Bikesrepublic

Berita Terkini

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan lenih dua juta kenderaan akan keluar dari Lembah Klang untuk balik kampung sempenah perayaan Aidilfitri kali ini.

Perkara itu disampaikan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hassan yang memaklumkan bahawa jumlah kenderaan yang bergerak keluar telah pun bermula sejak Khamis dengan angka itu akan meningkat secara berperingkat hingga hari raya pertama pada 3 Mei ini.

“Dua juta kenderaan akan berada di atas jalan raya menuju ke utara, tengah, timur dan selatan negara.

“Sehubungan itu, JPJ mengadakan Operasi Sempena Musim Perayaan Aidilfitri (Op HRA) 2022 secara bersepadu dengan pelbagai agensi,” jelasnya.

Bagaimanapun, Zailani memberi jaminan operasi dijalankan adalah bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan di samping memastikan insiden kemalangan dapat dielakan.

“Paling membimbangkan adalah kadar kemalangan dan kematian di wilayah utara yang meningkat 11 peratus iaitu 142 kemalangan dengan 14 kematian berbanding 128 kemalangan dan lima kematian pada 2019, kebanyakannya kenderaan berat.

“Statistik berkenaan adalah jumlah kemalangan dan kematian yang berlaku bukan pada musim perayaan, justeru kita bimbang jumlah kemalangan akan meningkat pada musim perayaan Aidilfitri kali ini,” tambahnya.

Kes kecurian motosikal serta pecah rumah merupakan jenayah tertinggi direkodkan di Petaling Jaya dengan 68 peratus daripada jumlah kes jenayah yang direkodkan dibawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, tahun lalu.

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Menurutnya, kes kecurian motosikal paling banyak dilaporkan di Taman Medan, Sri Damansara, Damansara Damai dan Lembah Subang.

Walaupun kes pecah rumah menunjukkan penurunan 11 peratus antara Januari hingga April tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu namun kes curi motosikal mencatatkan peningkatan 13 peratus.

Menyedari perkara itu, Fakhrudin menjelaskan bahawa pihaknya akan meningkatkan rondaan kereta peronda polis (MPV) dan unit motosikal bagi Ops Bersepadu Cegah Jenayah yang akan berjalan sepanjang Ops Selamat kali ini.

Di samping itu, petugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) juga akan turun padang bagi memberikan tumpuan terhadap kawasan ‘blackspot’ (kawasan kerap berlaku kemalangan).

“Kita telah mengesan tiga laluan yang mencatatkan kekerapan kemalangan iaitu di Jalan Lapangan Terbang Subang, Lebuhraya Persekutuan dan Persiaran Surian.

“Bagi mengurangkan kadar kes kemalangan, petugas BSPT akan mengeluarkan saman ke atas pemandu jika melakukan kesalahan seperti memandu melebihi had laju, tidak patuh lampu isyarat, memotong barisan berkembar, memandu di lorong kecemasan dan mengunakan telefon bimbit semasa memandu,” jelasnya. – Kosmo

Ducati Malaysia telah pun mengemas kini senarai harga bagi model Ducati yang ditawarkan di Malaysia.

Menurut senarai harga yang dikongsikan, rata-rata kesemua model mengalami kenaikan harga bagi tahun 2022.

Bagaimanapun, model Multistrada V4 S mengalami kenaikan harga paling banyak dengan RM9,000 kepada RM155,900.

Berikut senarai harga baharu yang telah dikemas kini untuk pasaran tempatan:

Namun, terdapat beberapa model yang masih mengekalkan harga sama antaranya Streetfighter V4 SP (RM239,900), Multistrada V4 Standard (RM135,900) serta Panigale V4 SP (RM279,900).

Pemakaian pelitup muka yang telah menjadi norma baharu rakyat Malaysia sejak dua tahun lalu tidak lagi diwajibkan diluar bangunan bermula 1 Mei ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu pengumuman kelonggaran langkah kawalan pada Rabu.

Namun, pemakain pelitup muka masih digalakkan dikawasan sesak seperti di bazar Ramadan, pasar malam dan stadium. Pada masa sama, pelitup muka juga digalakkan bagi individu bergejala dan berisiko tinggi (belum vaksin, warga emas).

Bagaimanapun, pelitup muka masih lagi diwajibkan apabila berada dalam bangunan termasuk pusat beli belah serta pengangkutan awam (termasuk e-hailing).

“Penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan peraturan-peraturan di bawahnya akan dikenakan ke atas individu yang gagal mematuhi arahan pemakaian pelitup muka,” jelasnya.

Yamaha didakwa bakal perkenalkan Tenere dengan enjin yang lebih besar bagi sertai Tenere 700 sedia ada.

Menurut laporan, Yamaha ketika ini sedang giat membangunkan Tenere yang lebih besar yang didakwa mengguna pakai enjin CP3 890cc.

Ini sekaligus menyaksikan portfolio Tenere akan terus berkembang dengan model 900 sertai Tenere 700 dan Tenere Raid 700 sedia ada.

Walaupun Yamaha pernah memperkenalkan pelbagai varian enjin bagi Tenere – termasuk 600cc hingga 1200cc – namun difahamkan pengeluar motosikal Jepun itu menerima banyak gesaan agar varian baharu dengan enjin tiga silinder 890cc dari MT-09 diperkenalkan.

Majalah permotoran Perancis, Moto-Station mendakwa Yamaha sedang membangunakn Tenere 900 tersebut dengan sesi ujian telah pun berada di peringkat akhir.

Dikuasakan enjin sama yang menggerakan MT-09, Tracer 9, dan XSR900, Tenere 900 ini pastinya akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Yamaha XT1200Z Super Tenere yang telah diberhentikan pengeluaran.

Menariknya, Tenere 900 akan datang itu pastinya akan menghadirkan saingan terhadap Triumph Tiger 900, Ducati DesertX dan MV Agusta Lucky Explorer 9.5.

GASGAS memulakan era baharu dalam arena motosikal ‘street legal’ dengan melancarkan ES 700 dan SM 700 untuk pasaran dunia.

ES 700

Syarikat pakar motosikal ‘off-road’ itu menggunakan pengalaman luas dalam arena motosikal Supermoto, Endro dan Trail untuk melangkah ke alam baharu hasil bantuan syarikat induk, Pierer Mobility (KTM).

Hasilnya, model ES 700 dan SM 700 merupakan motosikal yang dibangunkan daripada platform KTM 690 SMC R yang sebelum ini turut diguna pakai bagi pembangunan model Husqvarna 701 Supermoto dan 701 Enduro.

SM 700

Bagaimanapun, ES 700 dan SM 700 dibezakan dengan penggunaan warna serba merah dan ‘livery’ GASGAS.

Selain itu, GASGAS turut melengkapkan kedua-dua model dengan ciri elektronik premium yang meningkatkan respon ‘throttle’ yang turut dibantu denagn transmisi (quickshift) 6-kelajuan.

ES 700

Menawarkan 74hp, kedua-dua model ini juga didatangkan dengan tangki 13.5L.

Sementara itu, SM 700 – yang dibina untuk kegunaan di jalan raya – dilengkapi fork depan WP 48mm dengan penyerap hentakan belakang boleh laras.

Dalam perkembangan sama, terdapat khabar angin bahawa GASGAS akan turut membangunkan model 390/890 sama seperti yang ditawarkan KTM ketika ini.

Hal ini antara sebahagian daripada usaha Pierer Mobility dalam mengetengahkan jenama GASGAS yang sebelum ini hanya terhad dalam penghasilan motosikal ‘factory’ sahaja.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube