Bikesrepublic

Berita Terkini

Pengedar rasmi Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), mengumumkan lanjutan dua tahun dari waranti tiga tahun pengilang bagi model Ranger.

Semua model Ford Ranger buatan 2021 akan didatangkan dengan waranti pengilang 5-tahun atau 160,000 kilometer (mana yang sampai dulu) berbanding 3-tahun atau 100,000km sebelum ini.

SDAC turut menawarkan pelan Lanjutan Waranti dua tahun kepada pemilik Ranger sedia ada menerusi PremiumCARE dan PowertrainCARE.

Pelan PremiumCARE menyediakan pelindungan komprehensif dari 1,000 komponen manakala pelan PowertrainCARE menawarkan lanjutan waranti dua tahun bagi enjin, transmisi dan drivetrain.

Untuk maklumat lebih terperinci layari sdacford.com.my

MForce Bike Holdings Sdn Bhd membuka tirai 2021 dengan pelancaran skuter cilik, WMoto ES125 selepas menutup tirai 2020 dengan motosikal cruiser V16.

Dua varian ditawarkan untuk pasaran tempatan, ES125 Standard dan ES125 Special Edition (SE) yang dibezakan dengan pilihan warna.

Versi standard ditawarkan pada harga RM4,588 dan datang dengan tiga warna pilihan; merah, hitam dan kelabu manakala varian SE (dengan pilihan warna stunning turqoise) dijual dengan harga RM4,888.

WMoto ES125 dilengkapi dengan enjin satu silinder 118.8cc dengan penyejukan udara yang menjana 8.7hp pada 7,500rpm dan 9.5Nm pada 6,000rpm yang dipadankan dengan transmisi CVT.

Menurut MForce, enjin ini dikuasakan dengan teknologi ECS (Environment Care System) yang mesra alam.

Sistem ‘suspension’ pula dikendalikan fork teleskopik dengan penyerap hentakan di belakang.

Antara ciri menarik lain:

  • berat 95 kilogram
  • tangki 3L
  • ruang letak barang 9L
  • pengecas USB
  • dua slot letak barang
  • DRL (daytime running light)

Unit Tindak Khas (UTK) dilaporkan telah menerima 24 unit motosikal jenis BMW R 1250 GS di samping 39 unit Toyota Hilux 2.8 Black Edition.

Kini, beberapa anggota UTK telah dilihat memulakan tugas di sekitar Kuala Lumpur dengan menunggang aset baharu tersebut termasuk mengenakan helmet jenis modular SHARK Evo One 2.

*Sumber: FB Rentapbisa

Rapid Assault Team UTK ini adalah pasukan khas bermotosikal yang khusus dalam mengendalikan jentera dua roda dalam pelbagai situasi.

Menurut laporan Defence Security Asia, RAT berupaya menangani ancaman keganasan dan kegiatan jenayah berat berprofil tinggi.

BMW R 1250 GS merupakan motosikal segmen Adventure yang mampu ditunggang atas apa jua permukaan termasuk ‘off-road’ dan merupakan model terkini ditawarkan BMW Motorrad.

*Sumber: FB Rentapbisa

Dikuasakan dengan enjin 1,254cc, motosikal ini menawarkan 136hp dan 143Nm dan dipadankan dengan teknologi ShiftCam yang meningkatkan tahap efisien pertukaran gear serta RPM.

Sementara helmet SHARK Evo One 2 merupakan topi keledar jenis modular yang boleh bertindak sebagai helmet ‘full-face’ dan ‘open-face’ sekaligus memudahkan tugas anggota UTK dalam menangani pelbagai situasi.

Meskipun negara masih terpalit dengan pandemik Covid-19, Ducati Malaysia tekad menceriakan peminat motosikal di sini menerusi kempen ‘Stay Safe, Ride Free’.

Sempena kempen ini yang telah pun berjalan sejak Januari tahun lalu dan diteruskan sehingga sambutan Tahun Baru Cina, Ducati Malaysia menawarkan pelbagai tawaran menarik di pusat pameran Ducati di Petaling Jaya, Sungai Buloh dan Pulau Pinang.

Berikut empat tawaran menarik oleh Ducati MY sempena kempen ‘Stay Safe, Ride Free’:

  1. Pelbagai model dengan tawaran menakjubkan

Ducati Malaysia menawarkan pakej pemilikan menarik bagi motosikal terpilih yang boleh diakses menerusi platform media sosial.

Pakej ini diyakini akan menawarkan kepuasan pemilikan dan nilai terbaik bagi model Ducati atau Ducati Scrambler.

  1. Nikmati Ducati Smart Jacket Bernilai RM4,300 Dengan Setiap Pembelian

Mementingkan aspek keselamatan, Ducati Malaysia kini menawarkan Ducati Smart Jacket – bernilai RM4,300 – secara percuma dengan setiap pembelian motosikal.

Ducati Smart Jacket dilengkapi dengan ciri beg-udara yang akan melindungi tubuh badan penunggang sewaktu berlakunya kemalangan.

  1. Cabutan bertuah

Pelanggan yang membuat pembelian RM210 ke atas dalam satu resit secara atas talian di Facebook Ducati Malaysia berpeluang memenangi hadiah sehingga RM1,999!

Kempen ini bertujuan menawarkan pengalaman pembelian secara selamat di samping menikmati peluang memenangi cabutan bertuah dengan pemenang akan diumumkan di platform media sosial Ducati MY.

  1. Ducati on Demand

Memahamai kesukaran pemilik untuk hadir dengan motosikal untuk khidmat servis dan baik pulih sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ducati Malaysia menawarkan khidmat Ducati on Demand (DOD).

Menerusi servis ini, pelanggan (sekitar Lembah Klang) hanya perlu membuat bayaran RM100 dan pihak Ducati akan mengendalikan proses pengambilan dan penghantaran motosikal ke pusat servis Ducati.

Sementara itu, orang ramai dinasihati untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikuatkuasakan kerajaan dan nikmati tawaran terbaik dari Ducati MY tanpa perlu hadir ke pusat pameran secara fizikal.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seorang pemandu susulan kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal wanita yang berlaku pada 27 Januari lalu di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Rata-rata kenalan dan ahli keluarga kepada mangsa, Christine Wong, meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian termasuk rakaman ‘dashcam’ untuk tampil kedepan.

Ini kerana timbul dakwaan bahawa Christine menjadi mangsa kes langgar lari dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman mendedahkan bahawa pemandu kepada kereta jenis Toyota Hilux itu telah tampil memberi keterangan dua hari kemudian sebelum ditahan bagi membantu siasatan.

Laporan awal menyatakan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha YZF-R15 terbabas dan melanggar pembahagi jalan susulan permukaan jalan basah namun terdapat beberapa saksi kejadian menyatakan sebaliknya. – The Star

Tiga kali juara dunia, Jorge Lorenzo, akui terkilan dengan keputusan Yamaha untuk meletakkan Valentino Rossi di pasukan satelit.

Rossi bakal memulakan kempen 2021 dengan Petronas Sepang Racing Team (SRT) bergandingan dengan Franco Morbidelli.

Rossi berhijrah selepas 15 tahun bersama pasukan pasukan factory Yamaha yang membuat keputusan untuk mengikat pelumba Perancis, Fabio Quartararo, meskipun pada awalnya menawarkan kontrak lanjutan terhadap pelumba veteran itu sebelumi ini.

Meskipun sertai pasukan satelit, Rossi akan terus beraksi dengan sokongan jentera factory manakala Morbidelli dengan jentera ‘Spec-A’.

Bercakap kepada Sky Italy , Lorenzo percaya meskipun mengejutkan namun dia yakin ertukaran pasukan tidak akan memberi kesan terhadap Rossi.

“Saya terkejut dengan keputusan Yamaha, saya langsung tidak menyangka/.

“Tetapi pada masa sama saya yakin dia akan tetap berikan yang terbaik.

“Perkara itu dibuktikan Quartararo dan Morbidelli yang berjaya memberi saingan dengan jentera masing-masing,” jelasnya.

Saingan MotoGP bakal membuka tirai dengan sesi ujian pra-musim di Litar Losail bermula Februari ini.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube