Bikesrepublic

Berita Terkini

Moto Guzzi V100 Mandello akhirnya mendarat di Malaysia selepas diperkenalkan pada pasaran global pada penghujung tahun 2021. 

Menurut pengedar rasmi, DIDI Group, Moto Guzzi V100 Mandello hadir dengan dua varian, Standard dan S dengan keduanya dibezakan dengan kelengkapan yang lebih premium termasuk ‘Öhlins semi-active suspension’.

Untuk rekod, V100 Mandello bukan sekadar motosikal baharu tetapi lebih daripada itu. . Ini kerana V100 Mandello itu merupakan motosikal pertama yang dihasilkan Moto Guzzi yang dilengkapi ciri moden dan berteknologi tinggi termasuk sistem suspensi semi-aktif, IMU 6-axis, cornering ABS dan ‘quickshifter’.

Bukan itu sahaja, Moto Guzzi V100 Mandello juga mempunyai panel badan dibahagian kanan dan kiri tangki yang akan terbuka dengan sendirinya bagi menghasilkan ‘downforce’ yang lebih efisien. Menurut Moto Guzzi, teknologi itu dinamakan sebagai ‘adaptive aerodynamics’.

Moto Guzzi V100 Mandello dikuasakan enjin jenis ‘transverse’ V-Twin 1,042cc yang berupaya menghasilkan 115hp dan 105Nm pada 3,500rpm. Meskipun bersesaran lebih besar berbanding platform yang diguna pakai pada V85 TT, namun enjin V100 Mandello itu 103mm lebih pendek.

Bagi yang berminat, Moto Guzzi V100 Mandello dijual pada harga RM99,900 sementara V100 Mandello ‘S’ pula, RM117,900.

Kemunculan V100 Mandello di Malaysia pastinya menghangatkan lagi segmen ‘sports touring’ disini terutamanya bagi mereka yang gemar menunggang jarak jauh. 

Pengedar rasmi jenama Brixton Motorcycles di Malaysia, Mforce Bike Holdings dengan rasminya melancarkan Brixton Cromwell 1200 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM58,888. 

Bagaimanapun, sempena pelancaran minggu lalu, MForce menawarkan harga istimewa, RM55,888 bagi 50 pembeli pertama. 

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Brixton Cromwell 1200 merupakan motosikal segmen retro-klasik yang telah digabungkan dengan teknologi masa kini. Hasilnya, Cromwell 1200 dilengkapi pelbagai ciri moden antaranya sistem traction control, ABS dan paling mengagumkan, fungsi cruise control. 

Tidak cukup dengan itu, Cromwell 1200 ini juga menawarkan suspensi KYB dan kaliper brek Nissin.

Selain itu juga ditawarkan dua jenis mod menunggang (riding mode); Eco dan Sport dan kedua-duanya menawarkan pengalaman menunggang yang berbeza mengikut tetapan penunggang. 

Menariknya untuk pasaran Malaysia, motosikal terbaru ini juga dilengkapi dengan pelbagai ciri tambahan secara standard antaranya skid plate, pelindung tangki serta ‘saddlebag’ dengan kapasiti 10-liter. Menurut MForce, bag tersebut akan mengekalkan bentuknya meskipun tanpa mengisi barang. 

Cromwell 1200 ini dikuasakan enjin parallel-twin 1,222cc 4-stroke 8-valve dengan sistem penyejukan air yang berupaya menghasilkan 83hp pada 6,550rom dan 108Nm pada 3,100rpm. Angka kuasa itu meletakkan Cromwell 1200 lebih berkuasa berbanding Triumph Bonneville T120 yang merupakan pesaing utama dalam segmen retro-klasik lebih 1000cc. 

Antara ciri lain ditawarkan:

  • tangki 16L
  • berat 235kg
  • fork teleskopik
  • tayar 18-inci depan dan 17-inci belakang
  • lampu LED penuh

Petronas menerusi Petronas Lubricants International terus mengorak langkah dalam arena permotoran dua roda apabila diumumkan sebagai penaja utama pasukan Energica Tytlers Cycle Racing di kejuaraan MotoAmerica Super Hooligan. 

Ketika ini Energica merupakan satu-satunya pengeluar motosikal elektrik yang bertanding di MotoAmerica Super Hooligan bersama jentera ICE (enjin pembakaran dalaman) lain. Bagi musim 2023, Energica bersama-sama Tytlers Cycles Racing mempertaruhkan jentera Eva Ribelle RS yang ditunggang pelumba Columbia, Stefano Mesa. 

*Stefano Mesa

Sebagai penaja utama, jentera Tytlers Cycles Racing akan beraksi hujung minggu ini dengan menggayakan warna ikonik Petronas. 

Dalam pada itu, Pengarah Urusan dan CEO Kumpulan Petronas Lubricants International, Hezlinn Idriss menyifatkan kerjasama ini akan membuka peluang pada Petronas dalam membangunkan teknologi bendalir bagi jentera EV. 

“Petronas Lubricants International  sentiasa meneroka cara untuk menyokong pembangunan industri EV termasuk arena permotoran. Kerjasama ini akan membuka lebih banyak peluang untuk kami dalam membangunkan bendalir bagi pelbagai segmen EV termasuk trak, kenderaan komersil ringan, kereta penumpang dan motosikal. 

“Ini adalah bukti kemampuan kami dalam mencari penyelesaian terhadap penggunaan bendalir pada trenkuasa elektrik,” jelasnya. 

Untuk rekod, Energica Tytlers Cycle Racing beraksi di Kejuaraan Nasional Roland Sand Design’s Super Hooligan di MotoAmerica. Menariknya, pasukan ini merupakan satu-satunya wakil jentera elektrik dalam kejuaraan berkenaan. 

Sementara itu, Petronas pula akan menghulurkan bendalir generasi terbaru yang dicipta khas untuk kenderaan elektrik menerusi Petronas Iona. 

BMW Motorrad bakal melancarkan generasi terbaru Gelande Strasse menerusi R 1300 GS pada 28 September ini.

Perkara itu diumumkan ketika BMW Motorrad meraikan pengeluaran model GS dengan enjin ‘boxer’ yang ke sejuta dalam sejarah syarikat itu. 

Menurut BMW, R 1300 GS itu akan didedahkan kepada umum dalam satu majlis eksklusif yang terletak berhampiran dengan kilang BMW Motorrad di Berlin-Spandau. 

Bagi mereka yang tidak dapat hadir, BMW akan turut menyiarkan pelancaran model ikonik itu menerusi siaran strim langsung yang boleh disaksikan peminat seluruh dunia. 

Nantikan laporan penuh mengenai pelancaran BMW R 1300 GS itu di MotoMalaya.Net pada 28 September ini. 

UMW Toyota telah melancarkan Toyota Innova Zenix terbaru untuk pasaran tempatan yang merupakan model CBU Indonesia.  Menariknya, terdapat dua varian ditawarkan kali ini yang merangkumi Innova Zenix 2.0V Dan Innova Zenis 2.0 HEV. 

Menurut UMW Toyota, 2.0V (8-tempat duduk) ditawarkan pada harga RM165,000 sementara varian ‘flagship’ 2.0 HEV (7 tempat duduk) yang didatangkan dengan platform hibrid dijual pada harga RM202,000

Namun begitu, Innova 2.0X dan 2.0G yang ditawarkan sebelum ini akan terus dijual bagi memenuhi permintaan pembeli disini. 

Dari segi rekaan, kedua-dua varian ini datang dengan reka bentuk lebih lebar dan panjang di samping tampil lebih agresif dengan tema ‘Premium & Tough’. Gril depan yang lebar juga menampakkan rupa keseluruhan yang lebih matang. 

Penggunaan rim 18-inci depan dan belakang juga menciptakan rupa yang lebih besar meskipun perbezaan dimensi antara generasi terbaru dengan Innova CG tidaklah ketara. 

Bagaimanapun, Innova Zenix tampil lebih premium berbanding Innova CG dengan ruang kabin yang menerapkan penggunaan bahan yang lebih lembut di bahagaian ‘dashboard’. Tempat duduk juga lebih mewah dengan bahan kulit tiruan. 

Varian HEV juga dilengkapi dengan ‘kerusi kapten’  di barisan tengah yang turut dilengkapi dengan ‘meja sisi’ yang boleh memuatkan dua botol air.

Ruang pemandu dan penumpang depan pula disajikan dengan skrin infotainmen 10.1-inci dengan fungsi ‘touchscreen’ dan ‘wireless Apple CarPlay serta Android Auto sementara panel meter pula dilengkapi panel MID 7-inci. 

Dalam pada itu, varian 2.0 V dan HEV juga dilengkapi dengan ‘Automatic Air-Conditiong’.  Selain itu, juga ditawarkan pengecas USB dan dua soket 12V.

Innova Zenix ini juga lebih kukuh hasil penggunaan platform TNGA (Toyota New Global Architecture) yang versatil. Menurut Toyota, platform terbaru ini lebih lasak, lincah dan menawarkan keselesaan yang lebih baik. Tak hairanlah platform TNGA ini juga 170kg lebih ringan. 

Sementara itu, Innova Zenix 2.0 V dikuasakan enjin Toyota M20A 2L 4-silinder 16-valve DOHC yang menawarkan 174PS dan 205Nm manakala Innova Zenix 2.0 HEV pula menawrakan 152PS dan 188Nm. Namun pertambahan motor elektrik pada HEV menyuntik kuasa tambahan yang menyumbang kepada 186PS. 

Innova Zenix 2.0 HEV juga menawarkan mod EV yang membuatkan trenkuasa beroperasi sepenuhnya dengan kuasa elektrik pada jarak yang pendek. 

Menariknya, Toyota Innova Zenix ini juga merupakan model Toyota sulung yang dilengkapi dengan TSS 3.0 (Toyota Safety Sense) terkini yang merangkumi:

  • Pre-Collision System
  • Dynamic Radar Cruise Control
  • Auto-High Beam
  • Lane Departure Alert
  • Lane Tracing Assist 
  • Road Sign Assist

Setiap pembelian Toyota Innova Zenix didatangkan dengan waranti lima tahun dan perbatuan tanpa had. Waranti ini juga masih berjalan sekiranya kereta dijual pada pemilik baharu. 

Bagi pembeli 2.0 HEV, UMW Toyota mengingatkan bahawa terdapat perlindungan waranti lapan bagi pek bateri hibrid. 

Boon Siew Honda telah mengemas kini Honda CBR150R dengan pilihan warna baharu bagi tahun 2023. 

Menurut BSH, CBR150R kini datang dengan warna Pearl Nightfall Blue. Menariknya kombinasi warna tersebut menggabungkan warna biru dan kuning ala grafik ‘Spoon’ yang popular pada kenderaan Honda di Jepun. 

Bagaimanapun, selain pilihan warna baharu itu, tiada perubahan lain berlaku dibahagian enjin mahupun komponen lain. Untuk itu, CBR150R masih lagi dikuasakan enjin satu silinder 150cc dengan DOHC yang berupaya menghasilkan 16hp pada 9,000rpm dan 13.7Nm pada 7,000rpm. 

Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan. Antara ciri lain ditawarkan termasuk cakera brek tunggal depan dan belakang, panel meter digital dan ABS.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube