Bikesrepublic

Berita Terkini

Pelancong Malaysia dinasihat agar tidak mengunjungki perkampungan nelayan di daerah Narathiwat, Thailand. Kenyataan itu dikeluarkan oleh ketua polis daerah berkenaan.

Ketua Polis Narathiwat, Kolonel Pratya Baite berkata pengedar dadah di wilayah itu biasanya akan memilih perkampungan nelayan untuk membina sarang mereka.

“Kami mendapat maklumat bahawa pengedar dadah di wilayah ini akan menggunakan kampung-kampung ini sebagai tempat mengumpul dan menjual dadah kepada pengedar tempatan.

“Oleh itu, polis Narathiwat akan melakukan operasi berkala di kampung-kampung ini untuk menangkap mereka yang terlibat. Operasi akan dijalankan sepanjang masa dan setakat ini, ia berjaya,” katanya kepada NST.

Justeru, beliau menasihatkan pelancong Malaysia supaya tidak sesekali mengunjungi perkampungan nelayan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Dalam pada itu, Pratya berkata, pil yaba dan heroin masih menjadi dadah paling popular yang dicari oleh pengedar Malaysia di Thailand, berdasarkan maklumat pembekal dadah Thailand yang ditahan oleh pihak berkuasa.

Sejak dua tahun lalu, polis daerah tidak menahan mana-mana pengedar dadah warga Malaysia, bagaimanapun, kami menahan ramai pengedar warga Thailand yang mengatakan kedua-dua jenis dadah ini popular dalam kalangan pengedar warga Malaysia.

“Pusher Malaysia biasanya akan membeli dadah daripada pengedar Thailand yang berhampiran sempadan, seperti dari daerah kecil Sungai Golok,” katanya.

Seorang penunggang motosikal yang ditahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan kerana motosikalnya tidak mempunyai brek belakang mendakwa, “Brek patah sendiri.”

Dia bertambah dia tidak membuang atau mengubahsuai motosikalnya, dan berjanji akan memasang alat ganti baharu selepas menerima gajinya.

Selain daripada itu, motosikal pekerja kilang itu juga tidak mempunyai cermin sisi langsung, serta tiada nombor pendaftaran di depan motosikal.

Lelaki berusia 19 tahun itu antara antara pengguna jalan raya yang diambil tindakan dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Sungai Besi, pada hujung minggu lepas. Dia berkata di di dalam perjalanan pulang dari ibu kota ke rumahnya di Tanjung Minyak, Melaka.

Katanya, dia bersiar-siar ke Sendayan, Negeri Sembilan sebelum mengambil peluang cuti hujung minggu untuk makan di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kesalahan teknikal seperti tayar dan brek menjadi kesalahan yang kerap dalam setiap operasi dilakukan pihaknya.

Semua pengguna dan pemilik kenderaan atau pemilik syarikat kenderaan diingatkan supaya sentiasa memeriksa kenderaan mereka untuk keselamatan masing-masing termasuk pengguna lain,” katanya ketika operasi bersepadu berkenaan.

Harga kapcai mungkin meningkat sehingga 20 peratus mulai tahun depan.

Pengeluar dan peniaga motosikal menyatakan bahawa pembeli akan terjejas oleh kenaikan harga yang tidak dapat dielakkan sekiranya duti eksais Nilai Pasaran Terbuka (OMV) yang disemak untuk kenderaan dilaksanakan.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata pada Januari bahawa pelaksanaan OMV yang disemak telah ditangguhkan sekali lagi untuk 2025 selepas tamat tempoh pada 31 Disember 2024.

Semakan duti eksais OMV – secara rasmi dikenali sebagai Peraturan Eksais (Penentuan Nilai Barangan Buatan Tempatan bagi Tujuan Mengutip Duti Eksais) 2019 atau “OMV 402” – kini dijadualkan berkuat kuasa pada Januari 2026.

OMV 402 pada asalnya dijadualkan berkuatkuasa pada 2020, tetapi pandemik Covid-19 menyebabkan Kementerian Kewangan menangguhkannya sehingga 2021. Ia ditangguhkan sekali lagi untuk 2021. MAA melobi kerajaan untuk menangguhkan OMV 402 dan diberikan lanjutan dua tahun sehingga 31 Disember 2024.

Peraturan yang disemak mengenai pengiraan OMV menyatakan bahawa keuntungan dan perbelanjaan umum yang ditanggung atau dikira dalam pembuatan kenderaan, ditambah dengan nilai jualannya.

Semakan ini menyebabkan nilai kena cukai kenderaan lebih tinggi, yang mengakibatkan harga yang lebih tinggi.

Persatuan Pengeluar dan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MASAAM) dan Persatuan Peniaga Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) menyuarakan kebimbangan bahawa pengeluar mungkin sukar untuk menyerap sepenuhnya peningkatan duti.

Ini berpotensi meningkatkan harga motosikal sebanyak 10 peratus hingga 20 peratus, bergantung pada model, kata mereka. Oleh itu, kapcai yang kini berharga RM10,000 mungkin berharga antara RM11,000 dan RM12,000 selepas semakan.

Ini bukan berita baik, memandangkan pasaran motosikal Malaysia ‘lembab’ akhir-akhir ini. Menurut laman web Motor Cycle Data yang mengesan bilangan motosikal yang sebenarnya diserahkan kepada pembeli, Malaysia mengalami penurunan -19.9% pada 2024 berbanding tahun rekod 2022.

Jabatan Pengangkutan Malaysia (JPJ) telah mengeluarkan lebih daripada 107,000 saman dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina, bermula 20 Januari lalu hingga hari ini (10 Febuari).

Kesalahan berkaitan pelesenan kenderaan, pelesenan pemandu dan teknikal antara kesalahan tertinggi yang direkodkan. Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, sepanjang tempoh itu pihaknya mengeluarkan notis sebanyak 107,014 notis atas pelbagai kesalahan ke atas pelbagai kenderaan dan pemandu hasil pemeriksaan sebanyak 429,423 kenderaan di seluruh negara.

Selain itu sebanyak 724 kenderaan disita atas pelbagai kesalahan antaranya tidak mempunyai insurans dan cukai jalan serta kenderaan yang dipandu warga asing tanpa lesen yang sah.

Notis JPJ(P) 22 dikeluarkan atas kesalahan seperti berkaitan pelesenan kenderaan iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans sebanyak 29,994; pelesenan pemandu iaitu tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh (20,414) dan teknikal iaitu brek dan tayar botak (15,610).

Tambah lagi sebanyak notis 9,052 dikeluarkan bagi lain-lain kesalahan, kesalahan berkaitan kesalahan utama (3,994), kesalahan kenderaan barangan (3,161).

Bagi kesalahan kenderaan perkhidmatan awam (bas) sebanyak 241 notis dikeluarkan dan gagal patuhi larangan pemanduan kenderaan barangan pula 140 notis,” katanya.

Operasi bersepadu berkenaan turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan PLUS Malaysia.

Mengulas lanjut, Aedy berkata, kesalahan teknikal seperti tayar dan brek menjadi kesalahan yang kerap dalam setiap operasi dan pihaknya mengingatkan semua pengguna dan pemilik kenderaan atau pemilik syarikat kenderaan sentiasa memeriksa kenderaan mereka.

Operasi itu juga menguatkuasakan Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan selama empat hari iaitu pada 27 dan lalu (sebelum perayaan) serta pada 1 dan 2 Februari lalu (selepas perayaan).

JPJ mengesan kenderaan barangan gagal mematuhi larangan berkenaan dan 140 notis dikeluarkan serta 21 kenderaan ditahan mengikut Seksyen 59 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Walaubagaimanapun, jumlah pengeluaran saman ketika Operasi Khas Tahun Baru Cina 2025 menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya 207,127 notis.

“Statistik itu menunjukkan terdapat peningkatan tahap dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya melalui kaedah penguatkuasaan,” katanya

Lebih 20 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan bagi kelancaran lalu lintas sempena perayaan Thaipusam pada Selasa depan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, bagi upacara Perarakan Chariot, ia akan diadakan pada Ahad ini, bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S. Lee pada 9 malam.

“Perarakan itu dijangka akan berakhir jam 4 petang, Isnin depan di Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves, Selangor. Perarakan balik akan bermula jam 3 petang, Rabu depan melalui laluan yang sama,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, bagi melancarkan pergerakan perarakan ini, beberapa jalan utama serta laluan berkaitan di sekitar pusat bandar akan ditutup dan dilencongkan.

Laluan yang terbabit bagi perarakan berkenaan membabitkan Jalan Tun H.S. Lee – Jalan Sultan – Jalan Tun Tan Cheng Lock- Jalan Pudu – Jalan Tun Perak – Jalan Lebuh Ampang-Jalan Ampang -Jalan Munshi Abdullah – Jalan Dang Wangi – Jalan Raja Laut – Jalan Belia – Jalan Sri Amar – Jalan Raja Laut – Jalan Sultan Azlan Shah – Jalan Tun Razak (U- turn) – Jalan Tun Razak – Sultan Azlan Shah.

“Jalan Ipoh Lama (Batu 5) – Jalan Kampung Batu – Jalan Kepong Baru – Bulatan Ipoh – Jalan Ipoh (KL) (arah bertentangan) – Bulatan Batu Caves (arah bertentangan dari MRR2) – Susur MRR2 – Batu Caves (melalu laluan bertentangan dan lintasan khas),” katanya

Beliau berkata, polis menasihatkan pengguna jalan raya, khususnya warga ibu kota supaya merancang perjalanan dan elakkan melalui laluan terbabit dengan penutupan dan lencongan. Menurutnya, selain itu orang ramai juga dinasihatkan mematuhi arahan anggota polis bertugas bagi memastikan kelancaran lalu lintas.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluaskan pelaksanaan larangan kenderaan berat menggunakan lebuh raya pada waktu puncak di beberapa lebuh raya sekitar Lembah Klang mulai 19 Februari ini.

Ia membabitkan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke).

Ketua Pengarah LLM, Datuk Sazali Harun berkata, pelaksanaan larangan itu diwartakan oleh kerajaan pada 21 Oktober tahun lalu dan salah satu inisiatif di bawah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR).

Ia bertujuan melancarkan pergerakan trafik di kawasan Lembah Klang dan pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Kenderaan berat yang terbabit dalam pelaksanaan larangan ini adalah kenderaan motor Kelas 2 iaitu kenderaan yang mempunyai dua gandar dan enam roda kecuali bas.

Turut terbabit ialah kenderaan motor Kelas 3 iaitu kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih kecuali bas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, larangan dikecualikan bagi kenderaan berat yang terbabit dengan kerja-kerja pembersihan, pembuangan dan penghantaran sisa domestik, perkhidmatan kecemasan dan penguatkuasaan serta kenderaan berat dengan kerja penyelenggaraan lebuh raya.

LLM menyeru semua pemilik dan pemandu kenderaan berat agar dapat mematuhi waktu larangan pergerakan kenderaan berat ini apabila ia mula dilaksanakan,” katanya.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube