Bikesrepublic

Berita Terkini

Sime Darby Motors menawarkan peluang memenangi sebuah motosikal BMW G 310 R bagi yang membuat pembelian kereta di roadshow Sime Darby Motors DreamRide yang akan berlangsung di 1 Utama (Highstreet dan Oval) dari 22 hingga 26 Julai ini.

Roadshow ini melibatkan pelbagai jenama di bawah payung Sime Darby Motors antaranya BMW, MINI, BMW Motorrad, Ford, Hyundai, Jaguar, Land Rover dan Volvo.

Acara ini juga akan melibatkan semua model baharu antaranya:

  • BMW 330i
  • BMW 530e M Sport
  • BMW M5
  • BMW X3
  • BMW 750Le
  • MINI Cooper Countryman plug-in Hybrid
  • MINI 3/5 Door
  • BMW C 400 X
  • BMW R 1250 GS Adventure
  • BMW S 1000 XR
  • BMW Rnine T/ F 900 R
  • Ford Ranger Raptor dan WildTrak
  • Hyundai Santa Fe
  • Grand Starex
  • IONIQ Hybrid
  • Jagyar F-Pace
  • Land Rover Evoque dan Velar
  • Volvo XC60 dan XC40

Pengunjung juga berpeluang memandu uji beberapa kenderaan yang disediakan.

BMW R 1250 GS Adventure

Bukan itu sahaja, pelbagai promosi istimewa ditawarkan kepada pelanggan individu dan korporat termasuk mereka yang berminat untuk ‘trade-in’ kenderaan lama.

Pengarah Urusan Sime Darby Motors Retail & Distribution, Jeffrey Gan menyifatkan acara ini sebagai cara untuk menawarkan pengalaman unik kepada pelanggan.

BMW 530e M Sport

“Ini merupakan roadshow seumpamanya oleh Sime Darby Motors yang melibatkan pelbagai jenama. Kami harap dapat memberikan pengalaman unik kepada pelanggan dengan menempatkan di kompleks beli-belah.

“Pada masa sama, pengecualian cukai jualan merupakan peluang terbaik untuk pelanggan mendapatkan kenderaan pilihan,” jelasnya.

Sementara itu, pelanggan juga berpeluang bawa balik hadiah misteri dari Braun Buffel.

Pelumba negara, Hafizh Syahrin mempamerkan tunggangan mantap untuk menamatkan aksi Moto2 di kedudukan ke-6 di GP Sepanyol, semalam.

Pelumba Aspar Team itu berjaya mengutip 10 mata meskipun pada awalnya memulakan perlumbaan di kedudukan ke-15.

“Saya gembira dengan keputusan perlumbaan ini, dari kedudukan ke-15 dan naik ke tempat ke-6 merupakan kebangkitan yang baik.

“Saya rasa mampu beri tentangan terhadap kelompok depan tetapi bermula di kedudukan belakang menyukarkan keadaan. Kami tidak bernasib baik dengan pemilihan tayar ketika sesi kelayakan kedua (Q2),” jelasnya.

Hafizh terpaksa kembali ke Moto2 selepas dua tahun bergelut di kelas premier ketika bersama pasukan Tech3.

Aron Canet

Menariknya, ketika pelumba lain menggunakan jentera Kalex, Hafizh dan rakan sepasukan Aron Canet (tempat ke-5) berjaya memberi tekanan meskipun dengan jentera Speed Up.

Malah, Hafizh turut mengatasi dua pelumba daripada pasukan Petronas, Xavi Vierge (ke-19) Jake Dixon (ke-23) dan turut menjadi ‘highlight’ pengulas ketika dia memintas Vierge.

Aksi Moto2 bersambung di GP Andalucia litar sama hujung minggu ini

Marc Marquez bakal diketepikan buat sementara waktu daripada saingan MotoGP susulan mengalami kemalangan ngeri di GP Sepanyol, semalam.

Marquez merupakan fokus perlumbaan semalam sebelum alami kemalangan apabila dia yang bermula di petak ketiga, terbabas dan terpaksa mengejar semula kelompok depan dari kedudukan ke-16.

Dia kemudiannya mempamerkan tunggangan agresif untuk memintas pelumba lain dengan mudah sehingga berjaya menempatkan diri kembali di kedudukan ketiga.

Dalam usaha mengejar Maverick Vinales di tempat kedua, dia mengalami highside di selekoh sama lalu meranapkan peluangnya mengutip sebarang mata dalam aksi pembukaan musim ini.

Sumber: MotoGP @ Twitter

Kemalangan itu turut menyebabkan lengan tangannya disahkan retak.

Insiden tersebut turut dijangka memberi kesan terhadap usahanya mempertahankan kejuaraan kelas premier selepas Fabio Quartararo memenangi perlumbaan semalam.

Sementara itu, Marquez akan ke Hospital Univeritari Dexeus di Barcelona hari ini bagi menjalani pembedahan.

Dia dijangka akan terlepas beberapa pusingan musim ini dengan pusingan kedua (GP Andalucia) akan bersambung hujung minggu ini di litar sama.

Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo, menghadiahkan kejuaraan sulung buat dirinya dan pasukan dalam aksi pembukaan tirai di Gran Premio Red Bull De Espana, hari ini.

Ini merupakan kejuaraan sulung Quartararo dan pasukan Petronas SRT di pentas MotoGP.

Quartararo – yang menunggang jentera M1 Factory Spec – mempamerkan tunggangan mantap sebaik perlumbaan bermula dengan berjaya mengekalkan kedudukan selaku pendahulu sehingga tamat aksi.

Dia turut muncul sebagai pelumba Perancis pertama dalam tempoh 21 tahun untuk menjuarai kelas premier MotoGP.

Tempat kedua jadi milik pelumba Factory Yamaha, Maverick Vinales diikuti pelumba Ducati, Andrea Dovizioso.

Bagaimanapun, pelbagai drama berlaku di belakang Quartararo dengan penyandang juara, Marc Marquez gagal mengutip sebarang mata.

Marquez yang bermula di petak ketiga, jatuh ke kedudukan ke-16 apabila jenteranya hilang kawalan.

Dia kemudiannya berjaya mengejar kelompok depan sehingga menempatkan dirinya kembali di kedudukan ketiga setelah memintas Pol Espargaro, Franco Morbidelli, Jack Miller dan Andrea Dovizioso dengan mudah.

Sumber: MotoGP @ Twitter

Bagaimanapun, dalam percubaan untuk mengejar tempat kedua, Maverick Vinales, dia mengalami ‘highside’ lantas kemalangan dengan rakaman televisyen memaparkan dia kemungkinan alami kecederaan teruk di lengan kanan.

Dalam perkembangan lain, pelumba negara, Hafizh Syahrin berjaya menamatkan aksi Moto2 dikedudukan ke-6 sekaligus mengutip mata pertama (10 mata) musim ini.

Ini merupakan pencapaian terbaiknya musim ini selepas merekodkan kedudukan ke-19 dalam aksi pertama di Litar Losail, Mac lalu.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Kasma Daniel dari pasukan Onexox TKKR SAG Team menamatkan aksi di ekdudukan ke-22.

Sempena meraikan ulang tahun ke-40 GS, BMW Motorrad memperkenalkan F 750 GS, F 850 GS dan F 850 GS Adventure edisi khas.

Kesemua unit ini telah didatangkan dengan kombinasi warna hitam dan kuning sementara rim jejari terdapat pada F 850 GS dan GS Adventure didatangkan degnan warna keemasan.

F 850 GS Adventure

Model edisi 40 tahun ini juga didatangkan dengan pengecas USB, Cornering ABS dan traction control sebagai standard.

Bagaimanapun, F 850 GS dan GS Adventure dilengkapi dengan penghadang angin boleh laras termasuk tempat letak GPS.

F 850 GS

Sementara itu, aspek enjin masih sama dengan F 750 GS menawarkan 75.3hp pada 7,500rpm dan 83Nm pada 6,000rpm manakala varian F 850 GS dan GS Adventure menawarkan 92.5hp pada 8,250rpm dan 92Nm pada 6,250rpm.

F 750 GS

BMW Motorrad mendedahkan model edisi khas ini akan mula ditawarkan September ini.

Pakar ubahsuai motosikal di Thailand, K-Speed sentiasa mencuri tumpuan setiap kali mereka memperkenalkan projek baharu.

Kali ini, mereka telah ‘mengerjakan’ sebuah Bajaj Dominar D400 – dijenamakan sebagai Modenas di Malaysia – yang diberi nama Diablo Cyclops.

Ubahsuai ini cukup drastik sehinggakan tiada siapa yang mampu menyangka ini merupakan Dominar D400.

K-Speed mendedahkan jentera tersebut ketika di Bangkok International Motor Show 2020 baru-baru ini.

Menurut K-Speed mereka telah melaksanakan beberapa perubahan ketara antaranya, subframe baharu, tayar knobby, crash guard kustom, sistem ekzos baharu, handlebar dan tempat duduk kustom.

Bagaimanapun, beberapa aspek daripada Dominar turut dikekalkan antaranya tangki, dan perimeter frame malah sistem brek dan rim aloi juga diguna semula.

Bahagian lampu depan Dominar juga digantikan dengan rekaan yang luar biasa.

Meskipun drastik namun perubahan tersebut hanya melibatkan aspek estetik manakala enjin 373.3cc ini tidak diusik.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube