Bikesrepublic

Berita Terkini

Model Triumph Tiger 660 Rally berkemungkinan sedang dibangunkan bagi melengkapi banjaran model 660 tiga silinder.

Triumph amat fasih dalam strategi menghasilkan model-model motosikal tetapi berasaskan platform yang sama. Contohnya: Banjaran 400cc bersilinder tunggal, banjaran Bonneville dwi-silinder 900cc dan 1200cc, banjaran Tiger 900cc dan 1200cc tiga silinder, dan banjaran 660cc tiga silinder yang amat popular.

Platform yang terakhir itu telah menghasilkan tiga model iaitu Trident 660, Daytona 660, dan Tiger Sport 660. Model Trident merupakan jenis roadster/naked, manakala Daytona merupakan sportbike, dan Tiger Sport 660 ialah sport-tourer. Namun, tiada model adventure (lasak) Triumph Tiger 660 Rally di dalam rangkaian itu.

Pembuat yang berpusat di Hinckley, UK ini amat peka terhadap hakikat ini. Sekmen adventure 700cc sedang hangat direbut oleh pembuat-pembuat motosikal. Pembeli motosikal adventure gemar kepada sekmen ini kerana ia terdiri daripada motosikal yang lebih besar daripada model 250cc-500cc tetapi tidak sebesar, seberat, dan semahal model-model 900cc-lebih daripada 1000cc. Antara model-model adventure sekmen pertengahan ialah Aprilia Tuareg 660, Honda XL750 Transalp, KTM 790 Adventure, dan Yamaha Tenere 700.

Fanning this rumour is Triumph Motorcycles Mumbai with a post in their Facebook page pointing to a reveal at the 2024 EICMA motorcycle expo.  This may of course be over-enthusiasm and taken with with a pinch of salt, but Triumph is aggressive as usual in populating each segment. Only thing that remains to be seen if the final bike will have Rally and/or Rally Pro designations.

Khabar angin ini sebenarnya dimulakan oleh Triumph Motorcycles Mumbai melalui ciapan di akaun Facebook mereka. Mereka berkata lagi yang model baharu ini mungkin akan dilancarkan di ekspo EICMA 2024 kelak. Mungkin ciapan ini kerana mereka agak teruja tetapi Triumph amat agresif dalam pembangunan model-model motosikal bagi mengisi semua jurang!

Produksi superbike Yamaha YZF-R1 dan Yamaha YZF-R1 M bakal dihentikan.

Berita ini disahkan di dalam laman web rasmi Yamaha UK yang menyebut:

“Yamaha Motor Group telah mengambil keputusan untuk tidak membangunkan versi R1 atau R1M yang menepati piawaian emisi Euro5+. Sebaliknya (kami) akan menumpukan perhatian terhadap strategi perniagaan dan produk jangka sederhana yang akan memberikan peluang masa depan.”

Ia bermaksud Yamaha mengikut jejak langkah Suzuki yang turut memberhentikan produksi superbike GSX-R1000R. Walaupun begitu, berita ini tidaklah sebegitu mengejutkan kerana semakin ramai pembuat motosikal yang beralih kepada pembuatan model-model yang lebih mudah ditunggang dan lebih mampu milik. Yamaha sendiri telah mengorak langkah terhadap strategi ini dengan penghasilan model YZF-R7 yang berasaskan MT-07. Mereka juga akan melancarkan model YZF-R9 yang berasaskan MT-09 tidak lama lagi.

Terdapat beberapa lagi faktor kenapa R1 dan R1M akan dihentikan:

  • Pembangunan enjin dan model baharu yang menepati piawaian Eruo5+ yang amat ketat akan menelan belanja yang amat tinggi, tetapi untuk pulangan yang tidak berapa lumayan.
  • Model R1 telah mengambil tempat sebagai sebuah motosikal sport yang disegani sejak pelancarannya pada 1998. Ia merupakan superbike Yamaha yang akhirnya menghentikan dominasi Honda CBR900. Apapun, Yamaha masih tidak dapat menjual sebanyak R1 yang diharapkan jika dibandingkan dengan Kawasaki Ninja ZX-10R/ZX-10RR, BMW S 1000 RR, dan Ducati Panigale.

  • Kebanyakkan penunggang telah beralih kepada motosikal yang lebih mudah ditunggang dan boleh digunakan untuk berbagai kegunaan seperti jenis sport-touring, dwi-sport, serta adventure. Motosikal-motosikal ini dapat ke mana sahaja, memberikan keselesaan kepada penunggang dan pembonceng, boleh membawa barang, serta boleh dipasang dengan berbagai aksesori berbanding dengan sebuah superbike.

  • Tahap prestasi superbike kini dan yang akan datang telah menjangkaui kemahiran kebanyakan penunggang motosikal.
  • Kondisi jalan yang tidak bertambah baik di seluruh dunia. Sebaliknya menunggang superbike di atas jalan raya awam seperti ianya sebuah litar hanya akan mengundang bahaya dan tragedi.
  • Dan harga superbike yang amat tinggi.

Namun, manalah tahu jika Yamaha YZF-R1 dan Yamaha YZF-R1 M yang lulus Euro 6 akan kembali penghujung dekad ini.

Kastam negeri Perlis menyita 9 motosikal jenis superbike yang didakwa cuba diseludup ke Malaysia.

Pengarah jabatan tersebut, Tn. Ismail Hashim berkata jumlah motosikal itu mencecah RM416,5000 dengan anggaran cukai duti sebanyak RM715,130.

“Pihak JKDM Perlis melakukan pemeriksaan terhadap 9 motosikal berkuasa tinggi tanpa nombor pendaftaran di lorong masuk pos Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian.”

Antara model yang disita melibatkan Honda CBR1000RR, BMW S 1000 RR, Yamaha YZF-R1, Aprilia RSV4 dan MV Agusta. Penyitaan dilakukan selepas didapati tiada dokumen pembayaran cukai dan permit import yang sah.

“Modus operandi digunakan adalah membawa masuk motosikal tersebut yang diikrarkan untuk tujuan perlumbaan menggunakan lori pengangkut dan didakwa dalam perjalanan menuju ke Sepang, Selangor. Maklumat turut mendapati beberapa buah motosikal itu didakwa dimilikki individu berasal dari Eropah, Hong Kong dan negara-negara lain namun ia menimbulkan keraguan kerana tiada dokumen lengkap seperti nombor casis disertakan bersama,” jelasnya.

Pihak JKDM negeri sakan menyiasat lanjut daripada samada ia berkait dengan aktiviti penyeludupan motosikal berkuasa tinggi dengan rangkaian sindiket antarabangsa atau sebaliknya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 133(1)(f) Akta Kastam 1967 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya,” kata Tn. Ismail.

Sumber: Berita Harian Online

 

 

Boon Siew Honda telah mengumumkan satu warna baharu bagi Honda RS-X (2024).

Warna baharu ini digelar Mat Ion Blue Metallic. Ia amat berlainan dengan warna-warna yang ditawarkan sebelum ini dan membuatkan motosikal nampak lebih stealth. Ia boleh didapati di pengedar Honda yang sah dan terpilih di seluruh negara mulai 22 Febuari 2024. Harga jualan Honda RS-X 2024 ini ialah RM9,798 tidak termasuk cukai jalan, insuran dan pendaftaran.

Model Honda RS-X tetap mendapat sambutan yang agak hangat di negara ini walaupun terdapat beberapa ciri yang “aneh” yang telah dilaporkan oleh pembeli sebelum ini. Antara sebab populariti motosikal ini ialah enjin 150cc, DOHC yang menghasilkan 15.8hp (11.8kW) pada 9,000 RPM dan tork maksimum 13.6Nm pada 7,000 RPM. Kuasa enjin ini dihantar melalui kotak gear 6 kelajuan. Sesiapa yang pernah menunggang RS-X akan berkata ia memberikan pecutan yang kuat khususnya pada RPM rendah dan sederhana. Sifat enjin membuatkannya amat sesuai bagi tunggangan dalam bandar.

Selain daripada itu, rekabentuknya pun agak menarik yang membuatkannya kelihatan lebih besar. Honda menggelar rekabentuk ini sebagai maskulin iaitu dalam istilah lain, “sado.” Rekabentuk ini ditambah dengan beberapa ciri seperti ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) 1-alur (1-channel). ABS 1-alur bermaksud ia hanya berfungsi untuk 1 roda, dalam kes ini roda depan. Tetapi ada ABS 1-alur lebih baik daripada tiada langsung!

Ciri-ciri lain termasuklan lampu-lampu LED serta papan meter digital.

Motosikal Ducati Streetfighter V4 S pun sudah merupakan “taikor” yang paling berkuasa  di kalangan motosikal hypernaked dengan enjin tanpa turbo/supercharger. Tetapi Ducati sekarang sering bekerjasama dengan pembuat-pembuat otomobil serta penghasil produk gaya hidup bagi menghasilkan model-model yang lagi mengancam, seperti Ducati Streetfighter V4 S Supreme Edition ini.

Pembuat pakaian jenama Supreme pula tidak pernah segan daripada menghasilkan gaya fesyen yang menyelah. Oleh itu, motosikal ini dipenuhi dengan logo-logo serta corak Supreme.

Penggunaan logo serta warna seperti ini membuatkan sebuah motosikal yang sudah agak agresif kepada sesuatu yang lebih garang lagi. Mula-mula sekali anda akan melihat corak warna dan kemudiannya kepada logo Supreme yang amat besar yang diletakkan daripada sebelah kiri ke sebelah kanan tangki. Selain daripada itu, terdapat juga logo di bahagian ekor motosikal, serta pada rim-rim yang dicat warna putih.

Tambah lagi, pembli motosikal ini turut boleh menambahkan sebuah topi keledar Arai Corsair-X (dikenali sebagai RX-7X di sini) yang juga menggunakan warna Supreme. Corak topi keledar ini dihasilkan khas sebagai pelengkap untuk motosikal Ducati Streetfighter V4 S Supreme Edition ini.

Namun, kesemua aspek dan ciri mekanik serta elektronik kekal sama, termasuklah enjin Desmosedici V4 Stradale yang amat berkuasa: 208hp dengan tork 133.4Nm.

Bahagian casisnya terdiri daripada fork depan Öhlins NIX 30 berukuran 43mm dengan kawalan elektronik, manakala monoshoknya merupakan Öhlins TTX 36 juga dengan kawalan elektronik. Sistem breknya terdiri daripada kaliper Brembo Stylema Monoblock (yang berwarna merah) di depan dan kaliper terapung tunggal di belakang.

Terdapat juga segala ciri kawalan elektronik seperti kawalan cengkaman selekoh, kawalan “wheelie,” kawalan gelongsoran, kawalan lepasan, serta macam-macam lagi seperti pada model-model Ducati yang berprestasi tinggi.

Ducati belum mengumumkan harga motosikal ini dan di pasaran manakah ia akan dijual.

– Bajaj telah akhirnya memperkenalkan Pulsar NS200 yang dinantikan setelah berbulan-bulan menunggu.

– Meskipun belum sepenuhnya diperkenalkan, iklan TV baru telah menunjukkan lampu hadapan LED yang telah diperbaharui dengan DRL LED bersepadu, menandakan perubahan dari reka bentuk model sebelumnya.

– Pulsar NS200 2024 juga mempunyai konsol instrumen digital yang direka semula dan gear suis yang dikemas kini, menyerupai penambahbaikan terkini.

– NS200 yang sedang digunakan sebelum ini, diperkenalkan pada tahun 2012, telah mengekalkan konsol instrumen semi-digital dengan perubahan yang minima.

– Skrin instrumen digital LCD baru menawarkan penyambungan Bluetooth, memudahkan integrasi yang lancar dengan Aplikasi Bajaj Ride Connect, memberi pengguna akses kepada panggilan, mesej teks, kekuatan isyarat mudah alih, kesihatan bateri, dan navigasi.

– Gear suis yang dikemas kini memperkenalkan butang Mod yang khusus untuk menavigasi fungsi paparan instrumen LCD yang baru.

– Bajaj Pulsar NS200 menerima penyegaran visual dengan grafik yang lebih sporty, decal, dan pengenalan pilihan warna baru seperti Hitam Licin Ebony, Mutiara Putih Metalik, Merah Anggur Koktel – Putih, dan Kelabu Pewter – Biru.

– Meskipun mengekalkan kekuatan mekanikalnya, NS200 terus menampilkan fork USD dan ABS dua saluran standard.

– Sistem brek terdiri daripada cakera 300 mm dan 230 mm di bahagian hadapan dan belakang, masing-masing, bersama dengan penyerap hentakan mono Nitrox di bahagian belakang.

– Kedua-dua roda hadapan dan belakang dipasang dengan tayar 17 inci (100/80 hadapan dan 130/70 belakang).

– Penggerak NS200 adalah enjin 199.5 cc, sejuk cecair, spark tiga kali, 4-ventil, FI DTS-i, memberikan kuasa maksimum 24.5 PS dan tork puncak 18.74 Nm. Ia dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan.

– Dengan pembaharuan ini, Bajaj Pulsar NS200 2024 mungkin akan mengalami kenaikan harga yang sederhana.

– Bagi rakyat Malaysia, Bajaj Pulsar dikenali sebagai Modenas Pulsar kerana ia dipasang dan diedarkan oleh pengilang motosikal kebangsaan.

– Pulsar telah mencapai kejayaan kerana ia menawarkan nilai yang baik untuk wang, tetapi pembaharuan telah terhenti untuk sementara waktu dan kini Pulsar kelihatan dan terasa ketinggalan berbanding dengan pesaing. Jadi, sudah tiba masanya model Malaysia diperbaharui.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube