Bikesrepublic

Berita Terkini

Motosikal yang ditunggang pelumba HRC Australia, Jett dan Hunter Lawrence, Honda CRF250R telah direka semula sepenuhnya untuk tahun 2022.

CRF250R serba baru ini mempunyai pelbagai perubahan enjin dan casis yang membawa kepada peningkatan kuasa, penurunan berat dan peningkatan kebolehpercayaan.

Jurutera Honda memperkenalkan pelbagai kemas kini yang meningkatkan kuasa, memnyempurnakan pengendalian dan menguatkan ketahanan dengan meningkatkan prestasi enjin, meningkatkan kekuatan dan mengurangkan berat jentera itu.

Enjin yang diperbaharui menghasilkan tork rpm yang lebih rendah tanpa mengorbankan kuasa yang boleh digunakan, dan menghasilkan jalur kuasa yang lebih luas.

Pembaharuan casis pula memberikan penjimatan berat yang signifikan dan peningkatan ergonomi sambil mengekalkan kehebatan pengendalian model yang terkenal.

2022 CRF250R

Sistem ekzos yang diperbaharui dan komponen tambahan yang ringan menghasilkan pengurangan berat sebanyak 4kg, dengan berat kini 104kg.

Selain itu, daya tahan ditingkatkan dengan memperbaiki mesin, sistem penyejukannya dan komponen pemacu secara menyeluruh.

2022 CRF250R

Radiator dan ‘shroud’ telah dimodifikasi untuk meningkatkan aliran udara dan kecekapan penyejukan, di mana kawasan radiasi haba telah ditingkatkan sebanyak 6%.

Kemajuan ketara juga dibuat untuk klac, dengan reka bentuk baru yang meningkatkan daya tahan dan penyambungan.

Sementara itu, casisnya banyak dipinjam daripada CRF450R generasi terbaru, yang membawa kepada penurunan berat yang ketara.

Rangka yang direka bentuk semula telah mengoptimumkan ciri flex, dengan kekakuan lateral dikurangkan sebanyak 20%, sedangkan bodywork moden memudahkan pergerakan dan lebih mudah dikeluarkan.

Gabungan ini menghasilkan tracking yang handal, pembelokan jitu, kestabilan dan kemampuan perjalanan lancar.

CRF250R akan mula dijual di Australia pada September ini dengan harga mempunyai harga $12,199 (RM37,817).

Seorang lelak kontraktor bangunan dilaporkan telah meruntuhkan balkoni sebuah blok pangsapuri yang baru siap dibina kerana kecewa tidak mendapat bayaran daripada pemaju.

Satu rakaman dramatik memaparkan bangunan yang terletak di bandar Blumberg, Jerman dimusnahkan oleh sebuah jengkaut pada malam Rabu.

Menurut pihak polis, nilai kerosakan bangunan tersebut dilaporkan mencecah €500,000 (RM2.5 juta).

Pihak berkuasa tempatan mengatakan pemandu jentera berumur 47 tahun itu bertindak sedemikian kerana kecewa bayaran untuk hasil kerjanya digantung.

Lelaki itu dikatakan telah memperoleh jentera tersebut semata-mata untuk melakukan kemusnahan itu dan hanya berhenti kerana hos hidraulik jentera tersebut rosak, lapor media tempatan.

Dia juga turut merosakkan garaj bangunan, di mana terdapat beberapa tong gas.

Difahamkan ketika kejadian, tiada orang di dalam bangunan itu, namun begitu aksi lelaki tersebut telah menarik perhatian sekitar 50 orang di kawasan berhampiran.

Selepas kerosakan itu dilakukan, lelaki tersebut telah masuk ke dalam keretanya dan terus memandu, dan tidak lama selepas kejadian menyerahkan dirinya kepada polis.

Lelaki itu dikatakan merupakan seorang subkontraktor pemaju projek tersebut dan mendakwa bahawa dirinya kini berhutang sebanyak €5 juta.

Selepas beroperasi lebih 35 tahun, Kilang Honda di Swindon, United Kingdom, kini sudah ditutup selamanya.

Pihak Honda telah memutuskan untuk menghentikan operasi kilang itu sejak Februari 2019 lagi, disebabkan peralihan kepada kenderaan elektrik, selain menumpukan perhatiannya kepada pasaran yang lebih aktif.

Penutupan ini menjejaskan pekerjaan seramai 3,000 orang, dan juga bermakna pengeluaran Honda Civic Type R akan berhenti di UK sambil menanti penggantinya yang akan datang tahun hadapan.

Pada kemuncak operasinya, kilang Swindon itu mampu menghasilkan kira-kira 680 unit kenderaan dalam masa sehari dan telah pun menghasilkan hampir empat juta kenderaan baharu sejak beroperasi pada tahun 1985.

Tapak kilang tersebut kini dijual kepada syarikat pembangunan industri yang digelar sebagai Panattoni yang memiliki kepakaran di dalam bidang logistik.

Baru-baru ini, tular rakaman video dan imej yang didakwa sebagai Yamaha R15 V4 sedang giat jalani ujian di India.

Bagaimanapun, berdasarkan perkembangan terbaru, difahamkan model tersebut mungkin bukan merujuk pada R15 sebaliknya model yang lebih besar R25 atau R3.

Menurut laporan di India, motosikal tersebut dilihat sebagai terlalu besar bagi sebuah R15 malah panel depan juga menampilkan rekaan sama seperti R7.

Bahagian ekor juga tampak lebih “berisi” dan tidak kurus seperti yang terdapat pada R15 ketika ini.

Selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk laporan terkini di India, motosikal Yamaha tersebut hampir pasti merujuk kepada model R25/R3 baharu.

Bukan itu sahaja, ini juga membuktikan bahawa semua generasi baharu “sportsbike’ Yamaha akan mengikut acuan sama seperti R7 yang telah pun dilancarkan pada Mei lalu. – Rushlane

KTM akan terus memperkembangkan barisan model DUKE sedia ada dengan versi 990 setelah jentera itu dikesan jalani ujian jalan raya di Eropah.

Meskipun laporan antarabangsa mendakwa 990 DUKE ini adalah serba baharu namun melihat kepada imej dikongsikan ternyata terdapat elemen yang dikekalkan dari 890 DUKE.

Antaranya rekaan lampu LED depan dan beberapa bahagian panel yang telah dibawa dari KTM 890 DUKE.

Bagaimanapun, bahagian tangki, ekzos, radiator dan enjin adalah serba baharu.

Lebih mencuri tumpuan, terdapat laporan bahawa pengeluar motosikal Austria itu akan mengguna pakai platform enjin sama untuk melancarkan model adventure dan GT yang lebih kecil berbanding 1290 Super Duke dan 1290 Adventure sedia ada.

KTM 990 DUKE ini juga dijangka akan menggantikan 890 DUKE sedia ada, namun, tiada tarikh pelancaran didedahkan setakat ini.

Honda akan mengemaskini rangkaian CB500, seperti dalam kertas kerja EU yang menunjukkan beberapa perubahan untuk model 500cc kembar selari.

Pengeluar motosikal Jepun itu telah pun memfailkan dokumen membabitkan model CB500F, CBR500R & CB500X 2022.

Kelihatan seperti tiada perubahan besar, tetapi yang pastinya sesuatu evolusi pada jentera popular ini bakal datang.

Walaupun motor kembar selari 471cc ini tidak berubah, dengan pengeluaran 47hp dan tork 43Nm, beberapa perubahan dimensi dan berat menunhjukkan ada perubahan kecil di tempat lain.

Sementara CB500F dan CBR500R sama berat, CB500X lebih berat sebanyak 2kg, dan ini mungkin disebabkan penambahan kapasiti tanki minyak 17.7L.

Di tempat lain, dimensi tersenarai telah mengalami perubahan sedikit – ukuran lebar telah meningkat sebanyak 5mm untuk CB500X dan CBR500R, dan 10mm untuk CB500F, sementara panjang dan tingginya tidak berubah; kemungkinan besar disebabkan pemegang lebih lebar.

Kemas kini utama yang dirancang untuk rangkaian CB500 2022 datang daripada dokumen yang mencatat cakera tambahan di bahagian hadapan, dan brek baru bermaksud roda dan garpu baru.

Kemas kini pada kombo garpu dan roda depan juga akan menunjukkan perubahan pada penyerap hentakan bahagian belakang.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube