Bikesrepublic

Berita Terkini

Jelas apa yang anda lihat ini adalah mirip sebuah Suzuki Hayabusa GSX 1300 R generasi terakhir yang sebenar.

Namun hakikatnya, motosikal ini adalah sebuah produk replika yang dicipta menggunakan jentera model Bajaj Dominar 400.

Kisah Bajaj jelmaan Suzuki ini diperoleh dari channel YouTube, Vampvideo dan pujian harus diberi atas hasil kerja-kerja binaan mereka yang cukup kemas sehingga berjaya memperdayakan ramai peminat permotoran di India.

Menurut perkongsian video, proses ubah suai Bajaj Dominar 400 kepada model generasi terakhir Suzuki Hayabusa GSX 1300 R ini bermatlamat untuk kelihatan sama seperti varian Hayabusa ‘stock’ yang ada di pasaran India.

Bahagian asal motosikal seperti ‘handle bar’ dan ‘console’ telah diubah suai bagi mengikut posisi asal dan rupa sebuah Hayabusa.

Setiap inci motosikal ini kelihatan tulen ditambah dengan kemasan pelekat Suzuki Hayabusa yang menaikkan lagi seri sebuah motosikal ‘stock’.

Manakala, aliran pada bahagian tepi ‘fairing’ dipasang dengan kemas pada ruang fairing hadapan tanpa kelihatan aneh apabila dipadankan bersama lampu utama.

Rim aloi motosikal ini turut disembur dengan cat hitam supaya kelihatan sama seperti sebuah Hayabusa dengan tambahan ‘double disc brake’ pada roda hadapan.

Motosikal ini menggunakan sistem suspensi jenis ‘USD Fork’ di bahagian depan dan ‘monoshock’ di bahagian belakang.

Replika Hayabusa ini dikuasakan dengan enjin Dominar 400 yang mencatatkan kuasa sebanyak 35hp pada 35Nm (tork) dan dipadankan bersama kotak gear 6-kelajuan.

Seorang pekerja kilang mengalami detik cemas apabila topi keledar miliknya yang diletakkan pada motosikal bertukar menjadi sarang lebah dalam kejadian petang Sabtu (5 Januari) lepas.

Difahamkan kejadian itu berlaku sewaktu pekerja berkenaan hendak pulang ke rumah sebelum menyedari situasi itu dan terus bertindak menghubungi Pejabat Daerah Angkatan Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah.

Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik PDPA Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom memberitahu, sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 4.30 petang, seramai empat anggota dikerah menuju ke lokasi kejadian yang terletak di kawasan parkir kilang.

Katanya, setelah tiba di lokasi, anggota APM bertindak mengalihkan topi keledar itu ke kawasan yang lebih selamat sebelum menggunakan kaedah pembakaran bagi menghalau lebah.

Beliau menambah, “Kejadian kali ini amat unik kerana lebah hinggap di dalam topi keledar.”

“Anggota kami selalunya berhadapan kes-kes membakar sarang lebah atau tebuan di pokok dan di rumah penduduk sahaja,” katanya.

Operasi tersebut tamat pada jam 5.15 petang dimana kesemua lebah telah berjaya dihalau.

Jenama AGV tidak asing lagi dalam dunia pembuatan helmet dan mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Jenama ini mempunyai reputasi yang baik dalam aspek aerodinamik tanpa menjejaskan keselesaan dan keselamatan pengguna.

Malah, helmet buatan AGV diuji di litar lumba dan dibangunkan bersama nama besar seperti Giacomo Agostini dan legenda MotoGP Valentino Rossi.

AGV baru-baru ini memperkenalkan Pista GP RR Futuro yang diperbuat daripada “forged carbon fiber” dengan kemasan matte.

Helmet edisi khas Pista GP RR Futuro ini menampilkan cangkerang baharu untuk perlindungan optimum dengan reka bentuk spoiler bermata tajam yang menyumbang kepada aspek aerodinamik.

AGV menyatakan bahawa kemasan matte “carbonio forgiato” yang terdapat pada Forturo memberikan imej perlumbaan kepada sang pemakai.

Kelebihan paling utama helmet ini adalah ianya sangat ringan dan mempunyai ciri penyerapan tenaga yang lebih baik terhadap impak.

Melihat kepada aspek keselamatannya pula, Futuro telah memperoleh pengiktirafan homologasi FIM untuk pertandingan kejohanan dunia.

AGV turut menyatakan beberapa ciri pada helmet ini yang membantu pengudaraan dan menjamin keselesaan pengguna iaitu; Integrated Ventilation System (IVS) dan Adaptive Fit System.

Berat keseluruhan AGV Pista GP RR Futuro adalah 1450 gram (1.4kg).

Oben EV, sebuah syarikat automobil elektrik yang berpangkalan di Bengaluru, telah memperkenalkan motosikal elektrik pertamanya bagi pasaran India.

Produk sulung syarikat itu telah diberi nama ‘Oben Rorr’ dan motosikal elektrik ini didakwa mampu mencapai jarak maksimum sehingga 200 kilometer dengan sekali cas.

Motosikal elektrik berkelajuan tinggi ini akan dilancarkan secara rasmi di India pada bulan hadapan. Manakala, penghantaran kepada pelanggan akan bermula pada suku kedua tahun ini.

Oben EV masih belum mendedahkan banyak butiran tentang motosikal elektrik miliknya.

Namun, dikhabarkan motosikal elektrik berkelajuan tinggi ini mempunyai kelajuan tertinggi 100 km/j dan ia didakwa mampu memecut dari 0-40 km/j dalam masa 3 saat sahaja.

Madhumita Agrawal, selaku Pengasas bersama Oben Electric berkata; “Oben Electric sentiasa bersedia dengan ujian di peringkat ketahanan, dan keselamatan untuk menangani sebarang kelemahan dalam produk yang dihasilkan.”

Motosikal elektrik Oben Rorr serba baharu ini ditawarkan dalam tiga varian namun, harga jualannya masih belum didedahkan.

Jenama AGV tidak asing lagi dalam dunia pembuatan helmet dan mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Jenama ini mempunyai reputasi yang baik dalam aspek aerodinamik tanpa menjejaskan keselesaan dan keselamatan pengguna.

Malah, helmet buatan AGV diuji di litar lumba dan dibangunkan bersama nama besar seperti Giacomo Agostini dan legenda MotoGP Valentino Rossi.

AGV baru-baru ini memperkenalkan Pista GP RR Futuro yang diperbuat daripada ‘forged carbon fiber’ dengan kemasan matte.

Helmet edisi khas Pista GP RR Futuro ini menampilkan cangkerang baharu untuk perlindungan optimum dengan reka bentuk spoiler bermata tajam yang menyumbang kepada aspek aerodinamik.

AGV menyatakan bahawa kemasan matte “carbonio forgiato” yang terdapat pada Forturo memberikan imej perlumbaan kepada sang pemakai.

Kelebihan paling utama helmet ini adalah ianya sangat ringan dan mempunyai ciri penyerapan tenaga yang lebih baik terhadap impak.

Melihat kepada aspek keselamatannya pula, Futuro telah memperoleh pengiktirafan homologasi FIM untuk pertandingan kejohanan dunia.

AGV turut menyatakan beberapa ciri pada helmet ini yang membantu pengudaraan dan menjamin keselesaan pengguna iaitu; Integrated Ventilation System (IVS) dan Adaptive Fit System.

Berat sebuah AGV Pista GP RR Futuro adalah 1450 gram (1.4kg).

 

Yamaha Indonesia baru-baru ini memperkenalkan model skuter NMAX 155 versi 2022 yang hadir dengan tiga varian.

Model terbaharu itu datang dengan dua pilihan warna baharu, Matte Green and Metallic Red pada harga bermula:-

  • NMAX 155 Connected versi ABS – Rp 34,800.000 (RM10,119)
  • NMAX 155 Connected versi Standard Upgrade – Rp 31.950.000 (RM RM9,291)
  • NMAX 155 Standard – Rp 30.700.000 (RM8,927)

Pilihan warna Matte Green ditawarkan pada kesemua varian dengan padanan warna hitam bagi memberi sentuhan premium.

Selain itu, turut kelihatan rim berwarna emas bagi menyerlahkan lagi sisi mewah skuter tersebut.

Pilihan warna Mettalic Red pula, terdapat pada kesemua varian NMAX 155 Standard dan Connected (Standard Upgrade).

Warna Metallic Red dilihat mampu menonjolkan gaya sporty dan maskulin selain mengganti warna Matte Red yang digunakan pada model terdahulu.

Bagi peminat dan pengguna jenama Yamaha, model NMAX 155 sering dikatakan mempunyai kombinasi gaya dan prestasi tunggangan cemerlang.

Melalui pengenalan pilihan warna dan kemasan baharu ini, NMAX 155 dijangka mampu menarik lebih ramai penggemar skuter di Indonesia untuk memilikinya.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube