Bikesrepublic

Berita Terkini

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari menafikan dakwaan bahawa harga alat ganti akan naik sehingga 60 peratus.

Baru-baru ini kecoh apabila sesetengah pihak mendakwa harga alat ganti bagi semua kelas kenderaan akan naik sehingga 60 peratus setelah semua sektor ekonomi kembali dibuka sepenuhnya 11 Oktober lalu.

Namun, Madani menjelaskan meskipun perubahan harga yang berpandukan senario semasa boleh berlaku namun pasaran alat ganti di Malaysia tertakluk kepada persaingan oleh pembekal.

“Pengguna mempunyai pilihan untuk memilih produk yang paling kompetitif di pasaran dan jika terdapat keraguan ataupun tidak berpuas hati boleh mengajukan aduan kepada pihak berkuasa,” jelasnya.

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah memaklumkan bahawa tiada peningkatan harga bagi alat ganti Proton dan pengeluar kereta nasional itu tidak bercadang untuk menaikan harga.

“Proton juga memantau harga jualan oleh pengedar alat ganti sah. Ketika ini, tiada tanda akan naik harga,” jelasnya. –BH

Royal Enfield merupakan pengeluar motosikal terbaru untuk membuka kilang operasi dan pemasangan di Thailand selepas Honda, Yamaha, Suzuki, Kawasaki, BMW, Triumph Motorcycles dan Ducati.

Kilang yang terletak di Chachoengsao, Bangkok itu bukan sahaja bakal memasarkan motosikal di Thailand sahaja malah merangkumi seluruh Asia Tenggara.

Pembukaan kilang baharu itu juga menandakan usaha RE untuk terus melipat gandakan usaha perkilangan dan pemasaran motosikal di Asia.

Menariknya, kilang tersebut telah pun beroperasi dengan menghasilkan motosikal bersesaran kecil bersama syarikat Thailand, GPX.

Smeentara itu, Pengarah Eksekutif RE, B. Govindarajan telah pun mengesahkan bahawa kilang tersebut akan memasarkan beberapa model sebagai CKD termasuk Royal Enfield Interceptor 650, Continental GT 650 serta Himalayan.

Demikian kenyataan dibuat Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim susulan rakaman video tular yang memaparkan beberapa ‘marshal’ bertindak menahan dan mengawal trafik di Port Dickson sebelum ini.

Mat Kassim memberi peringatan bahawa orang ramai boleh mengabaikan arahan marshal tersebut sekiranya tiada kehadiran pihak berkuasa.

“Orang awam atau pengguna jalan raya boleh mengingkari perintah marshal ini, sekiranya mereka melakukan tugas-tugas trafik seperti meminta anda memberikan laluan, memberhentikan kenderaan di persimpangan jalan, melencongkan kenderaan anda dan pelbagai lagi.

“Akta Polis 1967 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan dengan memberikan kuasa kepada Pegawai Polis, Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Warden Trafik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengawal lalu lintas di jalan awam,” jelasny.

Setakat ini pihak polis telah pun menahan lima individu yang telah bertindak sebagai marshal di persimpangan lampu isyarat Sua Betong dalam kejadian pada 20 November lalu.

Sekumpulan individu tersebut dipercayai bertindak demikian bagi membenarkan sekumpulan motosikal berkuasa besar meneruskan perjalanan meskipun ketika itu lampu isyarat jelas berwarna merah. – BH

Yamaha telah menghasilkan YZF-R1 GYTR VR46 sebagai penghargaan khas kepada Valentino Rossi yang telah pun bersara dari MotoGP.

Model khas itu didedahkan di EICMA 2021 yang sedang berlangsung di Milan, Itali , ketika ini.

Sebagai penghargaan terhadap pencapaian Rossi – dengan sembilan kejuaraan dunia merangkumi kelas MotoGP, 250cc dan 125cc serta 115 kemenangan dan 235 podium dari 425 perlumbaan – Yamaha menghasilkan jentera R1 khas yang turut memaparkan ‘livery’ khas hasil rekaan Aldo Drudi, individu penting dibelakang setiap rekaan helmet AGV dipakai Rossi.

Selain itu, R1 GYTR VR46 ini menampilkan segala aksesori GYTR 2022 hasil daripada pembangunan di Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) 2021 yang telah pun membantu Yamaha muncul juara menerusi Toprak Razgatlioglu, baru-baru ini.

Jentera khas ini membolehkan Rossi terus menikmati mesin R1 dari Yamaha di litar lumba Misano tidak lama lagi.

Sementara itu R1 GYTR VR46 ini datang serba lengkap dengan kit fairing dan ‘subframe’ gentian karbon dengan tangki yang telah diperbesarkan kepada 22L.

Jentera ini juga dilengkapi dengan ECU REX 140 Marelli berprestasi tinggi yang menjaminkan penghasilan kuasa yang besar manakala sistem membrek dikendalikan kaliper jenama Brembo.

Berikut antara spesifikasi yang terdapat pada Yamaha R1 GYTR VR46:

  • suspensi Öhlins
  • sproket GYTR (depan dan belakang)
  • throttle elektronik GYTR
  • klac slipper GYTR
  • head gasket GYTR
  • kit radiator GYTR
  • set air funnel GYTR
  • pelindung brek GYTR
  • Sistem Akrapovic GYTR
  • Rim Marchesini GYTR

Jentara khas itu juga didatangkan dengan beberapa komponen WorldSBK antaranya enjin yang ditala mengikut standarda WorldSBK, kit ‘triple clamp’ boleh laras (offset 22.5mm x 27mm), kit sensir, penapis udara spec-WorldSBK serta papan pemuka Chrome Lite dengan GPS.

Aveta Globa Marketing Sdn Bhd telah pun melancarkan moped terbaru untuk pasaran Malaysia, V13R 2021.

Aveta V13R sertai DY90, RX110, VS110 dan Ranger 110 yang telah pun berada di pasaran sebelum ini.

Menariknya, Aveta menjangkakan V13R mampu meningkatkan juaan antara 400-500 unit sebulan.

Aveta V13R menawarkan 7.8hp pada 7,500rpm dan 8.5Nm pada 5,500rpm hasil penggunaan enjin satu silinder 124cc berkaburator dengan penyejukan udara.

Model ini juga digerakan dengan transmisi 4-kelajuan yang dibantu tangki minyak berkapasiti 4.5L.

Meskipun ditawarkan pad harga serendah RM6,688, Aveta V13R ini tampil dengan pelbagai ciri terkini antaranya:

  • lampu LED dengan DRL (daytime running light)
  • port pengecas USB
  • kaliper 2-pot dengan cakera brek
  • rim aloi

Menurut Aveta, V13R ini datang dengan waranti kilang dua tahun atau perbatuan 20,000 kilometer (mana yang sampai dahulu) dan akan tiba di pengedar rasmi bermula 29 November ini.

Italjet kembali mencuri tumpuan apabila mendedahkan Dragster 125 dan 200 pada 2019 sebagai model 2020.

Skuter dengan gaya agresif dan ala ‘naked’ itu bingkas menarik perhatian ramai pihak sejak dipertontonkan kepada umum.

Namun, ekoran pandemik Covid-19 yang melanda pada tahun berikutnya telah memberi kekangan pada Italjet dalam memasarkan motosikal tersebut.

Bagaimanapun, jenama itu kembali beri jaminan bahawa Dragster akan mula dipasarkan pada Disember 2021 sebagai model 2022 ketika di EICMA, baru-baru ini.

Italjet Dragster ini akan ditawarkan dalam dua varian, 125cc dan 200cc.

Varian 125cc menghasilkan 13hp daripada enjin satu silinder dengan penyejukan cecair manakala enjin 200cc dengan standard Euro5 menawarkan 18hp.

Lebih menarik, Italjet Dragster ini juga ditawarkan dengan komponen berprestasi tinggi antaranya ekzos Akrapovic, sistem brek Brembo dan suspensi Öhlins.

Sementara itu, Italjet turut mendedahkan bakal lancar model elektrik pada separuh masa kedua 2022 dan akan dinamakan sebagai Dragster e01.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube