Pakatan Harapan (PH) telah menawarkan bayaran deposit 10 peratus pembelian motosikal baharu bagi golongan B40 di Johor.
Usaha itu merupakan antara inisiatif untuk memikat pengundi di samping membantu golongan B40 sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung di negeri itu pada 12 Mac ini.
Namun, antara syarat dikenakan hanya individu B40 yang mahu menggunakan motosikal untuk tujuan pekerjaan layak memohon.
Bagaimanapun, setakat ini tiada info lanjut didedahkan mengenai insentif tersebut termasuk jenis motosikal dan harga yang dilayakkan untuk pembelian. PH juga tidak memaklumkan jumlah deposit 10 peratus yang dibenarkan.
Suzuki Malaysia bakal melancarkan GSX-R150, GSX-S150 dan Raider R150 Fi pada 10 Mac ini.
Perkara itu diumumkan menerusi akaun media sosial Suzuki Malaysia.
Pelancaran pada Khamis itu sekaligus menyaksikan tiga model 150cc itu kembali diperkenalkan untuk pasaran tempatan yang sebelum ini hanya disajikan dengan model berkuasa tinggi.
Sebelum ini, Suzuki Malaysia memuat naik teaser bagi ketiga-tiga model tersebut dan menunjukan GSX-R150, GSX-S150 dan Raider R150 Fi akan dipasarkan pada harga RM11,XXX, RM10,XXX dan RM8,XXX.
Meskipun pelancaran dijadualkan pada Khamis namun Suzuki Malaysia telah pun membuka tempahan bagi ketiga-tiga model terbabit.
Dua penunggang motosikal disahkan meninggal dunia selepas dirempuh sebuah lori dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 92.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Arah Selatan, petang tadi.
Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika semua mangsa sedang berteduh bawah jambatan ekoran hujan lebat.
Bagaimanapun, mangsa kemudiannya dirempuh lori yang dikatakan hilang kawalan ekoran kerosakan.
Beberapa juga telah tercampak ke longkang berhampiran.
Video kejadian juga tular di media sosial yang memaparkan mangsa sedang nazak sejurus selepas dirempuh lori terbabit.
Suzuki telah memperkenalkan GSX-250R 2022 untuk pasaran global yang telah dikemas kini dengan pilihan warna baharu.
Menurut Suzuki, GSX-250R 2022 kali ini mendapat sentuhan warna dua-tona baharu Metallic Crystal Blue dan Pearl Nebular Black.
Warna baharu itu kelihatan jelas di bahagian cowl depan, tanki dan ekor.
Sementara itu, komponen lain tampil serba hitam termasuk fender depan, suspensi dan enjin manakala ekzos juga serba hitam dengan pelindung haba metalik.
Menariknya, grafik kali ini juga lebih ringan sekaligus mewujudkan rupa yang lebih bersih dan tidak serabut.
Bagaimanapun, model 2022 ini mengekalkan spesifikasi sama kecuali ABS yang kali pertama diperkenalkan bagi model yang dipasarkan di Amerika Syarikat.
GSX-250R ini didatangkan dengan kaliper brek dua-piston dari Nissin yang dipadankan bersama cakera brek tunggal di bahagian depan dan kaliper satu piston dengan cakera tunggal di belakang.
Sementara itu, GSX-250R ini juga kekal dikuasakan enjin parallel-twin 248cc DOHC dengan penyejukan cecair menjana 24hp dan 22Nm.
Di Amerika Syarikat, Suzuki GSX-250R ini ditawarkan pada harga USD4,999 (RM20.8k).
Walaupun isu RFID masih lagi hangat diperkatakan namun tidak dinafikan sistem itu diperkenalkan bagi memudahkan urusan pembayaran tol tanpa tunai di plaza tol.
Bagaimanapun, tahun lalu pihak Touch ‘n Go telah pun memperkenalkan program percubaan Isian Semula TNG RFID di beberapa stesen Shell terpilih di Lembah Klang.
Program tersebut adalah bertujuan menguji tahap kecekapan pembayaran tanpa sentuh di lima stesen Shell.
Bagaimanapun, program tersebut hanya boleh digunakan oleh mereka yang mendaftar di bawah program tersebut.
Namun, seorang pengguna TikTok, Iivan Wang berkongsi cara menggunakan pembayaran RFID di salah satu daripada lima stesen minyak Shell terbabit.
Pertamanya, pengguna perlu mengaktifkan fungsi isi minyak di aplikasi TNG eWallet dengan memilih ikon Shell serta memasukan amaun pengisian.
Kedua, pastikan kenderaan menghala ke arah pembaca RFID sewaktu meletakkan kenderaan dan tunggu skrin LED untuk memaparkan ikon ‘nozzle’.
Kemudian, pengguna diberikan masa 80 saat untuk memulakan pengisian minyak, dan sebaik selesai hanya perlu kembalikan ‘nozzle’.
Setakat ini ada lima (5) stesen minyak Shell yang menawarkan pengisian minyak menggunakan RFID:
Perasaan kecewa jelas terpampang di muka pertahan juara dunia MotoGP, Fabio Quartararo apabila sekadar menamatkan pusingan pembukaan musim 2022 di tempat kesembilan.
Selain gagal menempatkan diri di podium, pelumba Perancis itu juga gagal memberi saingan dengan kelompok depan dan tiba ke garisan penamat dengan jarak +10.543 saat berbanding pemenang, Enea Bastianini.
Keputusan kurang memberangsangkan itu juga membuatkan Quartararo berasa risau akan peluang jentera Yamaha musim ini sebaik tamat perlumbaan.
“Tahun lepas kami menang kedua-dua perlumbaan tapi kali ini kami berada jauh di belakang jadi sudah tentu saya risau.
“Saya boleh katakan yang saya tidak rasa yakin. Saya sekadar bermula di barisan keempat dan terpaksa memasuki Q1 di Qatar.
“Tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, saya bukan seorang jurutera,” jelasnya.
Sementara itu, Quartararo mendedahkan masalah utama berpunca daripada cengkaman tayar depan yang melanda seawal dua lap pertama.
“Saya bermula baik tetapi selepas dua lap sahaja, tekanan tayar depan naik mendadak.
“Sejujurnya saya tidak tahu apa yang berlaku,” tambah Quartararo.
Selain Quartararo, rakan sepasukan, Franco Morbidelli juga gagal menyerlah, terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ke-11.
Sementara itu, pasukan satelit Yamaha, RNF Racing juga terpaksa berpuas hati dengan tempat ke-14 menerusi Andrea Dovizioso manakala Darryn Binder sekadar P16.
Saingan pertama di Qatar menyaksikan pelumba Gresini Racing, Bastianini merekodkan kemenangan sulung di kelas premier sementara wakil KTM, Brad Binder serta pelumba Honda, Pol Espargaro melengkapkan podium ditempat kedua dan ketiga.
Saingan MotoGP akan kembali bersambung 20 Mac ini di Litar Mandalika, bagi GP Indonesia.