Bikesrepublic

Berita Terkini

Gracshaw Malaysia dengan rasminya memperkenalkan Gracshaw Gennex G535 Japan Edition di pada Jumaat. 

Berlangsung di Terengganu Bike Week 2023, Kuala Terengganu, Gracshaw Gennex G535 Japan Edition tampil dengan enam grafik menarik yang terdiri daripada Kurita, Tsuru, Oda, Japop, Karasu dan Tengu. 

Keenam-enam model ini menawarkan grafik menonjol dengan gabungan warna pelbagai termasuk elemen yang menggambarkan Jepun termasuk ninja, sotong kurita, pedang samurai, dan pahlawan era Shogun. 

Menurut Gracshaw Malaysia model Japan Edition ini ditawarkan pada harga RM420 sahaja. Menariknya, setiap pembelian helmet Japan Edition ini akan turut disertakan dengan bag galas Grachsaw yang berupaya memuatkan sebuah helmet. 

Dalam pada itu, kesemua model Japan Edition ini juga menawarkan ciri ‘double visor’ di samping pad dalam boleh basuh dan digantikan. 

Untuk rekod, Gracshaw Gennex G535 Japan Edition ini datang dengan saiz M hingga XXXL. 

Harley-Davidson dengan rasminya mendedahkan Harley-Davidson X440 hasil kerjasama dengan gergasi motosikal India, Hero MotoCorp. 

Ini bukan kali pertama Harley-Davidson X440 didedahkan kepada umum namun perkongsian kali ini datang dalam beberapa foto rasmi yang memaparkan secara jelas rupa model baharu itu. 

Pertamanya, X440 kelihatan diinspirasikan daripada beberapa model sedia ada Harley-Davidson terutamanya Nightster menerusi tangki bersegi, panel meter bulat, handlebar lebar dan panel badan yang minimal.

Bahagian lampu depan pula menampakkan tulisan Harley-Davidson sementara lampu isyarat kiri dan kanan pula memaparkan logo kecil Harley-Davidson. 

Bagaiamnapaun, tidak dapat dipastikan apakah jenis skrin yang diguna pakai pada panel meter X440 ketika ini. 

Walaupun dibangunkan Hero MotoCorp di India namun rekaan keseluruhan X440 seakan mengikut acuan sama dengan X350 dan X500 yang dihasilkan QJ Motor di China. Senario itu sedikit sebanyak memberi bayangan ketiga-tiga model ini dihasilkan mengikut lakaran oleh Harley-Davidson sendiri. 

Menurut laporan di India, X440 ini dikuasakan enjin satu silinder 440cc yang dijangka menawarkan 30hp. Namun angka kuasa itu hanya akan didedahkan pada pelancaran rasmi yang dijadualkan pada Julai ini. 

Antara ciri ditawarkan termasuk fork depan USD, ABS dwi-saluran dengan kaliper brek Bybre, rim 18-inci depan dan 17-inci belakang serta kerangka jenis tubular. 

Kami menjangkakan X440 ini akan memberi saingan pada beberapa jenama terkemuka di India antaranya Royal Enfield 350 namun pastinya dengan harga yang lebih premiun.  

Bagi yang berasakan warna merah Ducati terlalu garang dan menonjol mungkin akan berminat dengan pilihan warna baharu yang ditawarkan pengeluar motosikal Itali itu bagi tahun 2024. 

Ini kerana Ducati Monster keluaran 2024 didatangkan dengan pilihan warna Iceberg White. 

Pilihan warna baharu itu ditawarkan bagi Monster dan Monster Plus dengan varian Plus dibezakan dengan tempat duduk warna merah dan fairing kecil di bahagian lampu depan. 

Selain daripada Iceberg White, warna sebelum ini antaranya Ducati Red dan Aviator Grey masih lagi dikekalkan. 

Namun begitu Ducati Monster dan Monster Plus masih lagi mengekalkan spesifikasi sama termasuk digerakkan enjin 937cc Testastretta 11-darjah V-Twin yang berupaya menghasilkan 111hp dan 93Nm. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk fork USD 43mm depan, kaliper brek Brembo M4.32 4-pot, cakera brek 320mm depan dan 245mm belakang, Cornering ABS, Ducati QuickShift, traction control, wheelie control dan panel meter TFT 4.3-inci. 

Dalam pada itu, pilihan warna Iceberg White juga ditawarkan pada model SuperSport 950 S. 

Meskipun lumpuh namun senario itu tidak menggugat semangat Mohamad Zulkarnain Mustafa untuk terus cekal mencari rezeki dengan membaiki motosikal. 

Mohamad Zulkarnain, 27, yang juga berstatus orang kurang upaya (OKU) hanya mampu terlantar dikatil ekoran lumpuh daripada paras pinggang ke bawah. 

Namun, dia dengan bantuan adik bongsunya, Mohamad Hazarul Nizam, 13, terus menjalankan perniagaan baik pulih motosikal di hadapan rumah keluarga terletak di Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak. 

Memetik laporan Harian Metro, Mohamad Zulkarnain lumpuh separuh badan selepas terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja pada 2015. Pada waktu kejadian, dia baru sahaja berusia 19 tahun. 

“Selain kerja di gerai ayam goreng di pasar malam, saya juga membuka bengkel membaiki motosikal di rumah secara sambilan tetapi kemalangan itu menyebabkan saya tidak boleh berjalan.

“Selama setahun saya berehat untuk kembali pulih sepenuhnya dan selepas itu barulah saya teruskan minat membaiki motosikal biarpun pergerakan sudah tidak lincah seperti dulu,” katanya. 

Difahamkan, Mohamad Zulkarnain hanya boleh melakukan kerja-kerja baiki motosikal sambil terbaring kerana tidak boleh duduk atas kerusi roda melebihi dua jam kerana perut akan senak dan sakit.

Selain sebagai tapak baik pulih motosikal, katil digunakan itu juga merupakan satu-satunya tempat tidur pemuda tersebut. 

“Saya lebih selesa buat kerja dengan cara berbaring, kalau duduk di kerusi roda agak sukar sedikit. Saya tetap mahu jadi mekanik kerana minat selain tidak mahu kemahiran yang ada terkubur begitu saja,” tambahnya. 

Dalam pada itu, Mohamad Zulkarnain juga akui dalam keadaannya ketika ini, pergerakannya agak terbatas dan kadang-kala menyebabkan tempoh baik pulih sedikit panjang. Namun, situasi tersebut difahami pelanggannya. 

ak banyak motosikal yang dibaiki. Adalah sebuah atau dua saja untuk sebulan kerana kami tinggal di kampung dan di sini juga ada bengkel lain.

“Tetapi bersyukur juga ada kawan dan orang kampung sudi hantar motosikal mereka kepada kami dan saya tetap gembira dengan rezeki ini biarpun pendapatan tidak seberapa,” jelasnya. – Harian Metro

Kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak merancang untuk meneruskan cadangan kerajaan terdahulu untuk mewujudkan litar drag di setiap negeri. 

Memetik laporan MalayMail, kerajaan akan menanggung kos selenggara tinggi sekiranya cadangan itu diteruskan. Penjelasan tersebut dibuat Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bagi memberi respon terhadap soalan MP Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryday Bandy. 

“Buat masa ini, kementerian sedang menumpukan usaha untuk menaik taraf dan membaik pulih fasiliti sukan sedia ada.

“Sekiranya terdapat keperluan untuk membina litar lumba drag, Yang Berhormat boleh menghantar permohonan untuk dipertimbangkan.

“Bagaimanapun, sebarang permohonan pembinaan fasiliti sukan baharu hanya akan dipertimbangkan sekiranya ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Menteri Ekonomi,” jelas Hannah Yeoh. – MalayMail

Susulan menerima permintaan tinggi, Yamaha dengan rasminya memperkenalkan kit reto khas bagi Yamaha XSR900 di Eropah. 

Terdapat dua kit ditawarkan namun kit ‘Racer’ paling mencuri perhatian ekoran diinspirasikan daripada jentera lumba pada era 70 dan 80an. 

Menurut Yamaha, kit ‘Racer’ itu terdiri daripada ‘headlight cowl’ dan ‘seat cowl’ yang membuatkan rupa XSR900 menyerupai jentera ikonik Yamaha pada zaman dahulu. 

Menariknya, ‘headlight cowl’ depan tersebut mengguna pakai bahan jenis gentian kaca sekaligus menjaminkan ketahanan yang lebih baik untuk jangka masa panjang. 

Sementara itu, ‘seat cowl’ di bahagian belakang pula melengkapkan lagi rupa retro XSR900. 

Menurut Yamaha, kit retro tersebut akan mula dijual secara atas talian dan pengedar rasmi Yamaha di Eropah bermula Jun ini. Dalam pada itu, Yamaha juga menawarkan aksesori tambahan lagi antaranya ekzos Akrapovic, 

Untuk rekod, Yamaha XSR900 merupakan motosikal gaya retro yang diperkenalkan Yamaha pada 2016 sebelum menjalani naik taraf besar pada 2022 dengan enjin CP3 890cc baharu. Enjin tersebut berupaya menghasilkan 117hp dan 93Nm.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube