemuka permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengisytihar kawasan itu sebagai zon bencana.

“Walaupun kejadian ini bukan dianggap bencana, tindakan polis termasuk bomba dan agensi berkaitan serta Indah Water Konsortium (IWK) seolah-olah seperti bencana.

“Susulan lokasi kedua mendapan dikesan, saya sudah mengarahkan laluan sepanjang 1.4 kilometer di Jalan Masjid India ke Jalan Raja Laut ditutup.

“Penutupan itu membabitkan laluan yang mempunyai lima pembentung dan arahan berkait perkara berkenaan sudah dikeluarkan kepada Ketua Polis Dearah Dang Wangi dan Ketua Polis Negeri,” katanya.

Mengulas lanjut, penutupan hanya membabitkan laluan berkenaan dan tidak membabitkan kawasan lain.

“Perniagaan juga tidak ditutup. Urus niaga masih berlangsung seperti biasa. Laluan ke pembentung itu sekitar 50 hingga 70 meter sahaja,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesan halangan objek yang tersekat kira-kira 80 meter di antara lokasi tanah jerlus dan lurang kumbahan kedua.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman, berkata dapatan itu diperoleh menerusi pengesanan oleh dua anjing Unit Pengesan (K9), Denti dan Frankie, yang dibawa turun ke tempat kejadian petang semalam, selain pengesanan kamera.

“Moped lasak” Yamaha PG-1 telah didedahkan semasa Karnival Yamaha GenBlu 2024. Para hadirin dan pihak media juga berpeluang menguji basikal tersebut.

Yamaha berkata bahawa nama motosikal itu sebenarnya singkatan untuk “Playful Gear 1.” Seperti moped lain, ia berasaskan casis tulang tengah tetapi mencirikan suspensi dengan jarak gerakan yang panjang. Ia seakan moped yang diubahsuai untuk perlumbaan off-road, yang dipanggil “cub cross” di Malaysia. Oleh yang demikian, Yamaha PG-1 ini berada di dalam kategori yang sama dengan Honda CT125 Hunter Cub/Trail dan Aveta Ranger Max Explorer.

Enjin PG-1 ialah jenis 114cc, satu silinder yang disejukkan oleh udara, dan menghasilkan 6.6kW (8.9hp) pada 7,000 RPM dan 9.5Nm pada 5,500 RPM. Ia dipadankan kepada transmisi empat kelajuan. Enjin ini (dan mungkin transmisi) dikongsi dengan Yamaha EZ115, yang sebelum ini dikenali sebagai Lagenda 115.

Ciri-ciri yang menjadikannya sebuah motosikal yang boleh ditunggang di mana-mana ialah jarak kelegaan tanah 190mm, tayar bertiub “knobby” 90/100-16 inci pada kedua-dua hujungnya, dan bar hendal lurus ke atas. Tangki bahan apinya mempunyai kapasiti 5.1 liter, dan berat basah didakwa sebagai 107kg (agak ringan).

Tiub fork depan mempunyai penutup jenis akordion, manakala lampu depan dan lampu belakang bulat melengkapkan rupa lasaknya.

Satu ciri yang menarik ialah tempat duduk terbelah, yang membolehkan pengisian bahan api dengan mudah di bawah tempat duduk penunggang, sementara terdapat beberapa ruang penyimpanan di bawah tempat duduk pembonceng. Ketinggian tempat duduk penunggang ialah 795mm.

Hong Leong Yamaha Motor akan melancarkan Yamaha PG-1 secara rasmi pada tarikh lain, tetapi mereka telah mengumumkan harga jualan yang disyorkan sebanyak RM6,998.00. Ia didatangkan dalam dua warna iaitu Casual Beige dan Forest Green.

Galeri foto Yamaha PG-1

Cardo menduduki tangga teratas dalam pasaran interkom motosikal dan mereka terus mengalihkan titik perbandingan daripada segi ciri dan inovasi dengan pelancaran Cardo Packtalk Pro yang dinanti-nantikan. Ia dijual pada harga runcit yang disyorkan RM2,099.00.

Ketibaannya diumumkan oleh pengedar rasmi di Malaysia, Sinar Puncak Sdn. Bhd. semasa majlis pelancaran di Backroom Coffee.

Ciri-ciri utama:
  • Cardo Packtalk Pro mempunyai cip pengesan kemalanagan (crash detection). Cip ini mengukur dan merekodkan daya pecutan, halaju sudut dan gerakan tidak normal secara berterusan. Oleh itu, unit akan meminta bantuan sekiranya penunggang hilang upaya setelah terbabit di dalam kemalangan.

  • Pembesar suara (speaker) JBL 45mm baharu dapat memberikan pengalaman terbaik dalam kualiti bunyi, menurut Cardo.
  • Ciri Auto ON/OFF yang menghidupkan dan mematikan peranti secara automatik berdasarkan syarat tertentu untuk memanjangkan hayat bateri.

  • Masa bercakap adalah sehingga 13 jam, manakala pengecasan penuh mengambil masa sehingga 2 jam. Selain itu, pengecasan pantas selama 20 minit menyediakan masa bercakap selama 2 jam untuk anda yang  “Alamak! Saya terlupa mengecasnya!”
  • Ciri interkom berkumpulan Dynamic Mesh Communication (DMC) yang sangat dibanggakan oleh Cardo menyokong sehingga 15 pengguna.

  • Terdapat sambungan 2 saluran, satu untuk telefon mudah alih dan GPS, manakala satu lagi menyokong sambungan Bluetooth 5.2 dan berpasangan dengan TFT motosikal.
  • Semua ciri ini dan banyak lagi (termasuk arahan suara terbina dalam) ditempatkan dalam sarung dengan tahap perlindungan IP67 yang berwarna hitam.

Sekali lagi, harga yang disyorkan ialah RM2,099.00 untuk pek satu unit peranti, dan boleh didapati di pengedar sah mulai September 2024 dan seterusnya.

Sila lawati akaun-akaun media sosial berikut untuk keterangan lanjut:

Facebook: https://www.facebook.com/cardosystemmy

Instagram: https://www.instagram.com/cardo_malaysia/

Cardo Malaysia Authorized Dealers: https://bit.ly/cardoMYauthorisedsite

Motosikal elektrik Can-Am Origin dan Can-Am Pulse telah dilancarkan. Model-model ini membawa pengeluar Spyder beroda tiga ini yang berasal dari Kanada kembali ke asalnya.

Hari ini, kami menuntut semula warisan dua roda kami dengan membawa keseronokan baharu kepada industri motosikal elektrik,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat induk Can-Am BRP, José Boisjoli. “Lima puluh tahun yang lalu, Can-Am meraikan banyak kemenangan dengan motosikal Track ‘n Trailnya, dan kami membawa kembali silsilah itu dengan fokus pada kuasa elektrik moden, ketersambungan dan keseronokan.

Kami berhasrat untuk menjadi peneraju global dalam ruang itu dengan inovasi sebenar yang direka untuk memudahkan pengalaman menunggang untuk penunggang baharu dan memperkenalkan motosikal elektrik kepada semua.

Kedua-dua motosikal ini menggunakan motor yang disejukkan oleh cecair Rotax E-Power milik BRP dan transmisi automatik sepenuhnya. Output motor ialah tork sebanyak 78.9Nm pada 4,600 RPM. Bateri 8.9kWh, pengecas dan penyongsang (inverter) juga disejukkan cecair dan BRP berkata ia membantu mengurangkan kemerosotan bateri di samping mencepatkan masa pengecasan.

Bercakap tentang masa pengecasan, Can-Am berkata bateri akan dicas daripada 20%-80% dalam masa 50 minit dengan menggunakan pengecas Tahap 2 (jenis yang anda temui di tempat parkir pusat beli-belah dan unit dinding rumah).

Can-Am Origin

Model Origin ialah varian lasak (off-road) di antara kedua-duanya, justeru menggunakan roda hadapan 21-inci dan belakang 18-inci. Tayar adalah Dunlop D605 jenis dwi-sukan, dan suspensi adalah KYB. Can-Am berkata berat keringnya ialah 187kg.

Ketinggian pelananya agak tinggi pada 865mm, dengan 274mm jarak tanah untuk tugas lasak.

Can-Am Pulse

Pulse ialah versi berorientasikan jalan raya, justeru menggunakan tayar 17-in Dunlop Sportmax GPR 300, dengan fork KYB 41mm, dan monoshok Sachs boleh laras untuk pra-beban.

Ia mempunyai ketinggian pelana yang agak rendah pada 784mm, dengan hanya 146mm jarak tanah, dan berat 177kg.

Ciri-ciri yang dikongsi

Dikongsi antara kedua-dua motosikal ialah meter TFT berwarna dengan skrin sentuh 10.25 inci yang besar, untuk membantu mengawal mod tunggangan. Versi Pulse memberikan empat pilihan iaitu Normal, Eco, Rain dan Sport+ dengan setiap satunya mengubah tindak balas pendikit selain ABS dan input kawalan cengkaman. Varian Origin pula mendapat enam mod yang terdiri daripada Normal, ECO, Hujan, Sukan, Off Road dan Off Road+. Kedua-duanya menggunakan brek cakera 320mm tunggal yang di depan yang menampilkan kaliper J.Juan dua piston dan ABS.

Kedua-dua model juga akan tersedia dalam kemasan khas ’73 yang lebih eksklusif, dan menampilkan pilihan tambahan dan tema cat perak eksklusif.

Gambar intipan KTM 990 RC R terbaru mendedahkan motosikal yang hampir siap untuk produksi.

Foto-foto yang didedahkan di MCN menunjukkan sebuah prototaip serba hitam yang sedang menjalankan ujian jalan raya. Ini adalah gambar-gambar terbaharu setelah sebuah prototaip di uji di atas litar lumba pada bulan Mei.

Ia akan dihasilakn dalam dua versi, iaitu satu hanya bagi kegunaan di atas litar dan satu lagi varian standard yang boleh digunakan di atas jalan. Varian standard ini dikatakan akan tiba pada suku kedua 2025.

Enjinnya akan menggunakan unit 947cc LC8c silinder berkembar yang digunakan dalam 990 Duke yang menghasilkan 126.2hp dan 103.1Nm.

Kerangkanya mungkin sama dengan 990 Duke, atau baharu sama sekali untuk memenuhi ciri tunggangan sebuah sportbike. Tetapi kedudukan menunggang yang ditunjukkan dalam gambar menunjukkan serupa dengan 900 Duke, walaupun dengan hendal clip-on yang lebih rendah.

Butiran lain termasuk suspensi WP dan kaliper brek empat piston yang dipasang secari jejari. Fairingnya mempunyai sayap di atas dan sepasang lagi di bawah untuk menguruskan aliran angin.

Klik di sini untuk gambar-gambar rasmi.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube