Bikesrepublic

Berita Terkini

Modenas telah pun mengemas kini skuter maxi popular, Modenas Elegan 250 EX bagi tahun 2023 yang kini telah dinaik taraf dengan enjin Euro 4. 

Menurut Modenas, Elegan 250 EX itu kini dilengkapi enjin satu silinder 250cc, SOHC yang kini mencapai standard Euro 4. Bagaimanapun, kuasa dihasilkan kekal sama seperti sebelum ini dengan 22hp pada 7,000rpm dan 22.4Nm pada 6,500rpm. 

Bagi mencapai emisi Euro 4 yang merupakan standard terbaru di Malaysia,  beberapa perubahan dilakukan di bahagian enjin dan ekzos agar tahap emisi yang dikeluarkan adalah lebih rendah berbanding sebelum ini. 

Dalam pada itu, Elegan 250 EX 2023 ini juga turut mendapat lampu depan projektor LED baharu dengan fungsi DRL (daytime running light) sekaligus meningkatkan tahap pencahayaan terutamanya di waktu malam. 

Bagaimanapun, ciri lain kekal sama seperti model sebelumnya yang dilancarkan pada November 2020. 

Modenas Elegan 250 EX ini ditawarkan pada harga RM16,997 dan datang dengan dua warna pilihan; Matte Sliver Crystal dan Petroleum Blue. 

Enam individu telah dilaporkan maut dalam nahas jalan raya yang berlaku di Genting Highlands di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands, hari ini. 

Menurut laporan Kosmo, enam individu maut manakala sembilan lagi cedera setelah van yang dinaiki terbabas dan melanggar penghadang jalan sewaktu dalam perjalanan turun. 

Kejadian itu disahkan Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani. 

“Seramai enam orang yang terdiri daripada lima perempuan dewasa dan satu lelaki dewasa meninggal dunia manakala mangsa lain mengalami kecederaan.

“Semua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital,” katanya kepada Kosmo

Baru-baru ini pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang telah melakukan operasi di Georgetown, Pulau Pinang dengan membuat pemeriksaan terhadap lima buah bengkel motosikal.

Hasil daripada pemeriksaan itu, pihak JPJ Pulau Pinang dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), sebanyak 66 saman telah dikeluarkan.

Antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk potong brek, tukar tayar sotong, ubah suai enjin, pasang alat kawalan kelajuan dan lain-lain. 

Beberapa hari lalu, salah sebuah bengkel yang turut terlibat telah memberi penjelasan di media sosial bagaimana motosikal yang hanya ‘parking’ di dalam kedai turut dikenakan tindakan saman. 

Menurut akaun @sirahmad_nasaie_nyoqsawit yang didakwa sebagai salah seorang pemilik bengkel yang diserbu, dia luah rasa kecewa bagaimana motosikal pelanggan yang sedang diperbaiki dan motosikal yang hanya diparkir dan tidak digunakan di jalan raya turut dikenakan tindakan saman. 

Perkongsian di Instagram itu turut mendapat perhatian ramai dan rata-rata berpendapat agar pemilik bengkel tersebut mengambil tindakan mahkamah berkenaan kejadian tersebut. 

Barisan model RS keluaran Kawasaki sememangnya cukup popular ekoran pengeluar motosikal Jepun itu mengekalkan DNA klasik yang pernah popular pada era 70an hingga 80an.

Hasilnya, model seperti Kawasaki Z900RS yang diinspirasikan daripada model Z1 kekal popular sejak diperkenalkan.

Populariti Z900RS juga membawa kepada Kawasaki menghasilkan Z650RS dalam usaha menembusi pasaran yang lebih luas terutamanya dalam memikat penunggang muda. 

Kawasaki juga sebelum ini didakwa bakal memperkenalkan Z400RS namun tiada perkembangan lanjut mengenai model itu setakat ini.

Bagaimanapun, laporan terbaru di Jepun mendakwa Kawasaki bakal memperkenalkan sebuah motosikal yang diilhamkan daripada GPZ900R.  Menurut laporan Young-Machine, model tersebut diberi nama GPZ900RS Ninja. 

Dijangka mengguna pakai platform 948cc 4-inline DOHC dengan penyejukan cecair yang sama pada Z900RS, GPZ900RS Ninja menawarkan reka bentuk yang mirip dengan jentera ikonik, GPZ900R yang dihasilkan Kawasaki dari 1984 hingga 2003. 

Bagaimanapun, berbanding enjin 908c empat-silinder yang terdapat pada GPZ900R menghasilkan 115hp dan 85Nm, enjin moden yang digunakan pada Z900RS menawarkan 111hp pada 8,500rpm dan 98Nm. Namun, belum dapat dikenal pasti sama ada Kawasaki akan menala semula enjin tersebut untuk digunakan pada GPZ900RS Ninja.

Tinjaun imej ‘render’ yang dikongsikan Young-Machine juga memaparkan beberapa komponen daripada Z900RS dikekalkan termasuk rim, suspensi dan kerangka.

Untuk rekod, Kawasaki GPZ900R turut dikenali sebagai model terawal Ninja dan turut dipopularkan filem Top Gun yang ditayangkan pada 1986. 

Meskipun pendedahan terbaru ini cukup menarik namun tiada kenyataan rasmi dibuat pihak Kawasaki setakat ini. Namun, mengambil kira dakwaan Young-Machine jarang sekali tersasar selama ini, kami menjangkakan projek GPZ900RS Ninja ini sedang giat dijalankan ketika ini. 

Tiga tahun lalu, sebuah syarikat aksesori motosikal di Jepun, DOREMI Collection pernah menghasilkan kit GPZ900R bagi model Z900RS. – Young-Machine

Hari kedua ujian tertutup ‘Sepang Shakedown’ menyaksikan Yamaha giat menguji jentera Yamaha YZR-M1 dengan pelumba uji Cal Crutchlow. 

Hari pertama di Litar Antarabangsa Sepang menyaksikan Crutchlow berjaya mencatatkan kelajuan maksima 330km/j, naik 3km/j berbanding musim lalu. 

Ini sekaligus menyaksikan Yamaha cuba menunaikan permintaan Fabio Quartararo dalam menghadirkan kelajuan maksima yang lebih tinggi dalam usaha menyaingi jentera Ducati. 

Bagaimanapun, hari kedua di SIC menyaksikan Crutchlow turun ke litar dengan menguji pakej aerodinamik terbaru.

Ciri aerodinamik terutamanya bahagian winglet depan itu tidak pernah dipamerkan sebelum ini. Sekali pandang, winglet baharu itu tampak seperti yang terdapat pada jentera Aprilia RS-GP meskipun sedikit berbeza.

Ini bermakna bagi tahun 2023, jurutera Yamaha bukan hanya beri fokus menaik taraf enjin 4-inline tersebut malah mempertingkatkan pakej aerodnimak. Langkah sama juga dilakukan Suzuki musim lalu yang menyaksikan GSX-RR berjaya menyaingi Ducati terutamanya di bahagian lurus. 

Bagaimanapun, sama ada pakej aerodinamik itu akan dikekalkan bergantung kepada pelumba utama, Quartararo dan Franco Morbidelli yang akan turun pada hujung minggu ini bagi sesi ujian rasmi.

Lima buah bengkel motosikal telah dikenakan tindakan saman oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang setelah didapati melakukan pengubahsuaian motosikal secara haram. 

Memetik laporan BERNAMA, JPJ Pulau Pinang telah mengeluarkan 66 notis saman terhadap lima pemilik bengkel berkenaan setelah didapati melakukan ubah suai pada 24 motosikal yang terdapat pada premis masing-masing.

Menurut Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md Isa, 66 notis saman itu babitkan 30 kesalahan termasuk memasang tayar sotong, ubah suai ekzos, memasang alat kawalan kelajuan, ubah sistem enjin, ubah ‘swingarm’ dan lain-lain. 

Dalam pada itu, Adenan juga mendedahkan terdapat bengkel yang melakukan pemotongan brek agar motosikal bergerak dengan lebih laju.

“Apabila motosikal ditanggalkan brek, geseran tidak berlaku pada tayar dan ia membolehkan enjin mempunyai kuasa memecut yang lebih laju,” jelasnya.

Turut sertai operasi yang berjalan selama dua jam di Georgetown itu termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). – BERNAMA

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube