Bikesrepublic

Berita Terkini

BMW Malaysia akhirnya merasmikan BMW M 1000 R 2023 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM158,500. 

Meskipun dibangunkan dengan platform S 1000 R namun M 1000 R ini mendapat enjin yang sama seperti M 1000 RR. Hasilnya, model M baharu ini menawarkan 205hp  pada 13,000rpm dan 112Nm pada 11,000rpm. 

Naik taraf pada sistem ShiftCam juga menyaksikan tork meningkat dari 10,000rpm kepada 

12,000rpm dengan ‘redline’ diletakkan pada 14,600rpm berbanding 12,000rpm pada S 1000 R. Berdasarkan angka tersebut, ini bermakna M 1000 R juga jentera yang boleh beraksi cemerlang di litar lumba. 

Selain itu, M 1000 R 2023 ini juga datang dengan sproket lebih pendek, 47 berbanding 45 pada S 1000 R.

Gear 4, 5 dan 6 juga lebih pendek agar M 1000 R ini lebih mesra ketika tunggangan dalam bandar. Bagi pengalaman yang lebih mengujakan, BMW M 1000 R ini juga dilengkapi Shift Assistant Pro (quickshifter) secara standard. Menariknya operasi sistem ini boleh diselaraskan sama ada mengikut tukaran gear konvensional atau gear GP.

Pakej elektronik pula terdiri daripada empat mod menunggang; Rain, Road, Dynamic dan Race manakala tiga mod lagi boleh diaktifkan ketika dalam litar; Race Pro 1, Race Pro 2 dan Race Pro 3.

Ciri lain termasuk Dynamic Traction Control (DTC) yang merangkumi wheelie-limitation, pit-lane limiter, launch control dan hill-start control (HSC). 

Bagaimanapun, tumpuan utama sudah tentu terarah pada bahagian panel badan yang dilengkapi winglet aerodinamik.  Menurut BMW, selain daripada menonjolkan rupa agresif M 1000 R ini, winglet tersebut juga berfungsi menghasilkan ‘downforce’ sehingga 10kg pada kelajuan 218km/j. 

Brek pula dikendalikan cakera brek berkembar 320mm yang dipadankan bersama kaliper brek 4-pot di depand an cakera brek 220mm dengan kaliper 1-pot dibelakang. Brek juga diselia dengan ABS Pro dan Brake Slide Assist.

Akhir sekali, segala informasi jentera boleh diakses menerusi skrin TFT berwarna 6.4-inci. 

Peruntukan RM1.7bilion telah diluluskan bagi melebarkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dalam usaha menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya terutamanya ketika musim perayaan. 

Perkara itu disampaikan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad yang turut memaklumkan projek pelebaran itu akan melibatkan pembinaan sebuah lagi terowong. 

“Kita baru lulus RM1.7 bilion nak melebarkan semula highway (lebuhraya) Karak daripada lorong yang ada,” jelasnya. 

Memetik laporan Astro Awani, projek berkenaan akan bermula pada Julai ini dan akan memakan masa tiga tahun. – Astro Awani

Ducati Malaysia dengan rasminya melancarkan Ducati Monster SP 2023 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM98,900.

Model SP ini membuat penampilan sulung di Ducati World Premier 2023 yang berlangsung pada September tahun lalu. 

Berbanding varian Monster dan Monster + sedia ada, SP merupakan varian tertinggi dalam portfolio Ducati. Oleh itu, Monster SP ini didatangkan dengan pelbagai ciri premium yang bukan hanya menonjolkan lagi rupa Monster malah meningkatkan prestasi di jalan raya. 

Pertamanya, Monster SP dilengkapi dengan fork Ohlins NIX30 boleh laras yang merupakan 600g lebih ringan berbanding fork yang ada pada Monster dan Monster+. 

Sistem brek pula menggabungkan kaliper brek Brembo Stylmea yang dipadankan bersama cakera brek 320mm depan. Monster SP juga dilengkapi dengan ekzos ‘full-system’ dari Termingnoni.

Sebagai pelengkap, Monster SP ini juga didatangkan dengan grafik Ducati MotoGP. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • steering damper
  • Pirelli Diablo Rosso IV
  • mod menunggang (dengan tambahan Wet Mode)
  • launch control

GALERI: DUCATI MONSTER SP 2023

Ducati Malaysia dengan rasminya melancarkan Ducati Panigale V4 R 2023 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM458,900.

Atas kertas, Ducati Panigale V4 R 2023 ini menghasilkan 218hp pada 15,500rpm namun dengan kombinasi ekzos ‘racing’ baharu serta minyak baharu dibangunkan Shell, model 2023 ini mampu mencapai 240.5hp.

Rev maksima jentera 2023 ini juga telah ditetapkan pada 16,500rpm pada gear 6 sekaligus menjaminkan ‘top speed’ yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Kenaikan kuasa yang mendadak itu juga disumbangkan oleh ‘connecting rod titanium’ dan piston disaluti DLC (diamond like carbon coating). Ini merupakan kali pertama ciri itu diperkenalkan pada sebuah motosikal jalan raya. 

Selain itu, Ducati juga menala semula geometri piston dan berjaya menurunkan daya inersia di samping mengurangkan berat piston sebanyak 5gram.

Naik taraf lain diperkenalkan termasuk dua pakej mod menunggang baharu yang merangkumi mod ‘Full’ dan ‘Low’. Mod ‘Full’ bagi yang mahu menikmati prestasi sebenar Panigale V4 R manakala mod ‘Low’ pula menurunkan kuasa kepada 160hp bagi tunggangan dalam kawasan bandar. 

Ducati juga  mengolah semula sistem quickshifter agar pertukaran gear lebih lancar sewaktu throttle separa dan penuh.  Seperti model sebelum ini, Panigale V4 R 2023 masih lagi setia dengan komponen Ohlins namun fork bertekanan NPX25/30 di depan kini menawarkan jarak pergerakan 5mm lebih tinggi. 

Swingarm pivot juga dinaikkan sebanyak 20mm dan tangki kini 17L sama seperti Ducati Panigale V4 S.

Akhir sekali, kesemua model Ducati Panigale V4 R 2023 kini didatangkan dengan nombor siri yang tertera di bahagian ‘steering head’.  

GALERI: DUCATI PANIGALE V4 R 2023

Baru-baru ini telah berlangsungnya Retro Havoc 2023 yang menyaksikan puluhan ribu pengunjung membanjiri kawasan parkir The Curve, Mutiara Damansara. 

Menurut pihak penganjur, edisi 2023 berlangsung meriah dengan lebih 70,000 kehadiran pengunjung direkodkan. 

Acara pada Sabtu itu menyaksikan 1,000 kereta klasik dan 50 motosikal dipamerkan di samping seleksi ‘Automotive Lifestyle’ dari Malaysia, Thailand dan Singapura. 

Bagaimanapun, disebalik kemeriahan edisi ke-8 kali ini, Retro Havoc 2023 turut dicemari dengan beberapa insiden yang tidak sedap didengar. 

Tinjauan di media sosial mendapati beberapa pemilik kereta pameran mendedahkan terdapat pengunjung yang hadir menyentuh dan memegang kereta pameran meskipun sudah diberi amaran bahawa tindakan tersebut tidak dibenarkan. 

Berdasarkan video tular di TikTok ada juga pengunjung yang dengan selamba duduk atas kereta pameran. 

Terdapat juga insiden di mana sebahagian dari komponen kereta tercabut/patah disebabkan pengunjung yang berlari bagi merakam aksi ‘pop & bang’ yang dilakukan segenlitir pemilik kereta. 

Apa pun insiden sedemikian tidak harusnya berlaku apatah lagi setiap pemilik telah pun bertungkus lumus untuk pastikan kereta berada dalam keadaan terbaik. Pihak Retro Havoc sendiri juga telah mengingatkan orang ramai untuk tidak menyentuh kereta dipamerkan di media sosial rasmi mereka beberapa hari sebelum acara berlangsung. 

Tidak dinafikan, permintaan terhadap motosikal segmen ‘adventure’ semakin meningkat dalam tempoh 10 tahun ini. 

Kesan daripada permintaan yang tinggi itu, pengeluar motosikal dunia berpusu-pusu memperkenalkan motosikal ‘adventure’ yang bukan sahaja moden malah mampu milik bagi menyasarkan kumpulan pembeli yang enggan membelanjakan lebih RM100 ribu bagi sebuah ADV. 

Sehubungan itu, kita dapat lihat jenama seperti Benelli menjadi popular menerusi TRK 502 X, Honda dengan CB500X dan terbaru CFMoto 800MT.

Terbaru, QJ Motor turut mengorak langkah sama menerusi SRT 700 X yang baru sahaja diperkenalkan di Eropah. 

Dikuasakan enjin parallel-twin 689cc dengan penyejukan cecair, SRT 700 X ini menawarkan 73.5hp pada 8,000rpm dan 63.7Nm pada 6,000rpm. Meskipun tidak sehebat kuasa ditawarkan Honda XL750 Transalp dan V-Strom 800 DE namun model dihasilkan di China ini pastinya menang dari segi harga ini keranna SRT 700 X ini dipasarkan di Eropah dengan harga hanya EUR6,999 (RM34k). 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk ‘swingarm’ aluminium serba baharu, rim 19-inci depan dan 17-inci belakang pada varian X dan 17” depan serta 17” belakang pada varian standard. Di samping itu, model ADV ini juga dilengkapi lampu LED penuh, ABS dwi-saluran, brek kaliper radial 4-pot depan dan panel meter TFT. 

Menariknya, SRT 700 X ini juga dilengkapi dengan fungsi ‘heated grip’. 

Ketika ini, belum ada info bilakah SRT 700 X ini akan diperkenalkan di Malaysia namun pengedar rasmi, MForce Bike Holdings sudah pun menawarkan SRT 800 disini. 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube