Bikesrepublic

Berita Terkini

Adakah Honda CBR400R Four dengan enjin empat silinder akan datang?

Bagi kami yang ‘otai’, terdapat beberapa motosikal empat silinder kapasiti kecil di pasaran pada abad-abad 80-an dan 90-an. Mereka termasuk Honda CB250, Honda CBR400, Honda CB400 Four VTEC dan VTEC II, Honda VFR400 NC30 (serupa RC30!), dan sudah tentu Kawasaki ZXR-250 dengan “hos mesin basuh.” Namun, pengeluar-pengeluar beralih kepada enjin silinder tunggal dan silinder kembar, kemungkinan besar untuk memudahkan penyelenggaraan dan mengurangkan kos penyelenggaraan.

Honda VFR400 NC30

Baru-baru ini, Kawasaki membuat kejutan dengan mengeluarkan Ninja ZX-25R, diikuti motosikal sport empat silinder Ninja ZX-4R.

Adakah Honda, pembuat motosikal terbesar di dunia akan membiarkan saingan mereka yang berwarna hijau bermaharajalela dalam kedua-dua segmen ini? Sudah tentu tidak!

Sebenarnya, Honda dan Kawasaki telah pun mempunyai model empat silinder 400cc di pasaran Jepun, tetapi Kawasaki mengambil langkah untuk melancarkannya ke pasaran dunia.

Honda CBR400R di Jepun menggunakan enjin yang diperoleh daripada enjin dua silinder CBR500R, yang juga boleh didapati di Malaysia. Walaubagaimanapun, gereknya (bore) dikurangkan daripada 66.8mm kepada 56.6mm, sementara lejangnya (stroke) kekal pada 67mm. Langkah ini mengurangkan kapasiti enjin daripada 471cc (silinder kembar) kepada 399cc (empat silinder).

Bagi model Honda, Motorcycle.com berkata bahawa mereka telah melihat permohonan paten syarikat itu di A.S. yang ditandakan sebagai “Honda CBR400R Four.” Walaupun dokumen paten tidak semestinya diterjemahkan kepada produk akhir, ia menunjukkan bahawa syarikat itu agak berminat dalam segmen tersebut.

Siapa yang tidak mahu enjin empat dapur dengan bunyi menderu dengan harga yang berpatutan, kan?

Dainese, jenama pakaian pelindung motosikal legenda dari Itali nampaknya sedang berkembang pesat di Malaysia.

Kini di bawah naungan Ten Thousand Holdings Sdn Bhd, pengimport dan pengedar Dainese di Malaysia, jenama ikonik ini kini lebih mudah diakses oleh peminatnya berbanding sebelum ini. (more…)

Bersiap sedia untuk acara dua roda paling hebat tahun ini! Hulala Bike Fiesta 2024, yang dianjurkan oleh GB Motorcycles Sdn Bhd dan Sheng Fatt Motor, akan berlangsung di Penang Juru City Concept Hall minggu ini (6, 7 dan 8 September). Jika anda peminat motosikal, ini adalah acara yang tidak boleh dilepaskan! (more…)

Tahukah anda bahawa motosikal MotoGP tidak menggunakan ABS (sistem brek anti-kunci)? Malah, sistem itu turut tidak digunakan dalam kategori Moto2 dan Moto3.

Jawapan ringkasnya ialah ABS diharamkan oleh badan induk MotoGP, iaitu FIM. Malah, ia turut diharamkan dalam Kejohanan Superbike Dunia (WSBK). Sebaliknya, ABS dibenarkan dalam Kejohanan Dunia FIM Endurance. Terdapat beberapa sebab di sebalik ini, yang akan kami huraikan di sini.

1. Aksi membrek harus menjadi kemahiran penunggang

Marc Marquez dan Dani Pedrosa pernah mencuba sistem itu pada 2014 dan ia terbukti berfungsi dengan baik terutamanya dalam cuaca basah.

Bagaimanapun, FIM menganggap tindakan membrek harus dibiarkan sebagai suatu kemahiran pelumba dan persediaan pasukan masing-masing, dan bukannya membiarkan penunggang hanya perlu membrek dan sistem mengendalikan tindakan brek sebenar.

Lihatlah sejauh mana pembangunan aerodinamik telah dicapai dalam beberapa tahun yang singkat. Ia telah sampai ke peringkat dimana penunggang perlu menunggang motosikal mereka seperti bagaimana mesin mereka hendak ditunggang, bukannya bagaimana pelumba mahu menunggang motosikal mereka.

2. Jarak brek dan berhenti yang lebih jauh

Jarak membrek boleh menjadi lebih jauh, memandangkan cara sistem ABS beroperasi. Jadi sekali lagi, tanggungjawab untuk membrek kembali kepada penunggang dan pasukan mereka.

3. Untuk melarang pembangunan berlebihan

Walaupun tidak dinyatakan secara jelas, ramai orang dalam MotoGP berkata bahawa Dorna dan FIM tidak mahu kilang-kilang membangunkan teknologi ABS ke tahap di mana pembangunan memerlukan kos yang terlalu tinggi, yang bertentangan dengan hasrat Dorna untuk mengurangkan kos agar lebih banyak pengeluar akan menyertai perlumbaan. Sistem brek karbon-karbon MotoGP sudah pun berharga USD20,000.

Jadi, itulah sebab-sebabnya mengapa ABS tidak dibenarkan dalam MotoGP.

Michelin Malaysia dan KTM Asia mengumumkan kerjasama mereka yang rasmi di Asia Tenggara, dijalin untuk memacu kecemerlangan sukan permotoran dengan mencabar batasan prestasi, inovasi, dan daya tahan. Usaha sama luar biasa antara dua peneraju industri ini akan dirungkaikan di acara Rimba Raid edisi 2024 yang dinanti-nantikan ramai, iaitu perlumbaan kembara motosikal terbesar di dunia yang mengambil tempat di Lembah Lenggong, Malaysia yang indah, dari 25 hingga 29 September.

Tahun ini, Rimba Raid akan mempamerkan integrasi yang sempurna antara teknologi tayar bertaraf dunia Michelin dan motosikal prestasi berkuasa tinggi oleh KTM serta slogan “READY TO RACE” mereka.

Kolaborasi ini akan diketengahkan oleh sebuah pasukan handal yang dianggotai lima pelumba elit dari Singapura, Malaysia, dan Korea Selatan. Pasukan berkenaan akan menunggang motosikal KTM 890 ADVENTURE R yang dimuatkan dengan tayar MICHELIN Enduro Medium yang popular daripada Michelin, dirumus untuk kawalan yang cemerlang dengan blok bunga tayar berekaan rumit bagi menjamin cengkaman dan kestabilan di atas landasan yang mencabar.

Berpegang kepada falsafah KTM, motosikal ini akan tampil di garisan permulaan dalam hampir bentuk yang asal, membawakan penambahbaikan KTM POWERPARTS secara terus daripada katalog rasmi. Jentera yang mengagumkan ini akan dibelakangi oleh sebuah pasukan teknikal dari pihak Michelin dan juga KTM Asia, memastikan prestasi yang optimum sepanjang acara tersebut.

Prichapakorn Dangrojana, Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura, dan Brunei, menyatakan “Di Michelin, tayar kami melambangkan prestasi dan daya tahan tinggi yang dikehendaki bagi mengharungi landasan-landasan yang paling mencabar. Menerusi usaha sama dengan KTM Asia, kita bukan sahaja menaik taraf pengalaman perlumbaan – tapi juga memacu kecemerlangan sukan permotoran ke hadapan, sejajar dengan inisiatif #WeRaceForChange kita, yang memberi fokus kepada kemampanan, diversiti, dan inovasi dalam sukan permotoran. Melalui usaha sama ini juga, kita bukan sahaja mencabar batasan prestasi tapi turut bantu mencorak alaf baharu yang lebih mampan dan terangkum bagi sukan perlumbaan.

Enrico Remigio, Pengurus Besar KTM Asia, turut berkongsi, “KTM teruja untuk berkolaborasi dengan rakan pengeluar tayar yang benar-benar memahami tuntutan ekstrem dalam temasya perlumbaan yang penting seperti ini. Usaha sama ini membuktikan dedikasi yang dikongsi bersama terhadap kecemerlangan sukan permotoran, dan kami teruja untuk melihat kolaborasi ini berdepan ujian yang terhebat di Rimba Raid Lenggong 2024.

Bersedia untuk Berlumba di Rimba Raid Lenggong 2024

Dikenali sebagai acara yang paling mencabar dalam arena temasya perlumbaan seumpamanya, Rimba Raid mencabar penunggang dan jentera mereka sehabis- habisnya. Dengan kurang daripada separuh peserta yang berjaya menyudahkan dua edisi yang lalu, reputasi perlumbaan ini telah terbina atas cabaran ekstremnya yang menuntut prestasi serta daya tahan di tahap yang tertinggi.

Pada tahun 2023, Rimba Raid telah menggamit penyertaan 279 orang pesaing yang mendahagakan keterujaan dari 24 buah negara, termasuk 21 orang pelumba wanita, menyuluh sisi tarikan global dan keterangkuman acara ini.

Perlumbaan ini juga berfungsi sebagai sebuah pameran dinamik bagi jenama-jenama motosikal yang terkemuka, di mana 19 pengeluar motosikal merebut peluang untuk mengetengahkan produk dan perkhidmatan mereka yang tercanggih.

Baru-baru ini tular kes di mana beberapa kenderaan 4×4 diparkir di dalam sebuah sungai. Tindakan pemilik kenderaan demikian telah rata-rata dikecam netizen. Apapun, masih tiada apa kenyataan daripada mana-mana pihak berkuasa samada pemilik-pemilik kenderaan tersebut akan dikenakan tindakan undang-undang.

Sehubungan itu, Penasihat Persatuan Pembangunan Pelancongan Eko Perak, Cik Siti Norlizawati Narawi berkata sepatutnya ada satu garis panduan untuk tapak perkhemahan dan rekreasi awam bagi membendung tingkah laku pengunjung yang tidak bertanggungjawab.

Beliau juga berkata isu perbuatan tidak bertanggungjawab lazimnya dilakukan di lokasi tiada pemilik, kerana yang berbayar sudah pun mempunyai garis panduan dan peraturan tertentu yang perlu dipatuhi pengunjung.

Memang hendak kawal orang yang datang ke tempat rekreasi dan perkhemahan awam ini susah sedikit, mungkin kerajaan boleh keluarkan peraturan khusus contohnya jangan buat bising, hormati orang lain dan tidak cemarkan alam sekitar serta sebagainya.

Garis panduan seumpama ini boleh menjadi rujukan kepada mana-mana individu mahupun penduduk setempat untuk menegur perbuatan dan salah laku pengunjung.

Sekiranya didapati mereka melanggar garis panduan ini, mungkin ada tindakan tertentu bagi memberi pengajaran,” katanya ketika dihubungi oleh akhbar Harian Metro.

Baru-baru ini viral (tular) kes letak kereta atas air sungai, kita bimbang perbuatan ini boleh menyebabkan minyak kenderaan itu turun mengalir dan mencemarkan sungai sehingga membuatkan orang lain yang bermandi manda di kawasan sama tidak selesa.

Ada juga makan atas letak meja dan kerusi atas air. Aspek keselamatan satu hal kemudian cuci pinggan pula dalam sungai itu menyebabkan kualiti air kotor dengan sisa makanan seperti tulang ikan dan ayam.

Impaknya mungkin kita tak nampak sekarang, namun, apabila ada sesuatu kejadian berlaku baru kita ambil langkah pencegahan. Cegah lebih baik dari merawat.

Perbuatan seperti ini sepatutnya tidak berlaku, malah semua pihak perlu ada kesedaran dengan menjaga tingkah laku, tutur kata serta tidak mengotorkan kawasan itu kerana segala perbuatan tidak baik kepada alam sekitar sudah pasti akan memberi impak negatif dan buruk,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut mengenai sukan-sukan lasak seperti motosikal enduro dan jelajah 4×4.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube