Bikesrepublic

Berita Terkini

Castrol telah diumumkan sebagai penaja eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk tempoh 2.5 tahun bermula Januari lalu.

Castrol dipilih sebagai penaja global berdasarkan kejayaan syarikat itu menaja beberapa acara bola sepak dunia sebelum ini antaranya Piala Dunia FIFA dan Kejuaraan Eropah UEFA.

Sebagai liga yang paling banyak tontonan di dunia, EPL disiarkan di lebih 212 negara kepada 643 juta isi rumah dengan jumlah tonton berpotensi mencecah 4.7 bilion.

Sempena meraikan kejayaan kolaborasi bersama EPL, Castrol Malaysia akan menjalankan beberapa program pengaktifan termasuk peraduan dan aktiviti menarik dua kali seminggu.

Sementara itu, Castol Malaysia turut melangsungkan peraduan Castrol Game Changer yang bermula dari Mei hingga September. Seramai 20 pelanggan bertuah (bersama seorang rakan) akan dipilih daripada penyertaan untuk sertai Race Off yang akan diadakan di hotel. Lapan pasukan yang memenangi Race Off akan mara ke peringkat akhir iaitu babitkan perlawanan futsal 2 lawan 2.

Dua pemenang Hadiah Utama kemudiannya akan menerima empat tiket bagi menyaksikan perlawanan EPL di England pada 2023. TEKAN SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Selain itu, Castrol Malaysia turut melangsungkan Castrol X EPL Rover di mana kenderaan bergerak Castrol akan singgah dilokasi strategik selluruh negara bagi mempromosikak Castrol Game Changers.

Bagi yang hadir di Castrol X EPL Rover, pelanggan berpeluang memenangi barangan Castrol X EPL dengan setiap pembelian minyak enjin Castrol MAGNATEC atau Castrol EDGE.

Kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di Lebuh Raya Utara-Selatan di Melaka telah mengesan sebanyak 7,564 kenderaan memandu melebihi had laju sewaktu tempoh pelaksanaan Op Hari Raya Aidilftri (HRA) bermual 29 April lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Muhammad Firdaus Shariff, daripada jumlah tersebut 2,834 dikesan di daerah Alor Gajah di Kilometer (KM) 214.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (menghala ke selatan) dan di KM214.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (menghala utara).

“Dalam tempoh 10 hari Op HRA dilaksanakan itu, jumlah saman tertinggi yang dikeluarkan menerusi kamera AWAS berkenaan adalah pada 2 Mei atau hari raya pertama iaitu 1,213 kesalahan dikesan,” jelasnya.

Sempena pelaksanaan Op HRA, kesalahan memandu melebihi had laju merupakan satu daripada kesalahan utama yang tidak boleh dikompaun sebaliknya akan terus dikenakan tindakan mahkamah dengan pemandu berdepan denda sehingga RM2,000 di bawah Seksyen 79, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis telah menahan lima lelaki gara-gara insiden membakar mercun di bahu jalan Plaza Tol Setia Alam, minggu lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim yang memaklumkan kesemua individu tersebut berusia antara 30 dan 42 tahun.

Kejadian tersebut telah tular di laman sosial TikTok dan telah mendapat perhatian Ketua Polis Balai Setia Alam.

Lima dicekup tular bakar mercun tepi jalan SHAH ALAM – Lima lelaki diberkas bagi membantu siasatan insiden tular…

Posted by Inforoadblock on Tuesday, 17 May 2022

“Pada 16 Mei jam kira-kira 12 tengah hari, pengadu yang merupakan Ketua Polis Balai Setia Alam menyedari terdapat satu rakaman video bertajuk ‘Big Brother Birthday Celebration’ di laman sosial yang telah dimuat naik oleh pemilik @Yogen212.

“Video itu menunjukkan sekumpulan lelaki bermain mercun di tepi jalan berhampiran Plaza tol Setia Alam, bagi meraikan hari lahir salah seorang rakan yang dikenali dengan nama panggilan ‘Mustafa’ yang berhenti di tepi tol berkenaan untuk berjumpa dengan kawan-kawan yang lain,” jelas ACP Mohd Iqbal.

Kesemua suspek telah ditahan jam 12 tengah hari semalam di Ibu Pejabat Daerah Shah Alam. – The Sun Daily

Enea Bastianini berjaya menempatkan dirinya dikalangan pencabar kejuaraan musim 2023 setelah merekodkan kemenangan ketiga musim ini di GP Perancis, pada Ahad.

Kemenangan itu juga menyaksikan dirinya disebut sebagai calon yang bakal menggantikan Jack Miller – selain Jorge Martin – di pasukan ‘factory’ Ducati sekaligus bergandingan dengan Francesco Bagnaia musim depan.

Bagaimanapun, Bagnaia dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa dia lebih gemar untuk terus digandingkan dengan Jack (Miller).

Bastianni menyifatkan Bagnaia mungkin ada sebabnya tersendiri.

“Saya rasa dia pilih (Jack) Miller sebab dia adalah ketua di Ducati dan dia tahu potensi saya dan Martin. Jadi itu boleh jadi satu masalah kepadanya,” jelas Bastianini.

Namun, Bastianini menjelaskan dia tidak kisah sekiranya terus kekal bersama Gresini yang penting dia dapat beraksi dengan jentera ‘factory’ musim depan.

Sementara itu, Bagnaia ketika ini ketinggalan lebih 44 mata dibelakang pendahulu Fabio Quartararo setelah mengalami kemalangan di Le Mans meskipun mendahului sebahagian besar perlumbaan.

Kemalangan itu menyaksikan Bastianini merekodkan kemenangan ketiga musim ini dengan Miller kedua dan wakil Aprilia, Aleix Espargaro ketiga.

Selepas Suzuki disahkan akan meninggalkan saingan MotoGP hujung musim ini, pelumba sedia ada, Alex Rins dan Joan Mir tiada pilihan selain perlu mencari makan di tempat lain musim depan.

Dalam laporan terbaru, Rins dilaporkan sedang berbincang dengan empat pasukan lain bagi slot 2023.

Rins mengesahkan pengurusnya sedang mengadakan perbincangan bersama Aprilia, Honda, KTM dan Yamaha sebaik aksi GP Perancis di pada Ahad berakhir.

Saingan di Le Mans juga menyaksikan Rins dan Mir gagal menamatkan gagal menamatkan perlumbaan tatkala kedua-duanya mengalami kemalangan dan terpaksa bersara awal.

Sebelum ini, Pengurus Pasukan Repsol Honda, Alberto Puig turut mengesahkan pihaknya telah dihubungi Rins dan Mir susulan pengumuman mengejutkan Suzuki minggu lalu.

Mir turut didakwa bakal menjadi pengganti Pol Espargaro dengan kontrak pelumba itu tidak akan disambung. – MotoGP

Sebagai langkah drastik dalam memastikan tahap keselamatan penunggang motosikal di jalan raya, Kesatuan Eropah hanya akan membenarkan penggunaan helmet dengan piawaian ECE22.06.

ECE22.06 merupakan standard terbaru diperkenalkan bermula Januari tahun ini di mana semua pengeluar helmet yang menjual produk mereka di benua itu perlu mematuhi syarat yang lebih ketat berbanding ECE22.05 sebelum ini.

Ujian ECE220.6 lebih lasak dan ketat berbanding ujian ECE22.05 di mana terdapat lebih banyak ujian baru dijalankan  termasuk ujian putaran (rotational test).

Sudut impak juga kini lebih menyeluruh dan babitkan kawasan yang lebih luas berbanding sebelum ini.

Menurut laporan media antarabangsa, penguatkuasaan standard ECE22.06 bakal menyaksikan pengeluar helmet menghasilkan cangkerang yang lebih tebal terutamanya yang dihasilkan dengan bahan ‘polycarbonate’ (plastik).

Walaupun bahan seperti gentian kaca (fiberglass) dan gentian karbon (carbon fiber) dapat mengekalkan tahap ketebalan sama namun lapisan dalam polisterin pastinya akan diolah semula.

Selain itu, standard terbaru itu juga bakal memberi kesan kepada harga sebuah helmet yang berkualiti sekaligus bakal menyaksikan helmet ECE22.06 lebih mahal berbanding ECE22.05.

Bagaimanapun, penggunaan helmet ECE22.05 masih dibenarkan dengan penguatkuasaan terbaru ini hanya babitkan aspek pengeluar yang wajib menghasilkan helmet dengan piawaian terbaru itu.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube