Bikesrepublic

Berita Terkini

CFMoto Malaysia dengan rasminya melancarkan CFMoto Papio XO-1 2023 untuk pasaran Malaysia dengan harga jualan rasmi RM8,888.

CFMoto Papio XO-1 merupakan motosikal segmen minimoto yang bersaing dalam segmen sama dengan jenama popular Honda Grom (MSX125) dan Honda Monkey 125.

Model ini dikuasakan enjin satu silinder 125cc dengan penyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api yang berupaya menghasilkan 9.5hp pada 8,500rpm dan 8.3Nm pada 6,500rpm. 

Meskipun berciri retro, Papio XO-1 ini dilengkapi dengan ciri dan kelengkapan moden termasuk lampu LED penuh, cakera brek tunggal 210mm depan dan 190mm belakang. Sementara itu, pakej suspensi pula merangkumi fork USD depan dan monoshock belakang.

Menariknya, meskipun bersaiz kecil namun Papio XO-1 ini dilengkapi dengan sistem ABS dwi-saluran. Pada masa sama, model ini juga dilengkapi dengan tangki 7L sekaligus sesuai untuk kegunaan harian dan dihujung minggu.

GALERI: CFMoto Papio XO-1 2023

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memuat naik teaser terbaru di laman Facebook mereka, hari ini. 

Teaser dalam video berdurasi 15 saat itu memaparkan sebahagian daripada panel badan motosikal dengan terteranya nama Doxou. Melihat dengan lebih dekat, panel badan tersebut berkemungkinan besar merupakan Yamaha Y16ZR.

HLYM sebelum ini juga pernah memperkenalkan Y16ZR edisi Doxou pada Oktober 2021 yang merupakan keluaran terhad sebanyak 5,000 unit sahaja. 

Kami menjangkakan edisi Doxou kali ini juga akan dihadkan kepada keluaran tertentu sahaja seperti sebelum ini. Pada masa sama, kemungkinan besar keluaran kali ini juga melibatkan Y16ZR namun dengan pilihan warna baharu. 

Seperti keluaran Doxou sebelum ini, model baharu ini juga dijangka didatangkan dengan set eksklusif Doxou. 

Seorang YouTuber di India, disahkan maut setelah mengalami kemalangan ketika cuba mencapai kelajuan 300km/j menggunakan jentera Kawasaki ZX-10R miliknya. 

Mangsa, Agastay Chauhan, merupakan pemilik saluran YouTube, Pro Rider 1000 dengan 1.25 juta pengikut. 

Menurut laporan, Chauhan disahkan maut setelah percubannya untuk mencapai kelajuan 300km/j dengan jentera ZX-10R berakhir dengan kemalangan apabila motosikalnya hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan. 

Sebelum ini, YouTuber berusia 25 tahun itu juga pernah memenuhi dada akhbar apabila didapati melakukan aksi berbahaya di jalan raya awam pada Mac tahun ini.  Dia juga dikecam kerana tidak memakai ‘riding gear’ yang betul. – Times Of India

Proton membuat kejutan di Malaysia Autoshow 2023 apabila memperkenalkan Proton X50 R3 edisi terhad. 

Menariknya, tidak seperti Saga R3 dan Iriz R3 yang hanya menampilkan “kejuruteraan sticker”, Proton X50 R3 ini menerima sentuhan R3 yang ‘esktra’.

Bermula dengan pilihan warna hitam matte, kit aerodinamik istimewa yang merangkumi lapisan sayap tambahan di bawah bampar depan yang turut dilengkapi tiga ‘taring’ yang menonjol. 

Bahagian sisi pula mendapat ‘skirt’ berwarna kuning yang disesuaikan dengan sayap hadapan. Namun begitu, diffuser belakang masih sama seperti yang terdapat pada model X50 flagship. 

Untuk rekod, Proton X50 R3 ini diasaskan daripada varian paling berkuasa X50 yang dikuasakan enjin tiga silinder 1.5L Turbo GDI yang menawarkan 155PS dan 255Nm. 

Dalam pada itu, spoilber belakang pula lebih besar dan lebar serta menawarkan kemasan ala gentian karbon. 

Tak cukup dengan itu, Proton X50 R3 ini juga tampil lebih rendah hasil ubahsuai pada pakej suspensi, rim 18-inci lima bilah serba hitam yang dipadankan bersama penutup hab R3. Proton juga menyumbat tayar 215/55R18 pada model edisi terhad ini. 

Menariknya, walaupun yang dipamerkan masih versi konsep, orang ramai boleh membuat tempahan model istimewa ini di Malaysia Autoshow 2023 bermula hari ini dengan hanya 200 unit akan dibina. Namun begitu, Proton memberitahu beberapa perubahan akan dilakukan bagi model yang akan diserahkan kepada pelanggan nanti. 

Kawasaki merancakkan pasaran motosikal global ketika memperkenalkan motosikal ‘hypernaked’ Z H2 pada Oktober 2019. 

Namun, belum sempat Malaysia merasai kemunculan jentera berkuasa tinggi itu, dunia mula kecundang kepada pandemik Covid-19 lantas cerita Z H2 terkubur. 

Bagaimanapun, Kawasaki Z H2 SE akhirnya dipasarkan di Malaysia menerusi pengurusan baharu bagi tahun 2023. 

Dirasmikan di Malaysia Autoshow 2023, Kawasaki Z H2 SE kini boleh dimiliki di Malaysia dengan harga jualan rasmi RM97,800

Seperti jentera lain dalam keluarga Z, Z H2 turut memaparkan intipati rekaan Sugomi sekaligus rupa keseluruhan model baharu ini tampak garang dan lebih ‘sporty’.

Namun, ciri paling menyerlah sudah tentu terarah kepada bahagian enjin ‘supercharger’ yang sama terdapat pada H2 dan H2 R. 

Hasilnya, Kawasaki Z H2 SE ini menawarkan 197hp pada 11,000rpm dan 137Nm pada 8,500rpm daripada enjin empat-inline 998cc 16-valve DOHC. 

Antara ciri premium lain ditawarkan termasuk fork Showa SFF-BP di bahagain depan dengan ‘compression’ dan ‘rebound damping’ boleh laras serta monoshock uni-track Showa di bahagian belakang. 

Sebagai sebuah jentera berprestasi tinggi, Z H2 SE ini juga menawarkan pakej elektronik lengkap yang terdari daripada:

  • Kawasaki Cornering Management Function
  • 3 Mod Kuasa
  • Kawasaki Launch Control Mode
  • Kawasaki Traction Control
  • Kawasaki Engine Brake Control
  • Kawasaki Intelligent Anti-Lock Brake System (KIBS)
  • Kawasaki Quick Shifter (KQS)
  • Electronic Cruise Control 

Modenas dengan rasminya memperkenalkan Dominar 400 versi ‘Adventure’ untuk pasaran Malaysia dengan harga jualan rasmi RM15,797. 

Dominar 400 Adventure ini merupakan varian kedua selepas versi standard yang ditawarkan di Malaysia ketika ini dan tampil dengan aksesori tambahan bagi meningkatkan lagi keupayaan sebagai sebuah jentera ‘sports-tourer’. 

Menurut Modenas, terdapat tujuh komponen ‘touring’ kesemuanya yang merangkumi ‘handleguard’, penghadang angin tinggi, ‘radiator guard’, bash plate aluminium, phone mount, port USB dan ‘luggage rack’ di bahagian belakang yang juga dilengkapi penyandar. 

Bagaimanapun, spesifikasi utama lain masih lagi sama dengan Dominar 400 versi standard termasuk dikuasakan enjin satu silinder 373.3cc DOHC yang menawarkan 39.4hp dan 35Nm. Dalam pada itu, Dominar 400 Adventure ini masih lagi dilengkapi tangki 13L, ABS dwi-saluran dan panel meter digital LCD. 

Ciri lain ditawarkan termasuk kaliper brek ByBre, fork USD, cakera brek depan tunggal dan lampu LED penuh di bahagian depan dan belakang. 

Untuk rekod, aksesori ‘touring’ yang ditawarkan pada Dominar 400 Adventure ini tidak dijual berasingan.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube