Bikesrepublic

Berita Terkini

Pengeluar motosikal gergasi China, QJMotor bakal melancarkan sebuah motosikal kategori ‘sportsbike’ dengan kapasiti enjin 778cc tidak lama lagi. 

Perkara itu didedahkan menerusi dokumen kelulusan yang difailkan di China baru-baru ini yang turut mendedahkan rupa jelas model terbaru itu. 

*QJMotor SRK 600RR

QJMotor SRK 800RR merupakan jentera ketiga QJMotor yang akan dikuasakan enjin empat silinder dengan SRK600RR merupakan model pertama. Syarikat pengeluar dari China itu juga sedang membangunkan jentera 600cc V4 yang akan menghidupkan sebuah motosikal jenis cruiser. 

Ini merupakan kali pertama 800RR diperlihatkan kepada umum dan dijangka akan diperkenalkan lewat tahun ini. Difahamkan, model ini akan diperkenalkan serentak bersama jentera ‘superbike’ sulung QJMotor menerusi 1000RR yang dikuasakan enjin dibangunkan MV Agusta. 

Walaupun 800RR tampil dengan reka bentuk mirip 600RR namun ini adalah model serba baharu. Menariknya, tinjauan dekat enjin tersebut menampakkan susun atur sama dengan Honda CBR650R. 

Namun, enjin 800RR mempunyai ‘stroke’ yang lebih panjang sekitar 55.2mm sekaligus menawarkan kapasiti 778cc. 

*susun atur enjin 778cc pada 800RR tampak sama dengan CBR650R.

Tidak cukup dengan itu, kerangka yang diguna pakai juga hampir sama dengan CBR650R maka tidak hairanlah dimensi ‘wheelbase’ kedua model ini sama iaitu 1450mm. 

Walaupun tampak sama namun enjin pada 800RR bukanlah tiruan kerana kapasiti 778cc yang disumbangkan ‘stroke’ yang lebih panjang itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Pada masa sama, kapasiti lebih besar bermakna kuasa yang lebih tinggi.

Ini kerana dokumen tersebut mendedahkan QJMotor SRK 800RR menawarkan 101hp, 7hp lebih tinggi berbanding CBR650R. 

Antara kelengkapan lain ditawarkan termasuk kaliper brek Brembo dengan ABS serta pakej suspensi dari Marzocchi. Untuk rekod, Qianjiang dan Marzocchi telah pun menjalinkan kerjasama untuk menghasilkan komponen di China pada 2021 jadi tidak hairanlah kebanyakan model QJMotor akan datang dilengkapi komponen dari Itali itu. 

Selain itu, 800RR boleh mencapai kelajuan maksima sekitar 220km/j.

Secara keseluruhan 800RR ini pastinya akan menarik minat pembeli yang mahukan sesuatu yang berkuasa dan moden di samping menjanjikan harga yang lebih mampu milik berbanding jenama lain dalam pasaran. 

Kami menjangkakan 800RR ini akan diperkenalkan bersama-sama 1000RR pada penghujung tahun ini dengan pentas EICMA menjadi platform paling relevan untuk didedahkan. 

GPX Malaysia terus merancakkan segmen motosikal 200cc dengan pelancaran Demon GR200RR Da Corsa 2 Edisi Terhad untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM12,588. 

Jenama motosikal Thailand ini semakin popular di Malaysia terutamanya menerusi sportsbike GPX Demon GR200R

Untuk rekod, GR200R Da Corsa 2 ini telah pun diperkenalkan di Thailand pada November tahun lalu. GR200R Da Corsa 2 ini merupakan model edisi kedua setelah Da Corsa edisi pertama dilancarkan pada 2020. 

Bagaimanapun, model edisi pertama itu dikuasakan enjin satu silinder 198cc SOHC dengan 2-valves manakala edisi terbaru ini bernadikan enjin satu silinder 198cc dengan 4-valves. 

Hasilnya GPX Demon GR200R Da Corsa 2 ini menawarkan 19.1hp pada 9,000rpm dan 17.45Nm pada 7,500rpm. Kuasa enjin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan. 

GR200R Da Corsa 2 Edisi Terhad ini juga menawarkan beberapa ciri moden seperti model standard antaranya lampu LED penuh (depan dan belakang, panel meter digital berwarna, serta penggunaan tayar IRC. 

Sistem suspensi pula terdiri daripada fork depan  jenis USD yang dipadankan bersama monoshock jenama YSS di belakang.  GPX juga melengkapkan GR200R Da Corsa 2 ini dengan rantai DID yang berkualiti. 

Menariknya, versi Da Corsa 2 ini juga menawarkan peta Litar Mugello di bahagian tangki sekaligus tampak lebih segak dan premium. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • tangki 11L
  • rim 17-inci dengan 100/80 depan dan 140/70 di belakang. 
  • ketinggian tempat duduk 815mm
  • berat 155kg

Menurut GPX Malaysia, GR200R Da Corsa 2 ini datang dengan tiga warna piliha; Daytona Black, Da Corsa Blue, dan Racing Grey.

GIVI Malaysia dengan rasminya memperkenalkan model helmet ‘full-face’ terbaru menerusi GIVI 50.9 Atomic yang dijual pada harga RM735. 

Helmet serba baharu itu menampilkan reka bentuk moden dan sporty sesuai bagi sesuai jenis motosikal. 

Menurut GIVI Malaysia, helmet tersebut didatangkan dengan empat pilhan grafik termasuk; White Blue Red, Black Silver Red, Black Silver dan Titanium Sliver Blue. 

Kami juga telah ke Vietnam baru-baru ini bagi menyaksikan barisan model ini dengan lebih dekat dan ternyata model tersebut menawarkan rekaan yang serba baharu di samping dilengkapi dengan ciri keselamatan terkini. 

Untuk rekod, helmet 50.9 Atomic ini menampilkan penggunaan kerangka tiga lapisan yang kuat dan tahan lasak. Terdapat tiga corong udara yang memastikan aliran udara yang optimum di samping ‘padding’ dalam yang boleh ditanggal dan dibasuh. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk fungsi ‘sun visor’, ‘breathguard’ boleh tanggal dan juga Pinlock Max Vision tersedia. 

Helmet tersebut juga datang dengan berat sekitar 1,490gram. 

Menariknya, helmet ‘full-face’ ini mencapai standard ECE22.06 terbaru sekaligus menjaminkan keselamatan terbaik bagi si pemakai. 

Menurut GIVI Malaysia, helmet serba baharu ini akan tiba di seluruh pengedar rasmi sekitar hujung bulan Jun ini.

Baru-baru ini tular rakaman video di Facebook yang menyaksikan seorang pemilik motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki ZX14R telah mendoakan seorang peniaga agar perniagaannya lingkup gara-gara diminta mengalihkan motosikal yang diletakkan di kaki lima. 

Akaun Facebook dengan nama Zahedy Zakariah telah memuat naik beberapa video yang memaparkan beberapa motosikal berkuasa tinggi telah diletakkan di ruangan kaki lima kedainya.

Difahamkan, dia telah meminta agar motosikal tersebut dialihkan namun mendapat reaksi tidak puas hati daripada salah seorang daripada pemilik motosikal berkenaan. 

Selain tidak rasa bersalah, lelaki dalam video tersebut dikatakan mengugut untuk menumbuknya di samping melakukan provokasi. 

Perkongsian Zahedy di Facebook juga mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-rata mengecam tindakan pemilik motosikal terbabit. 

Mantan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, telah mempersoalkan ketiadaan ciri keselamatan penting seperti ABS (Anti-lock Braking System) dan ESC (Electronic Stability Control) pada model Perodua Axia E yang dilancarkan baru-baru ini. 

Pelancaran Perodua Axia E mendapat reaksi pelbagai dikalangan rakyat Malaysia ekoran didatangkan dengan harga asas serendah RM22,000. Harga tersebut menjadikan Axia E model paling murah ditawarkan pengeluar kereta nasional di Malaysia setakat ini. 

Namun begitu, Perodua Axia varian E itu kekurangan beberapa ciri keselamatan penting seperti ABS dan ESC sekaligus mencuri perhatian ramai pihak termasuk mantan Menteri Pengankutan itu. 

“Walaupun kenderaan mampu milik ditawarkan dengan harga serendah RM22,000, namun ia perlulah dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) atau Anti-Lock Braking System dan kawalan kestabilan elektronik (ESC) demi keselamatan pengguna dan orang ramai,” ujarnya dalam perkongsian tersebut. 

Tambahnya, pengeluar tidak seharusnya berkompromi aspek keselamatan dalam usaha untuk menawarkan harga ‘rahmah’. 

“Janganlah kita berkompromi apabila ia menyentuh soal keselamatan pemandu, penumpang termasuk pengguna jalan raya yang lain. 

“Spesifikasi tertentu seperti ABS, ESC dan Agihan Brek Elektronik – EBD (subsistem kepada ABS dan ESC) tidak boleh diketepikan sama sekali hanya kerana mahu menjadikan kenderaan tersebut sebagai ‘kereta rahmah’,” jelasnya. 

Dalam pada itu, memetik laporan rakan media, Careta, mendapati Perodua Axia E itu diklasifikasikan sebagai Axia keluaran 2014. Oleh demikian, tiada keperluan untuk mengikut homologasi terkini Kementerian Pengangkutan yang memerlukan ciri ABS dan ESC sebagai alatan standard yang ditetapkan pada 2020. 

Suzuki Malaysia telah memperkenalkan motosikal segmen ‘sports naked’ terbaru untuk pasaran tempatan menerusi Suzuki GSX-8S 2023 yang ditawarkan pada harga RM50,800.

Suzuki GSX-8S ini merupakan entri terbaru bagi segmen motosikal naked dan dikuasakan enjin parallel-twin 776cc DOHC serba baharu yang dibangunkan di Hamamatsu. Menariknya, enjin tersebut direka bagi menghasilkan kuasa pada rev rendah di samping dlengkapi dengan Suzuki Cross Balancer, yang menjaminkan tahap gegaran yang lebih rendah.

Untuk rekod, platform baharu itu menghasilkan 82hp pada 8,500rpm dan 78Nm pada 6,800rpm dan dikawal oleh sistem ‘ride-by-wire’. Selain itu, GSX-8S ini juga menawarkan tiga tahap sistem ‘traction control’ – yang boleh dinyahaktifkan – dan tiga mod enjin dengan kedua-duanya boleh diakses menenerusi skrin TFT. 

Bagi memastikan tunggangan lebih mengujakan, model naked ini juga dilengkapi dengan sistem quickshifter dua arah (up/down) secara standard. 

Spesifikasi lain juga tidak kurang hebatnya, dengan bahagian chasis dipadankan bersama suspensi KYB depan dan belakang manakala bahagian ‘swingarm’ pula direka khas bagi meningkatkan tahap ketangkasan. 

Untuk rekod, Suzuki GSX-8S ini datang dengan tiga pilihan warna; Pearl Cosmic Blue, Pearl Tech White dan Matt dan Sparkle Black. 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube